Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

CHOCOLATE SOUFFLE CHEESECAKE

$
0
0



Salam jumaat buat semua...

Hari ni rajin sikit buat kek. Buat chocolate souffle cheesecake pula kali ni. Memang terlajak sedapp yooo!!! Sendiri buat sendiri puji, tak malu betul kan, haha..




Tekstur kek ni agak moist & nyaman bila dimakan. Rasa coklatnya amat terasa. My kids pun cakap sedap kek ni. Saya guna dark chocolate untuk resepi ini, tapi kalau nak guna milk chocolate pun boleh tak ada masalah. 







Resepi ini saya olah dari resepi Green tea souffle cheesecake yang pernah saya cuba dahulu. Alhamdulillah menjadi dengan sempurna & sedap sekali.

Kepada kawan2 yang dah terliur tu bolehlah mencuba sendiri ya, inshaallah dijamin sedap :)









Chocolate souffle cheesecake

Bahan2nya:
A
200g dark chocolate
230g cream cheese
100g susu segar
30g butter

B
35g tepung gandum
35g tepung jagung

C
5 biji kuning telur

D
6 biji putih telur
120g gula kastor
1/4 sk cream of tar2


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dengan kertas minyak.

2. Satukan bahan A & masak guna kaedah double boil hingga sebati tidak berketul-ketul.

3. Masukkan bahan B, gaul rata. Masukkan pula bahan C, gaul hingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul putih telur bersama cream of tar2 hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & bertanduk.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan coklat. Kaup balikkan. Masukkan lagi 1/2 adunan & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, biar seketika baru diterbalikkan atas wire rack. Sejukkan sepenuhnya. Hiaskan jika suka.









Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles