Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

KEK BATIK CHEESECAKE

$
0
0



Siapa suka makan kek batik angkat tangan???Siapa tak suka jangan baca entri ni nanti pengsan, hehe. Saya memang suka makan kek batik, lebih2 lagi digabungkan dengan cheesecake, superr osemmm!!!





Fuhh boleh tahan juga rasa kek batik dengan cheesecake ni. Biasa orang buat kek batik cheese, memang sedap juga tapi saya dapat idea nak gabungkan dengan cheesecake. Atasnya cheesecake & kek batik sebagai basenya. Memang syokk sungguh, dapat makan kek batik & cheesecake dalam 1 slice. 




Resepi ni saya baked bukan chilled tau. Kek batik biasanya lepas diadun cuma perlu disejukkan sahaja hingga mengeras dalam loyang. Saya lebih suka baked cheesecake daripada yang chilled so buat baked cheesecake dan bakar sekali dengan adunan kek batik tu. 

Alhamdulillah hasilnya menjadi...Happy tak terkata :) Kepada yang dah terliur tu, bolehlah mencuba sendiri resepi ciptaan saya ini :)






KEK BATIK CHEESECAKE

Kek batik:
A
100g milk chocolate, potong kecil2
30g serbuk koko
30g milo
150g susu pekat
60g butter

B
2 biji telur

C
120g biskut cheese/ marie

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang springform bersaiz 9 inci. Griskan keseluruhan loyang dengan sedikit butter. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak & griskan lagi dengan sedikit butter. Alaskan loyang dengan aluminium foil. Ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam periuk. Masak hingga cair sepenuhnya sambil mengacau dengan menggunakan handwhisk. Alihkan dari api.

3. Masukkan bahan B & gaul rata. Masak semula atas api perlahan hingga pekat. Matikan api & biarkan hingga agak suam.

4. Susun biskut dalam loyang yang disediakan tadi. Tuang adunan coklat perlahan-lahan atas susunan biskut menggunakan sudip. Setelah adunan coklat siap dituang semuanya, hentakkan beberapa kali atas kaunter untuk mengeluarkan udara yang terperangkap. Tutup & simpan dalam peti sejuk sementara membuat cheese filling.


Cheese filling:
A
500g cream cheese
1sk esen vanila
160g gula kastor

B
3 biji telur 

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. 

2. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul hingga sebati.

3. Keluarkan loyang dari peti sejuk. Perlahan-lahan tuang adunan cheese atas adunan kek batik tadi. Bakar guna kaedah steambath selama 1 jam atau hingga kek masak. Biarkan kek dalam oven selama 1 jam baru dikeluarkan. Sejukkan sepenuhnya, tutup & simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman baru dipotong. 






  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles