Salam sejahtera buat semua...
Hari ni saya nak kongsi dessert special dari jepun iaitu Tokyo Banana. Dessert ini sangat popular di jepun & juga popular sebagai cenderamata aka ole2 yang selalu dibawa pulang bila mengunjungi negara matahari terbit itu.
Dapat rasa tokyo banana ni dari my SIL, dia memang tak makan pisang so bagi pada saya dua paket. Fuhh sedapppp!!! span yang xtra gebu, fiiling custard banana yang pekat...adehh...Ni gambar tokyo banana tu...
So disebabkan tak dapat nak pegi jepun beli tokyo banana ni, saya pun buatlah tokyo banana sendiri...ala shah alam...aci ke??hahaha
Saya buat span & custard sendiri, semua ala2 je. Boleh tahan sedap juga, tapi span saya tak potong tipis sangat & custard pun menyesal sebab bubuh sikit je, saya memang tak aci filling sikit2 ni..hihihihi.
Tapi memang puas hati sebab dapat buat sendiri. Tengok resepi & cara2 dalam U-Tube. Memang kena buat lagi, memang sedap...next time nak bagi span tu tipis sikit & letak filling lebih sikit :)
Cara homemade membuat tokyo banana ni drg gulung & balut ketat2 guna cling wrapper setelah kek span di isi dengan inti custard. Memang perlu balut dengan ketat untuk bentuknya. Saya terlupa nak bengkokkan sedikit lepas balut supaya bentuknya macam pisang. Dah macam mini banana swiss roll, hahaha.
My doter kata Tokyo Banana ni sedap dimakan sambil minum susu. Yalah, sedap pulak....hihi.
Boleh cuba sendiri kalau rajin ya :) Oh ya, custard banana tu boleh buat awal2 & simpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba semua...
Tokyo Banana
Sponge cake:
A
2 biji putih telur
50g gula kaster
1/8 sk cream of tartar
B
2 biji kuning telur
10g gula kaster
1/2 sk esen vanila
C
50g tepung superfine, diayak
D
25g minyak jagung
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
2. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan A hingga berbuih. Masukan gula, pukul hingga kembang & softpeaks.
3. Pukul pula bahan B hingga kembang. Satukan dengan adunan putih telur tadi. Kaup balikkan.
4. Masukkan bahan C, kaup balik hingga sebati. Masukkan pula bahan D, gaul sebati.
5. Tuang dalam loyang yang telah disediakan & bakar selama 10-15 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya.
Custard banana
Bahan2nya:
100g /1 biji pisang
1 biji telur
30g gula kaster
1 1/2 sb tepung jagung
150g susu segar
1/2 sk esen vanila
Cara2 membuatnya:
1. Lecek pisang dalam mangkuk sederhana besar.
2. Masukkan semua bahan2 yang lain. Gaul hingga sebati guna handwhisk. Tapiskan kedalam periuk.
3. Masak guna api perlahan hingga menjadi pekat. Matikan api & teruskan mengaul hingga menjadi pekat. Sejukkan sepenuhnya. Simpan dalam piping bag. Sejukkan selama beberapa jam atau semalaman.
Cara2 menyusun:
1. Potong kek kepada 4 bahagian sama besar. Kemudian, potong setiap lapisan menjadi separuh hingga menjadi 8 lapisan kek span yang tipis.
7. Alaskan setiap lapisan kek dengan plastic wrapper. Bahagian kek yang berwarna perang pada bahagian atas.
8. Paipkan sedikit inti custard atas kek span tadi. Jangan paip hingga tepi untuk mengelakkan inti terkeluar. Gulung perlahan2 dengan kemas. Kemudian, ikat ketat2 pada hujungnya. Buat hingga habis & simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman.