Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all 127 articles
Browse latest View live

DEVIL'S FOOD CAKE WITH KITKAT FENCE & M&M'S

$
0
0



Assalamualaikum & selamat malam semua....

Wah penatnya seharian didapur mengerjakan tempahan2 kek, lava cheesecake & mango float...alhamdulillah penat tapi berbaloi...






Hah untuk kek yang saya tayang hari ni...kek ni di order oleh seorang customer setia aka kawan & kakak, hehe. Thanks again for ordering kak sam & happy birthday to your fren ;) Diharap berpuas hati ya ;)

Dalamnya saya guna Devil's Food Cake, hiaskan dengan coklat kitkat & M&M's...Boleh rujuk link dibawah untuk resepi k, thanks all :)

Devil's Food Cake 1
Devil's Food Cake 2








CARAMEL CHEESECAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam semua....

Sejuknya hari ini, hujan memanjang....sedap juga layan Cheesecake kan???hehe. Buat caramel cheesecake tengahari tadi, sekali buat untuk birthday my youngest sister Darwisyah Eva Gemina....

Hepi birthday may....keknya aku tolong makan ya sebab tuan punya birthday cake jauh nun d perak sana, hehe....i wish u all the best & congratulations for your convocations day coming ahead, we love ya'....











Well, cerita pasal kek ni pulak. Kek yang tidak jemu2 dimakan & pastinya bermaksud kek yang sedap & nikmat. Memang terbaik, i'm lovin' it :) Berkali2 buat pun tidak akan pernah bosan, boleh rujuk disini & disini untuk entri yang lepas.










Boleh saya katakan kek ini adalah pilihan kek yang paling tepat, mudah & semestinya sedap bagi penggemar cheesecake diluar sana, lapisan caramel yang tipis pada bahagian atas kek, tidak terlalu manis & memang sesuai sangatlah, lebih2 lagi kalau dimakan bila sudah sejuk....

Yummyy!!! Sampai mertua lalu pun tak perasan, hahahaha.....








So bagi kawan2 yang belum pernah mencuba resepi caramel cheesecake ni, jangan tunggu lama2, dijamin sedap & puas hati :)

Selamat mencuba sendiri semua....







Caramel cheese cake


A
   4 tbsp gula kaster

B
6 biji kuning telur
200g susu cair
70g air
1 sk esen vanila

C
4 biji putih telur
50g gula kaster
1/4 tsp cream of tartar

D
500g cream cheese
150g gula kaster
40g butter
4 biji kuning telur

Cara2:
1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.

2. Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.

3.  Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.

4. Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.

5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min.

6. Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C.

7. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.







CHOCOLATE ORANGE CREAM CHEESE OGURA CAKE

$
0
0



Assalamualaikum buat semua kawan2 yang setia berkunjung kesini...

Wah lamanya saya tak update apa2 entri disini, sikitnya entri untuk bulan ni kan, hehe. Memang tak larat untuk menerai apa2 resepi baru dek kesibukan aktiviti pindah rumah ni, macam2 kena buat tapi syukur alhamdulillah semuanya sudah beres, maka adalah sikit semangat membaking itu datang walaupun semua loyang2 kesayanganku masih tersimpan dalam kotak, hehe.










Masih ingatkah dengan kek ini wahai kawan2 semua???Kepada yang perasan, sebenarnya kek ni hasil adaptasi dari resepi cake sebelum ni iaitu Coffee Cream Cheese Ogura Cake yang sangatlah mantap & sedap rasanya. Pasti agak ramai juga yang telah mencuba.

Kali ni saya letak flavour chocolate & orange pula, hurmmm boleh tahan juga harum semerbak baunya. Sudah jadi pattern macam marble cake pulak, hehe. Tapi rasanya memang tumbs up!! Yalahkan, sebab sudah namanya hantu cheesecake, apa2 yang ada cheese memang layanlah...hehe.

Mintak maaf ya jiran2 baru sebab tak dapat kasi rasa sikit, ambik bau aje :)








Resepi kek ni saya ubah sedikit bahan2nya & tambahkan sedikit gula sebab percubaan sebelum ini keknya kurang manis. Tambah sedikit saja supaya perfect ;)

Kek yang dijamin sedap, lembut & gebu. Baca arahan & ikut saja langkah2 membuatnya dengan betul, inshaallah hasilnya tidak akan menghampakan :)

So tanpa membuang masa lagi, mari kita semak resepinya pula....







Chocolate Orange Cream Cheese Ogura Cake

Bahan2nya:
A
25g minyak jagung
125g cream cheese

80ml susu segar

B
100g kuning telur
1 biji telur
40g gula kaster

C
65g tepung kek

D
200g putih telur
65g gula kaster
1/2 sk cream of tartar

E
1 biji parutan kulit oren

F
1 sk chocolate emulco

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci. Griskan dengan butter & alaskan dasarnya dengan kertas minyak, ketepikan.

2. Satukan bahan2 A. Masak atas double boiler hingga lembut & berkrim. Sejukkan sebentar.

3. Masukkan bahan2 B. Gaul sebati. Masukkan pula bahan C, gaul & ketepikan.

4. Pukul bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan hingga sebati dengan adunan dari langkah 3 tadi.

5. Kemudian, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Masukkan bahan E kepada salah satu bahagian adunan & bahan F kepada adunan yang satu lagi, gaul rata.

6. Tuang adunan dalam loyang yang telah disediakan secara berselang seli. Bakar guna teknik water bath selama 1 jam atau hingga kek masak.

7. Bila kek sudah masak, segera keluarkan dari acuan & terbalikkan atas wire rack, sejukkan sepenuhnya. Kek ini sedap dimakan sejuk.






BLACKFOREST CHEESECAKE

$
0
0



Assalam semua, diharap semua sihat2 saja ya hendaknya...

Happy father's day buat semua rakan2 yang bergelar bapa, khasnya buat suami & bapa saya yang tersayang :)









Well...saya ulang tayang buat kek Blackforest cheesecake yang sungguh sedap ini, pernah saya kongsikan resepinya dulu disini. Pasti ada yang pernah mencubanya kan???Memang kek yang berbaloi untuk dicuba, inshaallah :)












Percubaan sebelum ni nampak cantik saja tepi2 kek, fully cover with cheese filling but this time kek saya agak besar, guna loyang 9 inci juga cuma kek masak tinggi & tidak kecut, penuh masa dilayer, ada bahagian tepi yang tak fully cover dengan cheese.

Apa pun rasanya memang tak menghampakan, sentiasa kurang manis & moist. Saiz kek ni agak besar juga, sesuai untuk dimakan ramai2 tapi kalau inginkan saiz yang lebih kecil bolehlah buat separuh adunan saja k.

Silakan resepinya & selamat mencuba sendiri :)








Black forest cheesecake

Base:
90g butter
170g digestive biscuits, dihancurkan
2 sb gula perang
3 sb serbuk koko
50g cornflakes, di ramas kasar
# sedikit coklat ganache, optional


Cara2 membuat base:
1. Cairkan butter dalam periuk kecil.

2. Masukkan semua bahan2 yang lain, kacau rata. Gaul pada api perlahan hingga bau wangi keluar. Matikan api.

3. Tuang & tekan dalam loose base tin bersaiz 9'.

3. Biarkan sejuk sebentar & sapu lapisan tipis ganache atas base. Tutup & simpan dalam peti sejuk sementara membuat sponge cake.


Sponge cake:
4 biji telur gred A
250g chocolate sponge mix
60ml susu segar
1/2 sk esen vanila
90g butter, dicairkan


Cara2 membuat chocolate sponge cake:
1. Satukan semua bahan kecuali butter dalam mangkuk mixer, pukul pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi pekat & sebati.

2. Masukkan butter yang telah di cairkan, kaup balikkan hingga sebati.

3. Tuang adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 9'. Bakar pada suhu 170 C selama 40 minit atau hingga kek masak.

4. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack. Potong kepada 2 lapisan.


Filling:
500g cream cheese
100g gula kaster
1 sk esen vanila
2 sb serbuk gelatin + 100ml air (double boil hingga cair)
500ml UHT whipping cream
425g cherry dalam tin, tos & simpan airnya
100ml cherry syrup (dari tin)


Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese, gula & esen vanila hingga lembut.
2. Masukkan campuran gelatin tadi yang telah di cairkan & whipping cream, pukul hingga  adunan sebati.

2. Bahagikan adunan sama banyak kepada 3 bahagian.

3. Tuangkan satu bahagian cheese filling ke dalam loose base tin berisi base tadi. Kemudian masukkan sedikit cherry. Masukkan pula satu lapisan chocolate sponge cake. Sapukan sedikit cherry syrup atas kek untuk melembapkan. 

4. Kemudian, tuang pula satu lagi bahagian cheese filling & cherry. Lapiskan dengan lapisan kek yang kedua, sapukan lagi sisa cherry syrup atasnya.

5. Akhir sekali, tuangkan bahagian cheese filling yang terakhir. Tutup & simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman hingga filling keras.


Topping:
1/2 sb serbuk gelatin
150ml cherry syrup ( dari tin)


Cara2 membuat topping:
 1. Satukan gelatin & syrup, biarkan 5 minit. 

2. Cairkan guna double boiler. Sejukkan.

3. Susun cherry atas kek. Tuang topping & simpan dalam peti sejuk hingga topping keras.









SARDINE ROLL

$
0
0



Assalamualaikum semua...

Diharap semua sihat2 saja ya, masih dalam mood beraya ka??hehe. Selamat hari raya, maaf zahir & batin semua. Rindu dengan blogku ini, lamaku tinggalkan tanpa entri..agak2 mau 2 bulan juga saya cuti dari berblogging.

Semenjak dua menjak ni memang tak mau baking2 sangat sebab nak jaga kesihatan, saja tak mau penuhkan pantri dengan bahan2 baking sebab nanti bila sudah start sekali pasti tak mau berhenti, hehe.

Teringin mau makan kek & dessert yang sedap2 memang ada, tapi bila difikir semula, kesihatan lagi penting kan, need to control. Masa yang terluang semua attention untuk family, lupa jugalah gian membaking sekejap,hahaha.

Well semua kawan2, terima kasihlah kerana sentiasa sudi berkunjung ke blog saya & mencuba resepi2 yang saya kongsikan disini. Hari ni saya ingin kongsikan pula resepi Sardine Roll yang menjadi menu peberet utk breakfast d rumah saya, selamat mencuba semua :)



SARDINE ROLL

Inti:
30g sardin ayambrand, hancurkan sedikit guna garfu
1 biji bawang besar, cincang halus
1 biji bawang merah, cincang halus
1/2 sk garam
1 sb gula
3 sb air
2 sb minyak masak utk menumis


Cara2 membuat inti:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang besar & merah yang dicincang halus hingga naik bau.
2. Masukkan sardin, gaul rata. Masukkan gula & garam. Gaul rata.
3. Akhir sekali, masukkan air & masak hingga mendidih. Matikan api biarkan sejuk sebentar.


Bahan2 lain:
10 - 12 keping roti putih, dicanai hingga tipis
1 biji telur, pukul sedikit
Breadcrumbs secukupnya


Cara2 membuatnya: (ble rujuk gambar)



1. Canai roti hingga tipis supaya tidak meresap minyak.

2. Sapukan telur sedikit dihujung roti supaya mudah melekat bila digulung.

3. Letakkan sedikit inti sardin disebelah hujung roti. 

4. Gulung kemas perlahan2.

5. Celupkan gulungan roti kedalam telur yang dipukul.

6. Lumurkan pula kedalam breadcrumbs. Panaskan minyak & goreng hingga keemasan. Sedap dimakan panas2 atau boleh ditambah slice cheese ikut selera masing2.


CHOCOLATE CHEESE TART

$
0
0



Assalamualaikum & selamat tengahari semua...

Apa khabar kawan2 & pengujung setia blog saya???diharap semua sihat walafiat hendaknya.

Wah lama saya tak buat cheese tart, lama tak makan dessert yang ada cheese, huhu memang susah mau dietkan.











Well, semalam memang kenalah juga buat cheese tart ini sebab my eldest daughter request suruh buat.

Untuk pastrinya saya buat chocolate flavour & for the filling just leave it plain. No decoration, keep it simple :)

So, mari kita sama2 lihat resepinya pula k...







Chocolate Cheese Tart

Pastri:

125g butter
60g gula kaster
1 sk esen vanila
1 sb susu segar
1 biji kuning telur
200g tepung gandum, diayak
50g serbuk koko, diayak

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul butter bersama gula & vanila hingga kembang & gebu.

2. Masukkan kuning telur & susu segar, pukul sebati.

3. Masukkan tepung gandum & serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wraper & sejukkan selama 15 minit.

4. Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga pastri garing tetapi tidak hangus. Biarkan sejukkan atas wirerack.

Cheese filling:
250g cream cheese
20g butter
60g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji telur
120g fresh cream


Cara2 membuat filling:
1. Pukul cream cheese bersama dengan butter, vanila & gula hingga lembut.

2. Masukkan telur & pukul sebati. 

3. Kemudian, masukkan fresh cream & pukul hingga agak pekat. Masukkan filling kedalam piping bag, gunting sedikit hujungnya.

4.  Paipkan cheese filling kedalam pastri yang telah sejuk tadi. Boleh letak apa2 perisa inti jika suka. 

5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau hingga filling masak, guna api bawah sahaja. Sejukkan dahulu sebelum di hidang. Hiaskan jika suka.


# Inti akan naik sedikit apabila sudah masak, matikan oven, buka pintu oven sedikit & biarkan inti turun baru dikeluarkan dari oven supaya tidak merekah.








ORANGE CHIFFON CAKE

$
0
0



Assalam & selamat petang semua...

Sebelum saya mulakan entri untuk hari ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-57 buat semua rakyat Malaysia :)

Pasti ramai yang memulakan hari ini dengan bermacam-macam aktiviti kan. Selamat bercuti semua...






Well, hari ini aktiviti saya cuma duduk di rumah saja takda buat apa2, hehe. Daripada melayan kebosanan, buat chiffon cake lagi baguskan. Telur ada banyak, buah oren pun ada sisa dua biji lagi...so mari kita men'chiffon'...







Jika kawan2 ingin mencuba versi lain untuk resepi Chiffon Cake bolehlah rujuk disini k.

Tanpa membuang masa lagi, kita lihat pula resepi Orange chiffon Cake ini...







Orange Chiffon Cake

A
8 biji kuning telur, gred A
230g (air + 2 biji jus oren)
2 biji parutan kulit oren
170g minyak jagung
180g gula aising, diayak
300g tepung naik sendiri, diayak


B
8 biji putih telur
180g gula aising, diayak
1/4 sk cream of tartar / 1sk jus lemon


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci.

2. Satukan semua bahan2 A dalam mangkuk, gaul sebati hingga tiada ketulan.

3. Kemudian, pukul putih telur  & cream of tartar/ jus lemon dari bahan B hingga berbuih. Masukkan gula aising sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & pekat.

4. Satukan 1/2 adunan bahan B kedalam bahan A tadi, kaup balikkan. Kemudian, masukkan lagi baki adunan B, kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang chiffon yang disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, terbalikkan atas wirerack & biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.






WALNUT CAKE

$
0
0



Kek walnut yang sungguh sedap!!! Sudah banyak kali dicuba, memang tidak pernah menghampakan. Setiap kali buat kek ini pasti terpesona dengan rasanya. Tentu kawan2 yang pernah cuba resepi kek ini setuju kan???







Kali ni buat sebab memang teringin nak makan buttercake yang simple & sesedap rasa. Memang top 10 list of my favourite cake selain daripada resepi Butter Cheddar Cheesecake yang tak pernah2 bosan saya membakingnya itu, hehe.






Sebelum ini pernah saya kongsikan resepinya disini. Cuma kali ini kek saya kurang tinggi naiknya sebab menggunakan saiz telur gred A bukan gred AA seperti yang saya biasa gunakan.

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah rasanya tetap sama, sesedap yang diharapkan.

So, kepada yang belum mencuba lagi resepi ini, jangan tak mencuba, inshaallah tidak akan menghampakan :)







Walnut cake


Bahan2nya:
A
250g butter
20g gula kaster

B
7 biji kuning telur (gred AA)

C
7 biji putih telur (gred AA)
170g gula kaster

190g tepung superfine
1/2 sk baking powder
1/2 sk tepung susu

E
160g walnut, dicincang
100g chocolate chips

F
Walnut secukupnya untuk hiasan


Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B, pukul lagi hingga sebati.
2. Kemudian, dalam mangkuk yang lain, pukul bahan C hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan bahan A yang di pukul tadi hingga sebati.

3. Masukkan bahan D yang telah di ayak bersama & kaup balikkan kedalam adunan.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E & gaul rata.

5. Tuang adunan kek ke dalam loyang bulat bersaiz 9 inci yang telah digris & dilapikkan dengan kertas minyak. Susun bahan F atasnya.

6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180 C selama 50 minit atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, sejukkan atas wire rack baru di potong. Boleh dihias jika suka.








CRUNCHY EGG TART

$
0
0



Assalammualaikum & selamat malam semua...

Hari ni saya buat egg tart versi crunchy pulak ya...

But then, if anyone think it's abusive for the egg tart, then serve it in your own authentic way...hehe :]










Resepi egg tart yang saya biasa gunakan juga & berkali-kali saya sharekan resepinya dalam blog ini. Kali ni saya ringkaskan resepinya & sukat dalam ukuran gram [g] supaya lebih mudah untuk diikut & dicuba...

Tapi tidak lupa dengan element crunchynya tu juga ya, saya taburkan dengan roasted walnut & crunchy oat.

