Assalamualaikum & selamat malam semua...
Fuhh bukan main busy lagi saya mengalahkan tokey kek bakery, sampai mau tulis entri yang tergendala ni pun curi2 masa, hehe. Sebenarnya bukan busy apa, busy menyiapkan order2 mango float & kek dalam list..syukur alhamdulillah atas rezekinya Allah...
Oh ya kawan2 semua, terima ksih banyak2 kerana sudi menunggu resepi cupcake ini, muahhh!!!
Sebenarnya planning mau buat resepi Butter Cheddar Cheesecake, tapi ya ampun sekalinya saya tengok dalam almari, sudah tinggal sikit c mr. butter. Hmmm tukar planning, cepat2 pegi selongkar buku2 resepi yang lain, aahah terjumpa resepi Cheddar Cheese Cupcake dari buku 'Fabulous Cake Business' by Chef Alex Goh.
Dapat juga selamatkan selera mau makan butter cheddar cheesecake tu sebab bahan2nya ada yang sama, hehe. Yang paling penting ada cheddar cheese memang layan....saya kasi tambah parutan kulit oren supaya lebih kaw aromanya & tidak bosan dimakan :)
Syukur alhamdulillah memang sedap cupcake ini, makan sebiji memang puas. Boleh tambah extra parutan cheddar cheese atasnya atau paipkan sedikit fresh cream...yummyyy!!! Kalau ikut resepi asal, cupcake ni menggunakan buttercream & sedikit Cinnamon powder untuk toppingnya. Saya guna fresh cream & parutan cheddar cheese saja :)
Selamat mencuba sendiri ya kawan2 semua, sekian dulu...
Orange Cheddar Cheese Cupcake
Bahan2nya:
A
3 biji telur, gred A
150g gula kaster
B
1/2 sk esen vanila
C
150g tepung gandum, diayak
3/4 sk baking powder, diayak
D
150g butter, dicairkan
E
50g parutan cheddar cheese
1 biji parutan kulit oren
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan acuan muffin & isikan dengan kertas cupcake. Ketepikan
2. Dalam mangkuk mixer, satukan bahan2 A & pukul hingga menjadi kembang & gebu pada kelajuan sederhana. Masukkan bahan B & gaul rata.
3. Masukkan pula bahan C yang telah diayak & kaup balikkan hingga sebati.
4. Kemudian, masukkan bahan D. Gaul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan bahan E, gaul rata.
6. Tuang 3/4 penuh adunan kedalam kertas cupcake yang telah disediakan tadi. Bakar selama 20-25 minit. Bila sudah masak, keluarkan dari acuan & biarkan sejuk.
7. Hiaskan dengan fresh cream & sedikit parutan cheddar cheese jika suka.