Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

GREEN TEA SOUFFLE CHEESECAKE

$
0
0


Assalamualaikum buat semua yang singgah sini...

Semoga sihat saja hendaknya ya, memandangkan jerebu kian menebal. Kena minum air masak banyak2 untuk maintain kesihatan. Bukan senang nak jaga diri bila dah sakit, saya dah rasa...tapi syukur alhamdulillah dah sihat sepenuhnya setelah seminggu terbaring, demam, muntah2, ciritbirit & rasa nak pitam...kena jaga pulak anak2 3 orang dengan simptom yang sama...fuhh hanya Allah saja yang tahu seksanya...

Diharap semoga masalah jerebu yang melanda negara kita ini pulih semula, pelajaran anak2 pun dah ketinggalan kan sebab sekolah asyik tutup. Pening...




Well, kawan2 semua yang fren dengan saya dalam fb...semalam dah janji nak share resepi kek yang marvelous ni tapi tak sempatlah pula nak taip resepi...aduii...ada drama syiokk semalam, tak tengok rugilah pulak..hahaha...mintak ampun banyak2..hihi.





Kek ni kalau dilihat dari segi rupa, kelembutannya tak jauh beza dengan Japanese cotton cheesecakeOgura cake...tapi sebenarnya memang ada beza pada bahan2 yang digunakan & juga pada teknik pembuatannya. Soft texture cake seperti ini menggunakan putih telur yang dipukul hingga soft peak sebagai satu2nya agen penaik atau bahan yang akan membuatkan kek naik tinggi, gebu & lembut. 

So jangan pandang remeh langkah memukul putih telur dalam mana2 resepi kek seperti ini ya kawan2...termasuk jugalah resepi kek sifon, kek span atau kek mentega yang menggunakan kaedah 'separate eggs'. Selalu saya ditanyakan soalan mengapa kek yang dihasilkan kurang tinggi, medap atau menjadi padat walhal menggunakan resepi yang sama. 

Jawapannya senang sahaja, jika resepi kek tersebut tidak menggunakan agen penaik seperti baking powder atau baking soda (soda bicarbonate), haruslah memastikan langkah membuat meringue (putih telur yang dipukul) dilakukan dengan betul. 





Baking is a science....

Mengikut pengalaman saya dalam membuat kek bertekstur lembut seperti kek japanese cotton, kek span, kek sifon...memang memerlukan teknik yang berlainan dalam memukul putih telur. Contohnya kek japanese cotton, putih telur harus dipukul hingga 'softpeak', meringue haruslah kembang, pekat & lembut tetapi tidak cair, bila diterbalikkan akan bergerak sedikit. Manakala kek sifon meringuenya harus dipukul hingga 'stiff', meringue yang pekat, kukuh tetapi tidak overbeat, bila diterbalikkan meringue tidak jatuh. Inilah rahsia mendapatkan tektur kek sifon yang tinggi, lembut & berudara.

Experience is the best teacher...

Lama-kelamaan pasti kawan2 akan dapat belajar & membezakan sendiri perbezaan & teknik dalam menghasilkan satu2 kek. 

No pain no gain...try & error is part of the learning process...




Untuk resepi kek yang akan saya kongsikan ini, tidak menggunakan minyak atau butter dalam bahan2nya. Tidak seperti kek japanese cotton atau kek ogura yang menggunakan mentega cair & minyak jagung untuk melembapkannya.

But trust me...kek ini cukup lembut & moist. Perfect!!! Jika dibandingkan antara semua soft cake yang pernah saya buat..this cake is the winner...sungguh tidak jemu dimakan...tiada bau telur langsung...pokoknya i like it sooo muchh!!!

Jom kita tengok resepinyaa...






Green Tea Souffle Cheesecake

Bahan2nya:
A
200g cream cheese
250g susu segar
200g uht whipping cream
2 sb green tea powder

B
45g tepung gandum, diayak
45g tepung jagung, diayak

C
5 biji kuning telur

D
6 biji putih telur
160g gula kaster
1/2 sk cream of tartar


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A. Masak guna kaedah double boiler hingga pekat.

3. Masukkan bahan B, gaul sebati hingga tidak berketul-ketul. Masukkan pula bahan C. Gaul rata.

4. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan D hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga pekat & softpeak. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan cheese, kaup balikkan. Kemudian masukkan lagi baki adunan putih telur & kaup balikkan hingga betul2 sebati. 

5. Bakar kek guna kaedah waterbath atau steambath pada suhu 160C selama 1 jam atau hingga kek masak. Apabila kek sudah masak, biarkan 3 minit dalam oven. Keluarkan & terbalikkan atas wire rack. Sejukkan penuhnya. Jangan dipotong semasa masih panas. Kek sedap dimakan sejuk.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles