Selamat sejahtera & salam jumaat buat semua yang singgah sini...
Happy 12th wedding anniversary my dear husband, syukur alhamdulillah 12 tahun sudah berjaya diharungi...tq kerana sabar melayan karenah isterimu yang bermacam ragam ini, hehe. With 3 wonderful kids & 1 baby coming soon, inshaallah.
Payah sungguh nak kumpul kerajinan untuk membaking semenjak dua menjak ni. Badan asyik letih & nak santai2 saja. Tapi jangan silap ya, selera makan dessert memang setiasa ada, rajin saja xda..hehe.
Untuk anniversary yang ke 12 tahun ni, saya buat neapolitan cheesecake pula. Memang cheesecake jugalah yang paling berkenan dihati, banyak kalori pulak tu, aduii...makan 2 slice saja aci kan??hehe.
Saya lebih suka makan cheesecake pada keesokan harinya. Potong 1 slice & biarkan pada suhu bilik selama lebih kurang 15 minit sebelum dimakan, memang sedap tau..boleh cuba nanti.
Resepi ni saya olah ikut resepi dalam buku resepi. Memang banyak juga kuantiti cream cheese yang saya guna sebab nak kek yang tinggi untuk saiz loyang springform 9 inci.
Kawan2 semua boleh saja kalau nak guna mana2 resepi cheesecake yang plain untuk buat kek ni. Cuma bahagikan kepada 3 bahagian untuk dimasukkan lain2 perisa k.
Untuk basenya saya guna oreo base & masukkan melted dark chocolate, strawberry puree & vanilla essence untuk filling cheesecakenya.
So tanpa membuang masa, mari kita lihat resepinya pula k.
Neapolitan Cheesecake
Base:
200g oreo, dikisar halus
50g mentega, dicairkan
Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang springform bersaiz 9 inci. Griskan keseluruhan loyang dengan mentega.
2. Satukan bahan base. Gaul rata. Tekan dalam loyang hingga rata. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti.
Filling:
A
825g cream cheese, suhu bilik
150g gula kator
B
4 biji telur, gred A
C
35g tepung jagung
D
200g whipping cream
60g fresh milk
E
50g dark chocolate, dicairkan
50g strawberry puree
1 sk esen vanilla
Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga berkrim & tiada ketulan.
2. Kemudian, masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati. Masukkan pula bahan C, pukul sebati.
3. Masukkan pula bahan D & pukul sebati. Bahagikan adunan sama banyak kepada 3 bahagian.
4. Campurkan setiap bahagian dengan perisa berlainan pada bahan E. Gaul rata.
5. Keluarkan loyang dari peti sejuk. Tuang adunan berperisa coklat & bakar guna kaedah waterbath selama lebih kurang 25-30 minit atau hingga cheesecake sudah agak masak. Kemudian, tuang pula adunan berperisa strawberry atas coklat & bakar semula diikuti dengan adunan berperisa vanila. Bakar hingga kek masak & biarkan dalam oven selama 1 jam baru dikeluarkan.
6. Sejukkan kek sepenuhnya atas wirerack & simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 8 jam atau semalaman baru dipotong.