Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all 127 articles
Browse latest View live

WHITE & BLUE ENGAGEMENT CUPCAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam semua...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya dalam membuat engagement cupcake buat pertama kalinya....

Tapi sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih buat Suzie & tahniah untuk majilis pertunangan yang akan berlangsung esok :)

Semoga dilanjutkan kejinjang pelamin pula, inshaallah, amin....











Fuhh mencabar juga membuat cupcake untuk acara istimewa sebegini, memerlukan ketelitian, deco yang kemas & menarik, dan yang paling penting nampak cantik.

MasyaAllah!!! Semua kriteria tu saya belum lulus sepenuhnya lagi. Jujurnya saya lagi suka & selesa buat kek sebab tak perlu kerja yang sangat detail macam ni,hahaha.








Untuk cupcakenya saya guna flavour vanilla. Bersaiz regular & dihiasi dengan bunga icing & fondant bertema white & blue turquoise.....Blue turquoise????aduhai, how exactly to reach the colour?? saya buat guna light blue saja, hehe. Halalkan mana2 yang terkurang tu ya suzie ;)







Oh ya resepi vanilla cupcake saya pernah sharekan disini dulu...

Terima kasih kerana sudi singgah sini...

Thanks again Suzie :)











PURPLE ROSES FONDANT CAKE

$
0
0



Assalamualaikum & selamat malam kawan2 semua...

Hari ni saya tak tahu dari mana datangnya kerajinan berexperiment dengan fondant. Bila mood 'R' tu sudah datang memang jangan dilengah-lengahkan membuat benda yang lain, mesti kena terus buat apa yang selalu tertangguh dalam perancangan kan??hehe...

Maka hari ni tanpa berlengah lagi saya sediakan semua fondant tools yang diperlukan. Tapi untuk hari ni punya experiment, saya cuma menggunakan dummy cake saja ya. Maklumlah dirumah saya tiada peminat fondant cake, tiada yang sanggup mau makan nanti. Jangan pulak ada yang harap saya potong dummy cake tu nanti ya,haha.













Selama ini saya memang selalu merancang ingin mengikuti kelas2 mendeco untuk memahirkan diri terutama sekali teknik menggunakan fondant dalam menghiaskan kek. Tapi apakan daya, kita cuma merancang tuhan yang menentukan, sampai sekarang saya cuma ada masa untuk ber'experiment sendiri sahaja.

Tugasan dirumah saja memang sudah cukup banyak sebagai seorang suri rumah, part-time bakers, blogger,apatah lagi untuk menghadiri kelas2, hmmm...hanya kerajianan & masa saja yang menjadi 'batu loncatan' saya...

Walaupun tidak sekemas atau se'cun' hasil tangan para profesional diluar sana, saya tetap berpuas hati dapat menghasilkan sesuatu dari air tangan sendiri, betul kan?? hehe...














Saya pilih colour purple & putih untuk tema dekorasi kek ni. Saya buatkan tiga kuntum bunga mawar berwarna ungu untuk menjadi heroinnya, hehe. Tapi kan, bila saya ambil gambar, warna purple tidak kelihatan seperti yang sepatutnya, jadi warna biru gelap pulak, i have no idea why...

Saya hiaskan dengan fondant putih atasnya yang dibuat seakan-akan renda terjurai untuk effect romatic gitu, hehe. Untuk tepi kek, saya hiaskan dengan fondant berwarna ungu. And for the final touch, saya pipingkan cake border & sedikit detail menggunakan royal icing.


Untuk idea2 cake borders, boleh lihat disini...

Tq sudi singgah, muahhhh!!!!!!!!









LACED FONDANT CAKE

$
0
0



Laced fondant cake for today's theme....

Bersambung lagi kelas mendeco kek menggunakan fondant yang berlangsung didapur saya sendiri & cuma saya seorang saja studentnya, hehe.

Lace & embroidery adalah salah satu teknik menghias cake menggunakan fondant / gumpaste / handpiping. Memang bukan satu pekerjaan yang mudah, saya mulakan dengan yang senang2 dulu, yang saya termampu untuk belajar sendiri ;)














Memandangkan saya langsung tak ada pengalaman dalam membuat lace & embroidery ni...maka inilah hasilnya, hehe. Kalau nak beli semua alat kelengkapan, memang banyak mahal owh!!!

Saya cuba sedaya upaya cuma menggunakan alatan yang ada sahaja, yang lain2 saya cuba buat sendiri, janji boleh pakai kan??? Haha...

Untuk pilihan warna kali ni saya pilih warna pink & dark chocolate. Saja guna sisa fondant yang saya simpan, buat belajar deco...sayang kalau rosak nanti kan.

Saya roll fondant berwarna pink atas pattern mat, selitkan kelilingnya dengan lace buatan berwarna coklat & paipkan sedikit detail menggunakan royal icing. Kemudian, saya sudahi dengan beberapa kuntum bunga pada bahagian atas & tepi...hhmmm done for today...Yeaayyy!!!











TWO TIER WEDDING CAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam semua....

Done for today's project. A two tier wedding cake - blue & silver theme colour.

Terima kasih banyak kepada kak besah kerana sudi order kek dengan saya. Tahniah saya ucapkan untuk perkahwinan anak akak ya, semoga hidup bahagia & kekal hingga akhir hayat, inshaallah, amin.








I am not a wedding cake expert but i tried so hard to do my best for this cake. No easy task man, hehe.

Semalaman mendeco & mempiping, boleh tahan juga penatnya. Tapi syukur alhamdulillah saya berjaya juga siapkan sepenuhnya hari ini. Diharap sangat tuan punya kek berpuas hati, maaf jika ada kekurangan disitu.











Experience is the best teacher..hopefully lepas ni saya boleh perbaiki lagi teknik membuat & menghias kek especially wedding cake like this.

And again thanks dear kak besah, muahhh!!!








MINION CAKE

$
0
0



Assalammualaikum semua...

Order minion cake untuk entri saya yang pertama dibulan mac ini :)








Kek ini diorder oleh seorang kawan untuk birthday daughternya yang ke-4 tahun. Tq so much mare & a happy 4th birthday dear Marissa, be a gud girl, study hard :)

Vanilla muffin with frosting saja birthday gift dari auntie ya...enjoy!!!















RUFFLES FONDANT CAKE

$
0
0



Assalamualaikum....

Semalam belajar mendeco ruffle guna fondant pula. Setelah beberapa hari mood mendeco & membaking jatuh merundum, yalah air punya slow & cuaca pulak punyalah panas giler...

Syukur alhamdulillah, kelmarin hujan sudah mulai turun, sejuk sedikit suasananya :)










Nampak senang saja mau buatnya....tengok dalam internet....sekali buat, hmmm berjam2 juga jadinya. Maklumlah bukan pakar yang buat,hahaha.

Untuk ruffles tu saya guna fully fondant, kalau ikut tutorial kena campur dengan gumpaste, tapi disebabkan cuma untuk tujuan pembelajaran, maka saya guna fondant saja. Saya 'ombre'kan colournya guna light blue colour untuk lebih highlight.










Kepada yang sama2 ingin belajar teknik me'ruffles' ini, bolehlah rujuk disini ya.

Maaf saya tak sharekan teknik yang saya gunakan, takut ada kesilapan teknikal,tak pasal2 nanti ramai yang ikut sekali :)

Selamat me'ruffles'!!!








WILTON FLUFFY BOILED ICING RECIPE

$
0
0




Assalam dear all...

Hari ni saya luangkan masa untuk membuat icing pula. Kali ni saya belajar buat Wilton Fluffy Boiled Icing Recipe...

Sesuai sangat nama resepi ni fluffy sebab memang teramat gebu & halus sekali teksturnya, macam buttercream tapi light macam freshcream. Cara2 membuatnya seakan-akan membuat Italian buttercream, kena masak sirap gula & tuang dalam campuran putih telur yang dipukul, cuma resepi yang ni kena guna meringue powder.


Memang halus teksturnya. Tapi kawan2 semua jangan hairan colour icing saya berwarna coklat seakan2 warna kopi, hehe. Sebabnya resepi ni kena guna corn syrup & kebetulan saya tak ada corn syrup tu, so saya guna saja Black treacle, tu pasal warna dah jadi warna kopi, hehe.


Sambil belajar mengadun icing ni, saya ingin berkongsi sedikit idea membuat cake borders, boleh lihat pada gambar dibawah nanti.

Untuk lebih idea2 borders boleh lihat disini...


Icing ni sesuai untuk mengaising kek, mem'piping tulisan, borders, figurine & stringworks.


Sebaik2nya adunan dipukul hingga betul2 stiff supaya konsistensinya sesuai untuk dipiping. Mula2 saya pukul adunan sampai agak pekat juga, tapi lama kelamaan bila icing dah masuk piping bag, sambil mendeco icing mencair sedikit sebab tapak tangan panas. Genggam lama2 icing pun cairlah, hehe. Caranya saya masukkan semula icing tadi dalam mangkuk mixer & pukul sampai stiff.

Cara penyimpanan pula jika icing tidak digunakan terus atau tidak habis digunakan, simpan dalam peti sejuk & pukul semula bila perlu. Sebelum ni pernah baca dalam buku wilton, sebaik-baiknya simpan Meringue Powder yang telah dibuka dalam peti sejuk untuk menggelakkan jangkitan penyakit Salmonella, walaupun dijamin selamat sebagai substitute untuk putih telur. Maka sebaik-baiknya juga adunan icing kita simpan dalam peti sejuk kan???

Kawan2 semua, sila abaikan cacat cela piping saya tu k, diharap sedikit sebanyak dapat membantu kawan2 semua...tqsm sudi berkunjung kesini, muahhh!!!







Wilton Fluffy Boiled Icing

A
3sb Wilton Meringue Powder
1/2 cawan air sejuk

B
2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/4 cawan corn syrup

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga pekat lebih kurang 4 minit.

2. Dalam mangkuk tahan panas, satukan bahan2 B, gaul sedikit. Kemudian, masukkan kedalam microwave oven & panaskan hingga mendidih lebih kurang 5 minit.

3. Tuang syrup sedikit demi sedikit kedalam adunan meringue hingga habis sambil memukul pada kelajuan perlahan.

4. Tukar kepada kelajuan tinggi, pukul aduan aising selama lebih kurang 4 minit atau hingga adunan pekat & lembut berkilat.

























PINKY THEME BIRTHDAY CAKE

$
0
0



Assalam semua...

Hari ini saya sambung pula pelajaran mendeco kek dengan Royal Icing. Salah satu perkara yang boleh buat saya teruja dalam mendeco ialah bab2 mem'piping' ni.

Walaupun saya bukan pakar & tidak cukup ilmu di dada, memang saya sangat2lah suka bab2 mendeco kek menggunakan teknik 'piping' ni. Suka dengan proses & detailnya, salah satu terapi yang berkesan buat saya :)











Actually, agak2 ada 3 jam juga saya habiskan masa berpraktis atas board baru boleh betul2 mendeco atas kek...bukan senang owh, lain yang dipraktis, lain yang jadi, hahahaha....inilah jadinya kalau budak baru belajar...

Warna pinky yang sangat feminin, sesuai untuk birthday girl :) 

Tq sudi berkunjung di sini...














MARBLE YAM CHIFFON CAKE

$
0
0



Assalam & apa khabar semua???

Diharap sihat2 saja hendaknya ya. Sudah beberapa hari saya cuba meng'update' entri tertunggak ini, namun apakan daya, line punyalah slow, sampaikan 1 keping gambar pun susah mau upload, haha...

Sabar ajelah....













Apa2 pun terima kasih buat semua kawan2 yang sabar menunggu resepi ini :)

Beberapa hari ni tekak terasa selera mau makan kek yam tapi setelah beberapa kali cuba mencari tak jumpa2, saya pun mulalah bosan, hehe. So degil mau makan punya pasal, saya buatlah chiffon cake flavour yam guna yampaste...aci jugak kan?? hehe.








Nasib baik rasanya menepati selera & tidak menghampakan. Dapat jugalah mengisi selera yang terbantut beberapa hari ni, hehe. Saya marblekan yam chiffoncake ni dengan coklat paste & buat dalam saiz yang kecil iaitu saiz 9 inci...tak banyak telur yang digunakan, cuma 4 biji telur saja tapi saya guna gred AA, tu yang jadi agak tinggi. Memang puas makan :)

Mari kita lihat resepinya pula k ;)







Marble Yam Chiffon Cake

Bahan2nya:
A
4 biji kuning telur
115ml susu segar
85ml minyak jagung
90 gula kaster
150g tepung gandum
1 sk baking powder
2 sk yam paste

B
4 biji putih telur
90g gula kaster
1/8 sk cream of tartar, secubit

C
Chocolate paste / emulco


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 175 C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci. Jangan gris. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk yang besar, satukan semua bahan2 A hingga lembut & sebati. Ketepikan.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan bahan A tadi, kaup balikkan. Kemudian masukkan baki adunan putih telur & kaup balikkan lagi hingga sebati.

4. Tuang 1/2 adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan, ambil pencungkil gigi, celupkan dalam chocolate paste/emulco & marblekan atas kek. Tuang lagi baki adunan perlahan2 & marblekan sekali lagi. Bakar selama 40-45 minit atau hingga kek masak.

5. Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari oven & terbalikkan. Biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan. Simpan kek dalam bekas kedap udara atau balut dengan palstic wraper supaya tidak kering.










BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE

$
0
0



Assalam & selamat petang semua....

Bersambung lagi mengupdate entri tertunggak. Memang saya tak pernah jemu membuat resepi butter cheddar cheesecake ni, buat banyak kali pun sentiasa terpersona dengan aromanya.

Credit to Chef Alex Goh for the recipe. Resepi daripada buku 'Creative Making of Cakes'. Nama asal resepi sebenarnya Cheddar Cheese Loaf, tapi memandangkan saya selalu menggunakan loyang biasa & bukan loaf pan maka saya namakan Butter Cheddar Cheesecake saja, boleh rujuk pada link dibawah untuk resepi yang sama.

Butter Cheddar Cheesecake

Butter Cheddar Cheesecake

Orange Butter Cheddar Cheesecake





Resepi ini sangat mudah & simple saja cara2 penyediaannya. Boleh tambah perasa oren, lemon, kekacang & macam2 lagi. Saya suka gabungkan semuanya.

Untuk resepi kali ni, saya terlupa letakkan parutan kulit oren dalam adunan, masa sudah masukkan kek dalam oven baru perasan buah oren masih selamat terletak atas meja, hehe.

Tapi tak lupa letak parutan cheddar cheese, almond flakes & chocolate rice atasnya, untuk menambah keranggupan & sedikit rasa masin manis bila dimakan. Boleh bayangkan tak??? hehe.











So kepada kawan2 yang masih belum mencuba resepi ini, jangan tak cuba, dijamin sedappppp....and terima kasih banyak2 kepada yang sudi & sudah mencuba, muahhh!!!






Butter Cheddar Cheesecake

Bahan2nya:
A
250g butter
220g gula kaster

B
4 biji telur, gred A

C
80g cheddar cheese, potong dadu
20g chocolate rice

D
100ml susu segar

E
280g tepung gandum / superfine
1 sk baking powder

F (untuk ditabur)
Parutan Cheddar cheese, secukupnya
Almond flakes, secukupnya
Chocolate rice, secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu.

3. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

4. Masukkan pula bahan C, gaul sebati.

5. Kemudian, masukkan D & E berselang seli. Gaul sebati.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Taburkan bahan F atasnya. Bakar selama 45 min atau hingga kek masak. Sejukkan baru dipotong.





MOCHA & YAM CARAMEL CAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam semua...

Hari ni selera pulak mau makan caramel cake sebab sudah lama tidak buat kek ini. Caramel cake ni satu masa dulu tersangatlah popularnya hinggakan hari2 ada saja gambar caramel cake menghiasi news feed dalam fb :)






Kali ni saya buat flavour mocha + yam pula. Nyumm sedap pulak, cuma keknya tak naik cantik, maybe sebab telurnya cair. Silap saya sebab letak dekat dengan dapur masak, hehe.

Apa2 pun diharap resepi ini menepati selera kawan2 semua juga ya, selamat mencuba.





Mocha
& YamCaramelCake
Karamel:
3 sb gula kaster
1 sb air

Cara2 membuat karamel:
1. Satukan semua bahan dalam loyang bulat bersaiz 8 inci.

2. Masak hingga bertukar warna keemasan (jangan sampai hangus nanti pahit). Ketepikan.


Puding:
1 tin susu cair
40g gula kaster
6 biji kuning telur
1 sk tepung kastard
1 sk esen vanila
1 biji parutan kulit lemon

Cara2 membuat puding:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan & gaul rata. Biarkan sebentar supaya aroma lemon menyerap.

2. Kemudian, tuang adunan puding kedalam loyang berisi karamel tadi perlahan2 sambil menapis. Jangan tuang adunan tinggi2 atau dituang cepat2 untuk mengelakkan buih pada permukaan & dalam adunan.


Kek:
A
140g tepung naik sendiri
40g gula kaster
3 biji kuning telur
135ml susu segar / air
45ml minyak jagung

B
6 biji putih telur
40g gula aising, diayak
1/4 sk cream of tartar

C
1 sk yam paste
1 sk mocha paste

Cara2 membuat kek:
1. Satukan semua bahan A & gaul rata. Ketepikan.

2. Pukul putih telur & cream of tartart dalam bahan B hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang bertanduk.

3. Kaup balikkan putih telur yang dipukul dengan bahan A tadi (langkah 1) hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Campurkan setiap bahagian dengan bahan C. Kaup balikkan.

5. Ambil sudu makan, masukkan 5 - 6 sudu besar adunan berperisa mocha ditengah2 adunan puding dalam loyang tadi. Masukkan pula 5 - 6 sudu besar adunan yam ditengah2 adunan mocha tadi. Ulang secara berselang seli hingga kesemua adunan habis dimasukkan.

6. Bakar guna teknik waterbath pada suhu 170 C selama 1 jam. Guna api bawah sahaja untuk 45 minit pertama, kemudian tukarkan kepada api atas bawah selama 15 minit hingga kek masak.

7. Bila kek sudah masak, rehatkan kek selama 10 minit baru terbalikkan.



PEACH THEME RUFFLE FONDANT CAKE

$
0
0



Assalamualaikum & selamat malam semua...

Me'ruffle lagi??? Hehe...Perlu sentiasa me'ruffle bagi saya yang belum pakar ini. Belajar sampai pandai, kalau tak sampai jadi pakar pun memang kena belajar jugak kan :)

Anyway...Congratulations to my one & only brother Ezekiel Gemina for your convocation's day today. I wish u all the best & gud luck for your future :)








So inilah dia hasilnya kerja me'ruffle saya. Buat daripada pagi sampai malam semalam. Ishhh penatnya, siap saja terus pegi tidur. Penatnya terasa macam projek bersihkan rumah sehari suntuk non-stop pulak,hahaha.

Kali ni saya buat ruffle ombre bertemakan warna peach pula. Sebelum ni buat ruffle bertemakan warna biru putih. Ble rujuk disini.













Saya tambahkan sedikit detail untuk lebih meriah. Letakkan riben yang bertona & bunga2 simple atasnya untuk perbezaan tekstur dekorasi.

Tapi writingnya??? Ya ampun, buat2 tak nampak sajalah k. Tangan sudahlah cramp, kena pulak buat tulisan berangkai, memang disaster, hehe.












Boleh rujuk pada blog ini untuk tutorial teknik me'ruffle' k.
Well, terima kasih daun keladi buat kawan2 yang sudi berkunjung kesini. Selamat malam semua ;)




DEVIL'S FOOD CAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam kepada semua yang sudi berkunjung kesini...

Sebelum saya memulakan entri hari ini, saya ingin mengambil masa sebentar mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa2 penerbangan MH370 yang terkorban...kesedihannya dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia, semoga ujian yang melanda ini ada hikmahnya disebaliknya.

Al-fatihah....












Setelah sekian lama negara kita di landa jerebu & cuaca panas luar biasa. Syukur alhamdulillah cuaca sudah semakin pulih, hari ini hujan turun membasahi bumi dengan lebatnya :)

Sudah lama saya tak buat Devil's Food Cake ni untuk makan2, selalu buat untuk orang order saja, hehe.

Nikmat tak terkata, hujan2 lagi tu, memang sesuailah sangat :)
















Kepada yang sudah pernah mencuba resepi ini, pasti tahu macam mana sedapnya. Kek yang lembut & moist dilapis dengan filling ganache. Siapa2 yang memang suka makan kek coklat, memang satu kemestianlah :)








Untuk deconya kali ini, saya guna deco chocolate lace supaya nampak lebih kemas & tak perlu letak hiasan yang lain2, hehe.

So tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepinya pula...

Untuk step by step cara2 membuat kek ni, boleh rujuk disini k.








Devil's Food Cake

Ganache:
500g cooking chocolate, dicincang
400g whip cream
2 sb butter, suhu bilik

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga berbuih pada tepi2 periuk. Matikan api.

2. Tuang krim atas coklat yang dicincang. Biarkan sebentar & gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.

3. Masukkan butter, gaul rata. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga pekat & konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek. Sementara itu, buat keknya pula.

Kek:
A
170g butter, suhu bilik
200g gula kaster
2 sk esen vanila

B
3 biji telur, gred A

C (diayak)
227g tepung superfine
50g serbuk koko
1 1/4 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
1 sk garam

D
1 1/2 cawan buttermilk

E
1/4 cawan mayonnaise

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan B satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang seli. Gaul rata.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E. Gaul rata.

5.Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack & potong kepada 3 lapisan.

6. Letakkan satu lapisan kek atas cakeboard. Sapukan sedikit filling ganache atas kek. Kemudian, letakkan lagi satu lapisan kek, sapukan lagi dengan ganache & letakkan pula lapisan kek yang terakhir atasnya. Sapukan keseluruhan kek dengan baki ganache tadi. Sejukkan kek selama 30 minit supaya coklat mengeras baru dipotong. Boleh hiaskan ikut kreativiti jika suka.

# Untuk hasil yang lebih kemas, boleh gunakan cake ring / false bottom cake pan untuk melapis cake.





CREAMY CORN CAKE

$
0
0



Assalamualaikum buat semua kawan2 yang berkunjung kesini...

Cake lagi hari ni untuk tea break....buat Creamy corn cake pula. Sedap berkrim disukai ramai :)












Saya pernah share resepinya disini dulu. Recepi by Chef Alex Goh, one of my favorite pastry chef :)












Kek yang sungguh lemak berkrim, memang nikmatlah bila dimakan. Kali ni saya tambahkan custard topping atasnya, bertambah2 lagi nikmatnya, tapi awas jika kawan2 semua sedang berdiet, sila abaikan part custard topping tu ya, hehehehe...












Mari kita lihat resepinya pula :)








Cream corn cake


Bahan2 sponge cake:
A
4 biji kuning telur
16g gula kaster
1/2 sk esen vanila

B
4 biji putih telur
100g gula kaster

C
100g tepung gandum

D
50g corn oil

Cara2 :
1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.

2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.

3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul sebati. 

5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.

6. Tuang aduan ke dalam loyang 2o cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.

7.  Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack & potong kepada 3 lapisan.


Cream corn filling:
A
100g susu segar
45g gula kaster

B
100g santan pekat
3 kuning telur

C
2 sb gelatin
80g air

D
180g whip topping cream, di pukul

E
160g creamy corn 

Cara2:
1. Masak bahan2 A hingga gula larut.

2. Tuang dalam bahan2 B, kacau rata. Kemudian, masak semula hingga pekat.

3. Satukan bahan2 C, cairkan guna double boiler. Campurkan ke dalam adunan yang di masak tadi & gaul rata.

4. Sejukkan adunan atas air sejuk 30 C. Kemudian masukkan bahan2 D & E, gaul hingga sebati.

Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan false bottom cake pan, letakkan satu lapisan kek dalamnya. Tuangkan 1/2 adunan filling.

2. Kemudian, letakkan lagi lapisan kek yang kedua, tuang baki filling tadi. Tutup dengan lapisan kek yang terakhir. Tutup guna plastic wraper & sejukkan selama 3 jam atau hingga filling mengeras.

3. Keluarkan kek, sapukan keseluruhan kek dengan fresh cream. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat custard topping.


Custard topping:
A
60g susu segar
10g gula aising

B (satukan)
35g susu segar
1 biji kuning telur
10g tepung kastard

C (satukan)
3g serbuk gelatin
20g air

D
1/2 sk esen vanila

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan bahan A hingga hampir berbuih. Tuang kedalam bahan B & gaul rata. Kemudian, masak adunan guna kaedah double boil hingga pekat. Ketepikan.

2. Satukan bahan C & cairkan guna kaedah double boil. Masukkan kedalam adunan kastard tadi (langkah 1). Gaul rata.

3. Masukkan bahan D, gaul rata.

4. Tuang custard topping atas kek & simpan dalam peti sejuk hingga mengeras baru dipotong.












HONG KONG STYLE EGG TART

$
0
0



Assalam & selamat malam semua....

Egg tart untuk entri pertama dibulan April ini. Sudah lama tidak buat egg tart ni, selalu layan cake saja kan :)

Banyak kerjanya buat tart ni tapi bila sudah siap berbaloi-baloi :)






Resepi yang sangat nostalgia, resepi egg tart inilah yang menjadi entri pertama saya sebagai blogger masakan 2 tahun yang lalu. Untuk rujukan boleh lihat pada link dibawah...

Egg Tart 1
Egg Tart 2
Egg Tart 3
Pandan Egg Tart







Kenapa namanya Hong Kong Egg Tart??? This is such a classic pastry recipe from there, pastrinya yang rapuh & inti kastard yang lembut, juga dikenali sebagai cantonese egg tart. Inti kastard yang sangat popular digunakan sebagai inti egg tart ini mula2 diperkenalkan di Hong Kong.

Tak puas lagi boleh rujuk pada Mr. Wiki disini :) Selamat mencuba sendiri semua...







Hong Kong Style Egg tart

Inti kastard:
2/3 cawan gula
1 1/2 cawan air
9 biji telur, dipukul sedikit
1 sk esen vanila
1 cawan susu segar @ susu cair

Cara2:
1. Masukkan air & gula dalam periuk. Masak & biarkan mendidih sampai gula larut,matikan api & sejukkan sepenuhnya.

2. Masukkan telur dalam mangkuk. Pukul sedikit guna hand whisk & tapiskan ke dalam mangkuk lain. 

3. Kemudian, masukkan susu & vanila, gaul sebati. Masukkan pula air gula tadi (langkah 1), gaul rata & tapis adunan sekali lagi dalam bekas bertutup hingga sedia untuk digunakan.

Pastri:
1/2 cawan gula kaster
1 cawan mentega
3 cawan tepung (tambah jika kurang)
1 biji telur, dipukul sedikit
1 sk esen vanila

Cara2:
1. Satukan tepung & gula dalam mangkuk.

2. Masukkan mentega, gaul rata guna tangan.

3. Kemudian, masukkan telur & vanila, adun hingga menjadi doh yang lembut.

4. Ambil sedikit doh & bentukkan guna jari dalam acuan tat. Jangan terlalu tebal nanti pastri kurang masak. Buat hingga habis.

5. Panaskan oven pada suhu 170 C.

6. Susun pastri yang telah dibentukkan dalam dulang pembakar. Tuang inti 3/4 penuh & bakar guna api bawah sahaja selama lebih kurang 20 minit atau hingga inti sudah tidak cair lagi.








RAINBOW RUFFLE FONDANT CAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam semua teman2 yang dikasihi...

Hari ini untuk entri, saya tayang sikit hasil kerja rumah saya beberapa hari yang lalu membuat rainbow ruffle ni...

Macam yang kawan2 semua boleh nampak, memang boleh tahan juga susahnya buat rainbow ruffle ni sebab ada enam colour yang perlu digabungkan.

Bila sudah siap buat tepi2 ruffle ni, saya terus rehatkan diri, buat deco untuk atasnya esok hari pulak, then bila sudah siap deco atas, saya tak ada masa pulak mau ambik gambar, sampai layu sudah ruffle saya, hehe.

Well, untuk rujukan ruffle2 lain yang saya pernah buat sebelum ini boleh lihat pada link dibawah...

Wasalam....

Peach theme ruffle fondant cake
Ruffle fondant cake (Blue & white theme)

















DURIAN CHOCOLATE LAYER CAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam buat semua kawan2 yang berkunjung kesini.....

Hari ini untuk entri saya sharekan resepi kek berintikan durian pula, tapi untuk keknya saya kasi perisa coklat :) Bagi sesiapa yang suka makan durian, memang nikmat terasa, bagi yang tak suka...lari 10 batu nautika...hehehe...








Resepi ni simple saja, nampak saja rumit tapi percayalah memang mudah & dijamin sedap, inshaallah :)

Untuk inti tu saya sengaja kasi lebih2 duriannya supaya puas jadi tak mencari lagi sampai musim seterusnya, hehe.






Dua minggu yang lalu, saya asyik suruh husband pusing sana pusing sini lepas ambil anak dari sekolah sebab mau cari gerai yang jual durian tapi macam biskut cipsmorelah pulak, sekejap ada sekejap takda, jadi resepi2 lainlah yang saya jadikan entri.

Sampailah dua hari yang lalu jalan2 pegi Aeon Big terpersona mata saya melihat MUSANG KING didepan mata yang sedang rancak di promote oleh c polan, ya ampun ini kalilah, gumbira hatiku tak tertahan, sampai saat menulis entri ini pun masih gumbira lagi,hehehe.

Jadi sebelum saya terover happy disini, marilah kita terus semak resepinya ya....Selamat mencuba sendiri dear all :)







Durian Chocolate Layer Cake

Chocolate sponge:
A
4 biji kuning telur, gred A
20g gula kaster
1 sk esen vanila

B
4 biji putih telur, gred A
90g gula kaster

C
90g tepung superfine, diayak
10g serbuk koko, diayak

D
50g butter, dicairkan

Cara2 membuat chocolate sponge:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan & pukul bahan A hingga kembang. Ketepikan.

3. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk. Satukan dengan adunan A yang dipukul tadi (langkah 2). Kaup balikkan hingga sebati.

4. Kemudian masukkan bahan C, kaup balikkan hingga sebati. Masukkan pula bahan D, kaup balikkan lagi hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 25-30 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru dipotong kepada 3 lapisan.

Durian filling:
A
250ml uht whipping cream
2 sb gula kaster

B
10g serbuk gelatin
30g air

C
500g isi durian

Cara2 membuat durian filling:
1. Satukan bahan B, cairkan atas double boiler hingga gelatin cair. Ketepikan.

2. Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun, pukul hingga pekat sedikit. Masukkan adunan B yang dicairkan tadi. Pukul lagi hingga soft peak.

3. Masukkan bahan C, gaul rata.

Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan loyang loose bottom bersaiz 8 inci. Letakkan 1 lapisan kek, tuang 1/2 adunan filling & ratakan.

2. Letakkan pula satu lagi lapisan kek, tuang baki filling tadi & letakkan pula lapisan kek yang terakhir atasnya. Tutup guna plastic wraper & simpan dalam peti sejuk hingga filling mengeras.

3. Bila filling sudah mengeras, hiaskan kek ikut kteativiti.








ORANGE CHEDDAR CHEESE CUPCAKE

$
0
0



Assalamualaikum & selamat malam semua...

Fuhh bukan main busy lagi saya mengalahkan tokey kek bakery, sampai mau tulis entri yang tergendala ni pun curi2 masa, hehe. Sebenarnya bukan busy apa, busy menyiapkan order2 mango float & kek dalam list..syukur alhamdulillah atas rezekinya Allah...

Oh ya kawan2 semua, terima ksih banyak2 kerana sudi menunggu resepi cupcake ini, muahhh!!!








Sebenarnya planning mau buat resepi Butter Cheddar Cheesecake, tapi ya ampun sekalinya saya tengok dalam almari, sudah tinggal sikit c mr. butter. Hmmm tukar planning, cepat2 pegi selongkar buku2 resepi yang lain, aahah terjumpa resepi Cheddar Cheese Cupcake dari buku 'Fabulous Cake Business' by Chef Alex Goh.

Dapat juga selamatkan selera mau makan butter cheddar cheesecake tu sebab bahan2nya ada yang sama, hehe. Yang paling penting ada cheddar cheese memang layan....saya kasi tambah parutan kulit oren supaya lebih kaw aromanya & tidak bosan dimakan :)







Syukur alhamdulillah memang sedap cupcake ini, makan sebiji memang puas. Boleh tambah extra parutan cheddar cheese atasnya atau paipkan sedikit fresh cream...yummyyy!!! Kalau ikut resepi asal, cupcake ni menggunakan buttercream & sedikit Cinnamon powder untuk toppingnya. Saya guna fresh cream & parutan cheddar cheese saja :)

Selamat mencuba sendiri ya kawan2 semua, sekian dulu...








Orange Cheddar Cheese Cupcake

Bahan2nya:
A
3 biji telur, gred A
150g gula kaster

B
1/2 sk esen vanila

C
150g tepung gandum, diayak
3/4 sk baking powder, diayak

D
150g butter, dicairkan

E
50g parutan cheddar cheese
1 biji parutan kulit oren

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan acuan muffin & isikan dengan kertas cupcake. Ketepikan

2. Dalam mangkuk mixer, satukan bahan2 A & pukul hingga menjadi kembang & gebu pada kelajuan sederhana. Masukkan bahan B & gaul rata.

3. Masukkan pula bahan C yang telah diayak & kaup balikkan hingga sebati.

4. Kemudian, masukkan bahan D. Gaul sebati.

5. Akhir sekali, masukkan bahan E, gaul rata.

6. Tuang 3/4 penuh adunan kedalam kertas cupcake yang telah disediakan tadi. Bakar selama 20-25 minit. Bila sudah masak, keluarkan dari acuan & biarkan sejuk.

7. Hiaskan dengan fresh cream & sedikit parutan cheddar cheese jika suka.








OCEAN THEME CAKE & A HAPPY 5TH BIRTHDAY MY DANIEL HAKEEM !!!

$
0
0




Assalamualaikum buat semua yang berkunjung kesini...

Dimulakan entri saya pada hari ini dengan ucapan Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga kerana dapat meraihkan birthday anakku Daniel Hakeem yang ke 5 tahun bersama keluarga sekali lagi tahun ini.

Happy Birthday my dear son, mama luv u so much, muahhhh!!!
















Cerita pasal my son Daniel ni kan, dia memang suka macam2 benda terutama sekali kartun spiderman, hidupan laut, peti harta karun & yang pelik macam ulat gonggok pun ada, hehe....so every year mesti kena cari idea mau buat kek yang macam mana supaya dia tertarik, kalau tak memang dia tak akan peduli punya.

Seminggu yang lalu saya tanya daniel mau kek yang macam mana untuk birthday nanti, dia pun jawab mau kek siput..erkkk mana ada masa mau ukir kek tu jadi siput...jadi saya pun tanya lagi sekali, jawapan sudah berubah, mau kek star fish pulak...well ok, saya pun dapat idea buat kek normal saja then buat ocean theme..hah beres...daniel happy, i'm happy too :)












Untuk keknya saya buat blue ombre cake, fillingkan dengan cream cheese filling & ganache. Untuk hiasan pula, saya buat figurine starfish, octopus, crab & seaweeds...deco sedikit dengan chocolate shell & serbuk biskut untuk dijadikan seakan2 pasir.













Resepi kek saya guna resepi rainbow cake yang pernah saya kongsikan dulu disini, cuma saya kalerkan saja jadi blue ombre. Saya ulang tayang dengan cara baru, hehe.

Silakan kepada yang ingin mencuba sendiri ya....











Ocean Theme Cake

Bahan2 kek:
A
1 cawan butter, suhu bilik
1 1/2 cawan gula kaster

B
5 biji putih telur

C
3 cawan tepung gandum, diayak
4 sk baking powder, diayak
1/2 sk garam

D
2 sk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar

E
Pewarna makanan warna biru

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan 4 loyang bersaiz 8 inci, gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk mixer, pukul bahan A hingga kembang & gebu. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit & pukul sebati.

3. Masukkan pula berselang-seli bahan C & D. Gaul hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, warnakan adunan guna bahan E, letak beberapa titis pewarna makan pada adunan pertama & ulang untuk yang lain ikut kesesuaian hingga mendapat tona warna yang berbeza untuk setiap adunan.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Jika anda cuma ada sebiji loyang sahaja, boleh bakar adunan berselang-seli ikut urutan hingga selesai. Bakar selama 20 minit & sejukkan sepenuhnya atas wire rack.


Cream cheese filling:
A
125g cream cheese
50g gula aising

B
250g fresh cream, dipukul hingga kembang

Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & sebati.

2. Satukan dengan bahan B yang telah dipukul hingga kembang. Gaul sebati.


Ganache:
250g cooking chocolate, dicincang
200g non dairy cream
1 sb butter

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim atas api perlahan. Tuang atas coklat yang dicincang. Gaul rata.

2. Masukkan butter, gaul rata. Simpan dalam peti sejuk hingga ganache menjadi keras sedikit & kepekatannya sesuai untuk disapu pada kek.

Topping:
250g non dairy cream, dipukul hingga kembang

Cara2 menyusun kek:
Ambil kek yang berwarna biru paling gelap, letakkan atas cake board. Sapukan 1/2 adunan cream cheese filling atasnya. Letakkan lagi lapisan kek yang kedua, sapukan pula dengan ganache.

2. Letakkan kek yang ketiga, sapukan baki cream cheese filling tadi. Letakkan lapisan kek yang terakhir atasnya. Pastikan kek disusun mengikut tona dari yang gelap hingga terang.

3. Sapukan keseluruhan kek dengan bahan topping. Boleh hias ikut kreativiti sendiri. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam baru dipotong.







EGGLESS CHOCOLATE CAKE

$
0
0



Assalamualaikum semua...diharap sihat2 saja ya hendaknya :)

Dalam dua hari yang lalu, saya ada buat eggless cake ni. Tapi tak tau kenapa, mood mendeco memang tak mari, so saya kasi peram saja kek itu dalam peti sejuk, sampailah tadi tak sampai hati tengok kek tu, saya pun cepat2 kasi balut dia dengan ganache & deco sikit2...tarra...nampak semangat sudah kan, hehe...











Resepi ni hasil adaptasi dari buku resepi 'Fabulous Cake Business' by Chef Alex Goh. Senang saja pun resepinya cuma saya ada kasi tukar sedikit ikut selera macam yang chef Alex Goh suggest, boleh tukar penggunaan susu soya kepada susu segar & minyak kepada butter.






Silakan kepada kawan2 yang ingin mencuba sendiri ya :)





Eggless Chocolate Cake

Kek:
A
150g butter, dicairkan
190g brown sugar
1 sk mocha paste
280g susu segar

B
200g tepung superfine
30g serbuk koko
1 1/2 sk baking powder
3/4 sk baking soda

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci, gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak.

2. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan A & gaul guna hand whisk hingga sebati.

3. Masukkan bahan2 B yang telah diayak. Gaul sebati.

4. Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya baru dihiaskan dengan ganache jika suka.


Ganache:
200g dark compound chocolate, dicincang
130g non dairy cream
70g butter

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga mendidih. Tuangkan atas coklat yang dicincang. Gaul rata.

2. Masukkan butter, gaul hingga sebati. Biarkan hingga sejuk & pekat.

#Boleh disimpan dalam peti sejuk hingga konsistensinya sesuai untuk disapu pada kek atau disimpan pada suhu bilik semalaman hingga pekat.










Viewing all 127 articles
Browse latest View live