Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

BISKUT CERELAC SABAH

$
0
0


Selamat petang buat semua...

Kali ni entri resepi biskut lagi. Macam rayalah pulak kan, hehe. Semenjak dua menjak ni memang suka sangat makan biskut. Kali ni saya nak share salah satu biskut popular di Sabah iaitu biskut cerelac. 

Saya memang penggemar biskut yang bersusu seperti biskut cerelac ni. Lemak2 manis & rapuh bila digigit...sedapppp!!!







Rasa biskut ni lemak lebih kurang seperti Biskut jintan  cuma tiada jintan hitam atau habbatus sauda dicampurkan dalam adunannya. Bahan untuk adunannya sama mudah, cuma bahan salutan dicampurkan dengan nestum cerelac & susu nespray...memang bertambah lemak, hehe.







Kepada yang gemar biskut bersusu seperti saya, bolehlah mencuba resepi biskut cerelac ni, inshaallah sedap. Boleh juga mencuba resepi2 biskut Sabah yang lain seperti, biskut makmur sabahbiskut jintan & batang buruk.

Selamat mencuba semua...




BISKUT CERELAC SABAH

Bahan2nya:
A
125g mentega
250g minyak sapi
165g gula aising

B
600g tepung gandum
200g tepung ubi

C
1/2 cawan susu nespray
1/2 cawan cerelac

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga kembang.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh dicanai. Tambahkan sedikit tepung jika doh terlalu lembut atau tambahkan sedikit minyak sapi jika doh agak keras.

3. Canai ikut ketebalan yang sesuai & terap ikut acuan yang disukai. Susun atas dulang pembakar. Bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.

4. Satukan bahan C. Salutkan biskut dengan campuran bahan C semasa masih suam supaya mudah melekat & simpan dalam bekas kedap udara.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles