Assalamualaikum buat semua kawan2 yang berkunjung kesini...
Cake lagi hari ni untuk tea break....buat Creamy corn cake pula. Sedap berkrim disukai ramai :)
Saya pernah share resepinya disini dulu. Recepi by Chef Alex Goh, one of my favorite pastry chef :)
Kek yang sungguh lemak berkrim, memang nikmatlah bila dimakan. Kali ni saya tambahkan custard topping atasnya, bertambah2 lagi nikmatnya, tapi awas jika kawan2 semua sedang berdiet, sila abaikan part custard topping tu ya, hehehehe...
Mari kita lihat resepinya pula :)
Cream corn cake
Bahan2 sponge cake:
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila
B
4 biji putih telur
100g gula kaster
C
100g tepung gandum
D
50g corn oil
Cara2 :
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.
2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.
3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.
4. Masukkan bahan C, gaul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.
6. Tuang aduan ke dalam loyang 2o cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.
7. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack & potong kepada 3 lapisan.
Cream corn filling:
A
100g susu segar
45g gula kaster
B
100g santan pekat
3 kuning telur
C
2 sb gelatin
80g air
D
180g whip topping cream, di pukul
E
160g creamy corn
Cara2:
1. Masak bahan2 A hingga gula larut.
2. Tuang dalam bahan2 B, kacau rata. Kemudian, masak semula hingga pekat.
3. Satukan bahan2 C, cairkan guna double boiler. Campurkan ke dalam adunan yang di masak tadi & gaul rata.
4. Sejukkan adunan atas air sejuk 30 C. Kemudian masukkan bahan2 D & E, gaul hingga sebati.
Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan false bottom cake pan, letakkan satu lapisan kek dalamnya. Tuangkan 1/2 adunan filling.
2. Kemudian, letakkan lagi lapisan kek yang kedua, tuang baki filling tadi. Tutup dengan lapisan kek yang terakhir. Tutup guna plastic wraper & sejukkan selama 3 jam atau hingga filling mengeras.
3. Keluarkan kek, sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat custard topping.
Custard topping:
A
60g susu segar
10g gula aising
B (satukan)
35g susu segar
1 biji kuning telur
10g tepung kastard
C (satukan)
3g serbuk gelatin
20g air
D
1/2 sk esen vanila
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan bahan A hingga hampir berbuih. Tuang kedalam bahan B & gaul rata. Kemudian, masak adunan guna kaedah double boil hingga pekat. Ketepikan.
2. Satukan bahan C & cairkan guna kaedah double boil. Masukkan kedalam adunan kastard tadi (langkah 1). Gaul rata.
3. Masukkan bahan D, gaul rata.
4. Tuang custard topping atas kek & simpan dalam peti sejuk hingga mengeras baru dipotong.
Custard topping:
A
60g susu segar
10g gula aising
B (satukan)
35g susu segar
1 biji kuning telur
10g tepung kastard
C (satukan)
3g serbuk gelatin
20g air
D
1/2 sk esen vanila
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan bahan A hingga hampir berbuih. Tuang kedalam bahan B & gaul rata. Kemudian, masak adunan guna kaedah double boil hingga pekat. Ketepikan.
2. Satukan bahan C & cairkan guna kaedah double boil. Masukkan kedalam adunan kastard tadi (langkah 1). Gaul rata.
3. Masukkan bahan D, gaul rata.
4. Tuang custard topping atas kek & simpan dalam peti sejuk hingga mengeras baru dipotong.