Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

BLUEBERRY CHEESEY CHEESECAKE

$
0
0



Salam sejahtera buat semua...

Lama tak buat kek kegemaran my husband ni. Selalu dia minta buat tapi lain cheesecake yang saya projek, hihihi. Lain kek memang dia kurang makan, kek ni saja yang dia selalu cari :)




Bukan mr. husband saja yang suka dengan kek ni tau, satu rumah memang layan. Just a simple cheesecake enrich with delicious cream cheese frosting, blueberry filling & grated cheddar cheese...yummyy!!! 

Credit to my dear beloved sister Estrella's Homemade for this cake idea :) Tapi resepi ni adalah resepi adaptasi bukan resepi sebenar yang ada dijual dicafe my sister okay. It's a secret :) Tapi jangan risau, resepi kek ini pun sama sedapnya, inshaallah :)






Resepi ni pernah saya sharekan di blog ini. Boleh klik pada link dibawah.

Blueberry Cheesey Cheesecake

Agak lama juga rupanya saya tak buat kek ni, mujur ada blog untuk dijadikan rujukan aktiviti baking saya, hehe. Kepada yang rajin bolehlah mencuba ya.

Selamat mencuba semua :)






Blueberry Cheesey Cheesecake


Kek:
A
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula kaster
1/4 cawan jus oren
1/2 cawan air
1sk jus lemon
180g superfine flour, diayak
3sb tepung jagung, diayak
3sk double action baking powder, diayak

B
5 biji putih telur
3/4 cawan gula kaster
1/2 sk cream of tartar

Cara2 membuat cake:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bersaiz 9'. Lenserkan dengan sedikit mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan2 A dalam mangkuk, gaul sebati. Ketepikan.

3. Pukul bahan2 B hingga kembang. Satukan dengan adunan A tadi, kaup balikkan hingga sebati.

4. Tuang adunan ke dalam loyang & bakar selama 40 - 45 min. Sejukkan sepenuhnya baru di potong kepada 3 lapisan.


Cream cheese frosting:
250g cream cheese
50g mentega, suhu bilik
50g gula aising, diayak
250g non dairy cream
Cheedar cheese, diparut
Blueberry filling

Cara2 membuat frosting:
1. Pukul gula aising, butter & cream cheese hingga lembut.

2. Kemudian, masukkan non dairy cream sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang.

3. Ambil lapisan kek yang pertama, sapukan frosting & kemudian sapukan sedikit blueberry filling. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir diletakkan diatas sekali. 

4. Kemudian, sapukan keseluruhan kek dgn lebihan frosting & hiaskan dengan  parutan cheddar cheese. Sejukkan sebelum di hidang.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles