Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

MARBLE YAM CHIFFON CAKE

$
0
0



Assalam & apa khabar semua???

Diharap sihat2 saja hendaknya ya. Sudah beberapa hari saya cuba meng'update' entri tertunggak ini, namun apakan daya, line punyalah slow, sampaikan 1 keping gambar pun susah mau upload, haha...

Sabar ajelah....













Apa2 pun terima kasih buat semua kawan2 yang sabar menunggu resepi ini :)

Beberapa hari ni tekak terasa selera mau makan kek yam tapi setelah beberapa kali cuba mencari tak jumpa2, saya pun mulalah bosan, hehe. So degil mau makan punya pasal, saya buatlah chiffon cake flavour yam guna yampaste...aci jugak kan?? hehe.








Nasib baik rasanya menepati selera & tidak menghampakan. Dapat jugalah mengisi selera yang terbantut beberapa hari ni, hehe. Saya marblekan yam chiffoncake ni dengan coklat paste & buat dalam saiz yang kecil iaitu saiz 9 inci...tak banyak telur yang digunakan, cuma 4 biji telur saja tapi saya guna gred AA, tu yang jadi agak tinggi. Memang puas makan :)

Mari kita lihat resepinya pula k ;)







Marble Yam Chiffon Cake

Bahan2nya:
A
4 biji kuning telur
115ml susu segar
85ml minyak jagung
90 gula kaster
150g tepung gandum
1 sk baking powder
2 sk yam paste

B
4 biji putih telur
90g gula kaster
1/8 sk cream of tartar, secubit

C
Chocolate paste / emulco


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci. Jangan gris. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan2 A hingga lembut & sebati. Ketepikan.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan bahan A tadi, kaup balikkan. Kemudian masukkan baki adunan putih telur & kaup balikkan lagi hingga sebati.

4. Tuang 1/2 adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan, ambil pencungkil gigi, celupkan dalam chocolate paste/emulco & marblekan atas kek. Tuang lagi baki adunan perlahan2 & marblekan sekali lagi. Bakar selama 40-45 minit atau hingga kek masak.

5. Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari oven & terbalikkan. Biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan. Simpan kek dalam bekas kedap udara atau balut dengan palstic wraper supaya tidak kering.











Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles