Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

BERSAMA CHEF NIK MICHAEL DALAM RANCANGAN 'KUIH RAYA NIK MICHAEL'!!!

$
0
0


Jutaan terima kasih kepada YG Yusmal Ghazali the producer kerana sudi bertandang ke rumah & menjemput saya untuk muncul  menghiasi salah satu episod rancangan 'Kuih Raya Nik Michael' yang akan ditayangkan di Astro TVi pada bulan Ramadhan nanti.

Alhamdulillah rezeki yang datang tanpa diduga...rezeki my baby :)

Kepada pembaca blog saya, diharap bersabar membaca entri saya kali ni ya. Mesti panjang berjela-jela ceritanya. Hehe. 

Mula2 dapat panggilan daripada YG memang excited bercampur nervous...macam nak pitam pun ada, yalah bukan senang nak dapat call dari artis, hahaha...masa tu saya tengah bercuti dengan family, memang susah nak focus. Maklumlah ni pengalaman pertama dapat tawaran untuk muncul depan kamera. Biasanya saya yang pegang kamera untuk tangkap gambar, kali ni memang sungguh berlainan. Bukan sekadar tangkap gambar makanan saja, dengan pembuatnya sekali kena shooting. Macam2 pertanyaan saya tanya pada YG sebab tak tahu apa yang perlu dibuat. Jakun sungguh kan...hehe. Sabar jaklah kan YG...


Tiada niat membangga diri di entri kali ini, sekadar berkongsi pengalaman semalam. Rasa sungguh bersyukur kerana terpilih dalam banyak2 insan berbakat yang lain. Semasa diberi pilihan oleh YG untuk memberi jawapan ASAP dengan tawaran ini, semua orang terdekat saya tanya...my husband & adik beradik terutamanya...mereka semua memberikan sokongan untuk saya mencuba pengalaman baru ini. Naik taip perkataan ' yes i'm agree' dalam wassap tu punyalah susah dirasakan..macam nak tak nak je send...jangan ketawa ya YG..hahaha.

YG nak saya muncul dengan resepi 'Biskut Makmur Sabah'& tunjukkan cara2 membuatnya dengan chef drg. Katanya sebab resepi ni unik & kebetulan saya pun sabahan juga & paling penting resepi makmur ni merupakan resepi turun temurun yang saya belajar daripada my grandmother. Thanks again to my dearest grandma for the recipe.

Lepas tu YG bagitau kena berganding dengan chef Nik Michael...aduiii lagilah bacat (sorry ni bahasa sabah yang bermaksud terperanjat beruk)..hahaha. What??? berganding dengan chef popular and hensem dari masterchef tu??? biar betul...ehemm jangan marah ya my husband, you always be my hero...hahahaha. 

3 minggu kemudian, muncullah hari yang ditunggu- tunggu. Malam memang tak tidur lena, nak telan air liur pun susah, hehe. Pagi2 lepas bangunkan anak pergi sekolah, saya pun bersihkan rumah sebersih-bersihnya. Rajin tahap gaban kan? haha. 

Tik tok tik tok jam tu terasa cepat sungguh berlalu, appointment jam 9...tepat jam 9 pagi sebuah van dengan 6 orang krew muncul depan rumah. Saya pun bukalah pintu pagar, dalam hati, owh tak ramai juga drg datang, YG pun mesti busy tak datang, nasiblah sebab segan nak jumpa dia, haha..tapi masa tu chef Nik belum muncul lagi. Then, buka gate depan pula...aduii ternampak YG sedang jalan menuju ke arah saya. Adehhh betul ka ni? Dengan gaya yang selamba macam dah bertahun kenal dia sapa saya...you all semua nak tahu!! YG ni memang selamba & friendly tahap gabanlah...hahaha. Sayang tak dapat tangkap gambar YG & the crew masa mula2 datang, otak dah jam tak boleh nak fikir.

Then YG masuk dalam rumah & check lokasi yang sesuai untuk shooting & set up semua equipment. Saya ikut saja & serahkan pada yang pakar. Bila chef Nik sampai, sesi berkenalan pun berlangsung. Wow tak sangka dapat jumpa chef Nik in person. Kepada peminat chef Nik Michael bolehlah pengsan kejap, hehe. Then adalah sedikit sesi briefing apa yang perlu dibuat untuk sebelum sesi shooting berlangsung nanti. 


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, selesai tepat pada masanya. Lebih kurang 3 jam juga proses pengambaran berlaku. Hasil arahan hebat dari Mr. producer YG & host chef Nik yang mantap. 

Well, apa yang berlaku disepanjang proses pengambaran tak bolehlah saya nak bagitau satu persatu kan. Kena tonton sendiri rancangan tu nanti, kalau bagitau awal2 nanti tak seru, hehe. Saya kongsikan sedikit gambar yang sempat diambil sepanjang proses tersebut. Thanks to my SIL Elsie Nasirsal yang sudi jadi camera woman semalam, tak pasal2 dia pun termasuk dalam shooting, hehe.

Jangan lupa saksikan rancangan 'Kuih Raya Nik Michael' di Astro TVi pada bulan ramadhan nanti ya. Ada banyak resepi kuih & biskut dalam setiap episod. Bolehlah menimba ilmu sambil melihat lokasi2 yang dikunjungi oleh chef Nik & the crew. 

Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa membaca entri saya kali ini, salam sayang dari saya, muahhh!!!




























Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles