Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

HONG KONG STYLE EGG TART

$
0
0



Assalam & selamat malam semua....

Egg tart untuk entri pertama dibulan April ini. Sudah lama tidak buat egg tart ni, selalu layan cake saja kan :)

Banyak kerjanya buat tart ni tapi bila sudah siap berbaloi-baloi :)






Resepi yang sangat nostalgia, resepi egg tart inilah yang menjadi entri pertama saya sebagai blogger masakan 2 tahun yang lalu. Untuk rujukan boleh lihat pada link dibawah...

Egg Tart 1
Egg Tart 2
Egg Tart 3
Pandan Egg Tart







Kenapa namanya Hong Kong Egg Tart??? This is such a classic pastry recipe from there, pastrinya yang rapuh & inti kastard yang lembut, juga dikenali sebagai cantonese egg tart. Inti kastard yang sangat popular digunakan sebagai inti egg tart ini mula2 diperkenalkan di Hong Kong.

Tak puas lagi boleh rujuk pada Mr. Wiki disini :) Selamat mencuba sendiri semua...







Hong Kong Style Egg tart

Inti kastard:
2/3 cawan gula
1 1/2 cawan air
9 biji telur, dipukul sedikit
1 sk esen vanila
1 cawan susu segar @ susu cair

Cara2:
1. Masukkan air & gula dalam periuk. Masak & biarkan mendidih sampai gula larut,matikan api & sejukkan sepenuhnya.

2. Masukkan telur dalam mangkuk. Pukul sedikit guna hand whisk & tapiskan ke dalam mangkuk lain. 

3. Kemudian, masukkan susu & vanila, gaul sebati. Masukkan pula air gula tadi (langkah 1), gaul rata & tapis adunan sekali lagi dalam bekas bertutup hingga sedia untuk digunakan.

Pastri:
1/2 cawan gula kaster
1 cawan mentega
3 cawan tepung (tambah jika kurang)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 sk esen vanila

Cara2:
1. Satukan tepung & gula dalam mangkuk.

2. Masukkan mentega, gaul rata guna tangan.

3. Kemudian, masukkan telur & vanila, adun hingga menjadi doh yang lembut.

4. Ambil sedikit doh & bentukkan guna jari dalam acuan tat. Jangan terlalu tebal nanti pastri kurang masak. Buat hingga habis.

5. Panaskan oven pada suhu 170 C.

6. Susun pastri yang telah dibentukkan dalam dulang pembakar. Tuang inti 3/4 penuh & bakar guna api bawah sahaja selama lebih kurang 20 minit atau hingga inti sudah tidak cair lagi.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles