Assalam & selamat malam semua...
Hari ni selera pulak mau makan caramel cake sebab sudah lama tidak buat kek ini. Caramel cake ni satu masa dulu tersangatlah popularnya hinggakan hari2 ada saja gambar caramel cake menghiasi news feed dalam fb :)
Kali ni saya buat flavour mocha + yam pula. Nyumm sedap pulak, cuma keknya tak naik cantik, maybe sebab telurnya cair. Silap saya sebab letak dekat dengan dapur masak, hehe.
Apa2 pun diharap resepi ini menepati selera kawan2 semua juga ya, selamat mencuba.
Mocha& YamCaramelCake
Karamel:
3 sb gula kaster
1 sb air
Cara2 membuat karamel:
1. Satukan semua bahan dalam loyang bulat bersaiz 8 inci.
2. Masak hingga bertukar warna keemasan (jangan sampai hangus nanti pahit). Ketepikan.
Puding:
1 tin susu cair
40g gula kaster
6 biji kuning telur
1 sk tepung kastard
1 sk esen vanila
1 biji parutan kulit lemon
Cara2 membuat puding:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan & gaul rata. Biarkan sebentar supaya aroma lemon menyerap.
2. Kemudian, tuang adunan puding kedalam loyang berisi karamel tadi perlahan2 sambil menapis. Jangan tuang adunan tinggi2 atau dituang cepat2 untuk mengelakkan buih pada permukaan & dalam adunan.
Kek:
A
140g tepung naik sendiri
40g gula kaster
3 biji kuning telur
135ml susu segar / air
45ml minyak jagung
B
6 biji putih telur
40g gula aising, diayak
1/4 sk cream of tartar
C
1 sk yam paste
1 sk mocha paste
Cara2 membuat kek:
1. Satukan semua bahan A & gaul rata. Ketepikan.
2. Pukul putih telur & cream of tartart dalam bahan B hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang bertanduk.
3. Kaup balikkan putih telur yang dipukul dengan bahan A tadi (langkah 1) hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Campurkan setiap bahagian dengan bahan C. Kaup balikkan.
5. Ambil sudu makan, masukkan 5 - 6 sudu besar adunan berperisa mocha ditengah2 adunan puding dalam loyang tadi. Masukkan pula 5 - 6 sudu besar adunan yam ditengah2 adunan mocha tadi. Ulang secara berselang seli hingga kesemua adunan habis dimasukkan.
6. Bakar guna teknik waterbath pada suhu 170 C selama 1 jam. Guna api bawah sahaja untuk 45 minit pertama, kemudian tukarkan kepada api atas bawah selama 15 minit hingga kek masak.
7. Bila kek sudah masak, rehatkan kek selama 10 minit baru terbalikkan.