Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

OCEAN THEME CAKE & A HAPPY 5TH BIRTHDAY MY DANIEL HAKEEM !!!

$
0
0




Assalamualaikum buat semua yang berkunjung kesini...

Dimulakan entri saya pada hari ini dengan ucapan Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga kerana dapat meraihkan birthday anakku Daniel Hakeem yang ke 5 tahun bersama keluarga sekali lagi tahun ini.

Happy Birthday my dear son, mama luv u so much, muahhhh!!!
















Cerita pasal my son Daniel ni kan, dia memang suka macam2 benda terutama sekali kartun spiderman, hidupan laut, peti harta karun & yang pelik macam ulat gonggok pun ada, hehe....so every year mesti kena cari idea mau buat kek yang macam mana supaya dia tertarik, kalau tak memang dia tak akan peduli punya.

Seminggu yang lalu saya tanya daniel mau kek yang macam mana untuk birthday nanti, dia pun jawab mau kek siput..erkkk mana ada masa mau ukir kek tu jadi siput...jadi saya pun tanya lagi sekali, jawapan sudah berubah, mau kek star fish pulak...well ok, saya pun dapat idea buat kek normal saja then buat ocean theme..hah beres...daniel happy, i'm happy too :)












Untuk keknya saya buat blue ombre cake, fillingkan dengan cream cheese filling & ganache. Untuk hiasan pula, saya buat figurine starfish, octopus, crab & seaweeds...deco sedikit dengan chocolate shell & serbuk biskut untuk dijadikan seakan2 pasir.













Resepi kek saya guna resepi rainbow cake yang pernah saya kongsikan dulu disini, cuma saya kalerkan saja jadi blue ombre. Saya ulang tayang dengan cara baru, hehe.

Silakan kepada yang ingin mencuba sendiri ya....











Ocean Theme Cake

Bahan2 kek:
A
1 cawan butter, suhu bilik
1 1/2 cawan gula kaster

B
5 biji putih telur

C
3 cawan tepung gandum, diayak
4 sk baking powder, diayak
1/2 sk garam

D
2 sk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar

E
Pewarna makanan warna biru

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan 4 loyang bersaiz 8 inci, gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk mixer, pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit & pukul sebati.

3. Masukkan pula berselang-seli bahan C & D. Gaul hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, warnakan adunan guna bahan E, letak beberapa titis pewarna makan pada adunan pertama & ulang untuk yang lain ikut kesesuaian hingga mendapat tona warna yang berbeza untuk setiap adunan.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Jika anda cuma ada sebiji loyang sahaja, boleh bakar adunan berselang-seli ikut urutan hingga selesai. Bakar selama 20 minit & sejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Cream cheese filling:
A
125g cream cheese
50g gula aising

B
250g fresh cream, dipukul hingga kembang

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & sebati.

2. Satukan dengan bahan B yang telah dipukul hingga kembang. Gaul sebati.


Ganache:
250g cooking chocolate, dicincang
200g non dairy cream
1 sb butter

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim atas api perlahan. Tuang atas coklat yang dicincang. Gaul rata.

2. Masukkan butter, gaul rata. Simpan dalam peti sejuk hingga ganache menjadi keras sedikit & kepekatannya sesuai untuk disapu pada kek.

Topping:
250g non dairy cream, dipukul hingga kembang

Cara2 menyusun kek:
Ambil kek yang berwarna biru paling gelap, letakkan atas cake board. Sapukan 1/2 adunan cream cheese filling atasnya. Letakkan lagi lapisan kek yang kedua, sapukan pula dengan ganache.

2. Letakkan kek yang ketiga, sapukan baki cream cheese filling tadi. Letakkan lapisan kek yang terakhir atasnya. Pastikan kek disusun mengikut tona dari yang gelap hingga terang.

3. Sapukan keseluruhan kek dengan bahan topping. Boleh hias ikut kreativiti sendiri. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam baru dipotong.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles