Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

WILTON FLUFFY BOILED ICING RECIPE

$
0
0




Assalam dear all...

Hari ni saya luangkan masa untuk membuat icing pula. Kali ni saya belajar buat Wilton Fluffy Boiled Icing Recipe...

Sesuai sangat nama resepi ni fluffy sebab memang teramat gebu & halus sekali teksturnya, macam buttercream tapi light macam freshcream. Cara2 membuatnya seakan-akan membuat Italian buttercream, kena masak sirap gula & tuang dalam campuran putih telur yang dipukul, cuma resepi yang ni kena guna meringue powder.


Memang halus teksturnya. Tapi kawan2 semua jangan hairan colour icing saya berwarna coklat seakan2 warna kopi, hehe. Sebabnya resepi ni kena guna corn syrup & kebetulan saya tak ada corn syrup tu, so saya guna saja Black treacle, tu pasal warna dah jadi warna kopi, hehe.


Sambil belajar mengadun icing ni, saya ingin berkongsi sedikit idea membuat cake borders, boleh lihat pada gambar dibawah nanti.

Untuk lebih idea2 borders boleh lihat disini...


Icing ni sesuai untuk mengaising kek, mem'piping tulisan, borders, figurine & stringworks.


Sebaik2nya adunan dipukul hingga betul2 stiff supaya konsistensinya sesuai untuk dipiping. Mula2 saya pukul adunan sampai agak pekat juga, tapi lama kelamaan bila icing dah masuk piping bag, sambil mendeco icing mencair sedikit sebab tapak tangan panas. Genggam lama2 icing pun cairlah, hehe. Caranya saya masukkan semula icing tadi dalam mangkuk mixer & pukul sampai stiff.

Cara penyimpanan pula jika icing tidak digunakan terus atau tidak habis digunakan, simpan dalam peti sejuk & pukul semula bila perlu. Sebelum ni pernah baca dalam buku wilton, sebaik-baiknya simpan Meringue Powder yang telah dibuka dalam peti sejuk untuk menggelakkan jangkitan penyakit Salmonella, walaupun dijamin selamat sebagai substitute untuk putih telur. Maka sebaik-baiknya juga adunan icing kita simpan dalam peti sejuk kan???

Kawan2 semua, sila abaikan cacat cela piping saya tu k, diharap sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 semua...tqsm sudi berkunjung kesini, muahhh!!!







Wilton Fluffy Boiled Icing

A
3sb Wilton Meringue Powder
1/2 cawan air sejuk

B
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/4 cawan corn syrup

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga pekat lebih kurang 4 minit.

2. Dalam mangkuk tahan panas, satukan bahan2 B, gaul sedikit. Kemudian, masukkan kedalam microwave oven & panaskan hingga mendidih lebih kurang 5 minit.

3. Tuang syrup sedikit demi sedikit kedalam adunan meringue hingga habis sambil memukul pada kelajuan perlahan.

4. Tukar kepada kelajuan tinggi, pukul aduan aising selama lebih kurang 4 minit atau hingga adunan pekat & lembut berkilat.


























Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles