Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

BAKED GREEN APPLE CHEESECAKE

$
0
0



Assalam & selamat petang buat semua yang berkunjung kesini...

Kita cuci mata tengok gambar cheesecake pula ya. Nak kasi rasa sesuap memang mustahil sangatlah kan. Tak tercapai dek tangan, hihi.

Maaflah sebab lambat update resepinya. Payah juga nak cari masa buka blog taip resepi. Tengah2 malam baru ada kelapangan, badan pun sudah letih satu macam.









Rajin datang nak buat green apple cheesecake sebab ada customer yang nak order, tekak pun sudah lama tak makan cheesecake, so apalagi...

Sebelum buat untuk customer saya bagi Mr. Husband rasa dulu, sebab memang dia dah lama request suruh buat green apple cheesecake ni. Inilah masanya saya buatkan untuk dia, buat saiz kecik saja, hihi..


Macam biasa pengkritik saya boleh kasi markah A saja, susah betul nak dapat A+. 

"Almost perfect" katanya, kuatkan lagi sikit rasa apple tu...hihihi macam biasalah komennya adalah yang paling jujur, tak sedap memang tak sedaplah tu, kalau sedap memang bersyukurlah saya dapat words tu, hihi. Tapi kan my doter asyik thumbs up2x saja, hahaha. 

Alhamdulillah...

Kalau saya jangan ceritalah, kasi cheesecake memang tak tolak punya. Kena buat jarang2 kalau tak memang badan naik macam belon, parahhhh!!!hahaha.








Resepi ni hasil gabungan macam2 buku resepi cheesecake yang ada dalam koleksi saya. Ada yang letak crumble, ada yang chilled, ada yang more spice...tapi saya lebih prefer yang baked & less spiced.

Dalam banyak2 jenis cheesecake, saya lebih suka cheesecake yang dibakar. Rasanya memang berbeza dengan yang chilled. Namun begitu, untuk mendapatkan cheesecake yang dibakar sempurna bukan mudah ya. Silap teknik tak cantik kejadiannya cheesecake tu, makan pun kurang nikmat. Rasanya haruslah berkrim, tidak berketul-ketul & bila dimakan setiap suap penuh kepuasan bukan rasa muak sahaja. Masa membakarnya juga haruslah tepat supaya tidak merekah atau overbaked.

Pasti sesiapa sahaja yang minat membuat cheesecake pernah mengalami detik2 mengecewakan ini.


Apa2 pun pengalaman akan membuatkan kita jadi lebih mahir & belajar dari kesilapan2 asas dalam membuat & membakar cheesecake. Inshaallah...





Well, kita tak mau celoteh panjang2, tanpa membuang masa lagi, marilah kita lihat resepinya pula k...






Baked Green Apple Cheesecake

Base:
100g digestive biscuits, dihancurkan
30g brown sugar
50g mentega, dicairkan

Cara2 membuat base:
1. Sediakan loyang springform bersaiz 8 inci. Griskan keseluruhan loyang dengan mentega. 

2. Satukan semua bahan base hingga sebati. Masukkan kedalam loyang. Tekan hingga rata.

3. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Ketepikan & biarkan sejuk.


Cooked apple:
A
2 biji epal hijau, kupas kulit & potong dadu

B
2 sb brown sugar
60g mentega

C
1/2 sk ground cinnamon

D
50ml uht whipping cream

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan B dalam kuali, masak hingga brown sugar cair. 

2. Masukkan bahan A, gaul rata. Tabur bahan C atasnya. Masak hingga apple agak lembut sedikit. Jangan terlalu lembik.

3. Masukkan pula bahan D, gaul rata. Matikan api biarkan sejuk dalam kuali. 


Cheese filling:
A
500g cream cheese, suhu bilik
160g gula kaster

B
3 biji telur

C
250g sour cream

D
1/2 sk apple paste
1/4 sk pewarna epal hijau

Cara2 membuat cheese filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

2. Masukkan bahan C, pukul rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak. Satukan bahan D kedalam salah satu adunan, gaul rata. Satu bahagian lagi biarkan plain. 

3. Tapis apple yang dimasak tadi, tuang atas base dalam loyang. 

4. Tuang pula adunan plain cheese & adunan yang berwarna hijau berselang seli atas apple tadi. 

5. Bakar guna kaedah waterbath selama 1 jam 30 minit atau hingga kek masak pada suhu 160C atau ikut tahap kepanasan oven masing2. Bila kek sudah masak, biarkan dalam oven selama 30 minit baru keluarkan. Sejukkan sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles