Assalam & selamat malam semua...
Hari ni kita tayang gambar cheese tart ya...bukan sembarang tayang, kita tayang dengan resepi sekali..hehe.
Sudah lama tak buat cheesetart untuk makan2 sendiri, hari ni ada masa free saya pun buatlah sebab my MIL dah lama request suruh buat dari last week lagi, kesian sebab saya sangat busy dengan tempahan kek, lebih2 lagi kalau buat kek fondant, memang itu sajalah yang dibuat sepanjang hari.
Kali ni saya bentukkan pastri guna press tart machine. Senang & cepat sikit kerja habis. Selalu buat tart size besar kali ni buat yang kecil & comel2..hehe. Guna saiz acuan 3.5cm (dasar) & 5cm (atas).
Syukur ada anak perawan rajin tolong tekan2 acuan tu, kalau suruh tekan dalam acuan tanpa press machine tu, sampai besok pun jangan harap boleh siap, haha.
Untuk hiasannya pulak, saya tarok je Milo breakfast cereal atasnya tu, senang, hehe. Well, tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok resepinya pulak...
Cheese Tart
Pastri:
A
125g butter, suhu bilik
65g gula kaster
1 sk esen vanila
B
1 biji kuning telur, gred A
2 sb susu kacang soya, sejuk
C
250g tepung gandum, diayak
Cara2 membuat pastri:
1. Pukul bahan A hingga kembang & berkrim.
2. Masukkan bahan B, pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh. Balut doh guna cling wraper & simpan dalam peti sejuk selama 30 minit untuk merehatkan doh.
4. Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil sedikit & bentukkan dalam acuan. Jika ada mesin acuan, bulat2kan saja doh & tekan dalam acuan & trimkan tepi2nya dengan kemas guna butterknife. Buat hingga habis & susun atas dulang pembakar.
5. Bakar selama 15 - 20 minit hingga pastri bertukar warna keperang-perangan. Sejukkan sebentar baru paipkan inti kedalamnya.
Cheese filling:
A
250g cream cheese, suhu bilik
20g butter
60g gula kaster
1 sk esen vanila
B
1 biji telur, gred A
C
70g fresh cream, dipukul hingga kembang
Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.
2. Masukkan bahan B, pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan fresh cream yang telah dipukul hingga kembang. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan inti kedalam piping bag.
4. Paipkan cheese filling kedalam pastri tadi & bakar semula guna api bawah sahaja selama 15 - 20 minit pada suhu 160C. Bila inti dah naik, matikan oven & biarkan pintu oven terbuka sedikit. Biarkan tat dalam oven selama 5 minit baru keluarkan. Sejukkan sebelum dimakan.