Assalam & selamat sejahtera buat semua...
Seperti yang dijanjikan, saya akan share sekali lagi resepi biskut makmur sabah yang sungguh sedap diblog kesayanganku ini :)
Resepi yang saya pelajari sekian lama dari nenda tersayang, Generosa Montanez, tq so much nay :)
Proses nak membancuh biskut makmur ni tidaklah susah sangat tapi bab nak membulat-bulatkannya tu memang sampai menguap...hihi
Kali ni saya kongsikan resepinya berserta video tutorial yang ringkas. Kredit to my daughter Ary allysha, tq 4 helping sayang :) Kualiti video taklah pro, ala 80's gitu, hihi...diharap sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 semua ya :)
Untuk resepi biskut makmur yang lepas, klik SINI...
Biskut makmur
Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, disangai hingga gebu
B
200g mentega
200g minyak sapi
C
500g kacang tanah, digoreng & ditumbuk kasar
200g gula kaster
D
200g susu tepung
250g gula aising
Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A, B & C hingga menjadi doh.
2. Bulat-bulatkan doh tadi. Susun atas dulang pembakar.
3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15-20 minit.
4. Biarkan suam baru disalut dengan bahan D. Simpan dalam bekas kedap udara.
Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, whatsapp/hubungi saya di nombor 0195849242 :)