Hah bab oatnya tu, bukan sembarang oat ya, saya guna OAT CHOCO keluaran jenama WINFISH, memang snek yang cukup popular sekarang, makan macam tu pun sedap, ada macam2 jenama & perisa sekarang.

Disebabkan ada banyak lebihan, so saya kasi crushkan choco oat itu & campurkan dengan chopped walnut untuk lebih rangup & untuk kontras kemanisan, hmmm dapat bayangkan tak?? hehe...

Tanpa membuang masa lagi, jom kita scroll resepinya dibawah  tu k...








Crunchy Egg Tart

Pastri:
A
380g tepung gandum, diayak
110g gula kaster

210g mentega / margerin

B
1 sk esen vanila
1 biji telur gred A, dipukul sedikit

Cara2 membuat pastri:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan bahan A. Gaul rata.

2. Masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh, bungkus dengan plastic wraper & simpan dalam peti sejuk sebentar.

3. Ambil sedikit doh & bentukkan dalam acuan dengan kemas. Acuan boleh digriskan sedikit supaya tat mudah dikeluarkan kemudian. Buat hingga habis.

4. Panaskan oven pada suhu 170 C. Bakar pastri selama 15-20 minit, hingga warnanya bertukar keperangan sedikit. Keluarkan dari oven & sejukkan sebentar.


Inti:
A
150g gula kaster
200g air

B [gred A]
5 biji kuning telur
5 biji telur

C
1 tin susu cair
1 sk esen vanila

D
Kacang walnut, dipanggang & dicincang kasar
Choco oat, dihancurkan sedikit

Cara2 membuat inti:
1. Mula2 satukan bahan A dalam periuk kecil. Masak guna api perlahan hingga gula larut menjadi sirap gula. Biarkan sejuk sepenuhnya.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, masukkan bahan B, pukul sedikit guna handwhisk.

3. Masukkan bahan C, gaul sebati. Masukkan pula bahan A yang telah disejukkan tadi & gaul rata.

4. Tapiskan kedalam bekas lain, kemudian tapiskan lagi sekali. 

5. Tuang inti 3/4 penuh kedalam pastri yang telah dibakar separa masak tadi. Kemudian, bakar lagi selama 20 minit guna api bawah sahaja hingga inti masak. Inti akan naik sedikit bila masak, matikan oven & buka pintu oven sedikit, biarkan hingga inti turun sendiri baru keluarkan dari oven.

6. Sejukkan tat sepenuhnya & simpan dalam peti sejuk selama 20 minit baru ditabur dengan bahan D.







1KG CHOCOLATE FRESH CREAM SPONGECAKE FOR ORDER!!!

$
0
0



Assalammualaikum & selamat petang semua...

Susah betul rasanya mau cari masa untuk menulis entri dalam blog ini. Sangat sibuk dengan tempahan kek, namun saya bersyukur atas rezeki dariNya...alhamdulillah...








Selalu bila ada masa terluang, memang banyaklah resepi2 kek dari buku2 masakan yang diprojek, namun masalah besarnya, tak ada sesiapa pun dirumah yang berselera nak makan sebab sudah jemu.

Lain pula ceritanya bila saya busy membuat kek untuk tempahan, satu kek untuk dimakan pun payah nak siap, maka orang rumah especially my kids bertanya pulak mana kek yang boleh di'slice...hmmm....apa nak dikata....memang begitu sudah...so hari ini saya korbankan masa untuk membuat sebiji kek untuk anak2 sambil berkongsi gambar2 kek 1kg yang ada serta dibuka untuk tempahan..









Antara kek yang saya promosikan sekarang ialah kek span berintikan fresh cream yang beratnya 1kg. Ramai juga sebenarnya yang bertanya tentang kek 1kg ini, namun baru sekarang saya rajin membuatnya, hehe. Yalah, bukan semua orang mampu untuk menempah kek yang berharga RM50 keatas dengan ekonomi sekarang ni. Yang penting walaupun kek itu harganya murah, pastikan ianya sedap dimakan & dijamin kualitinya..inshaallah rezeki akan sentiasa berterusan...





Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, bolehlah menghubungi saya di nombor 0195849242, terima kasih.


1kg Spongecake with fresh cream filling
Vanilla RM30
Chocolate RM35
Simple deco


















AVOTACIO ICECREAM CAKE

$
0
0



Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Seperti tahun2 sebelumnya, pada tarikh 10 oktober saya pasti akan membuat sebiji kek untuk suami tersayang. Sedap atau tidak, cantik atau tidak, saya akan usahakan juga membuat sebiji kek untuknya.

Happy 36th birthday my dear beloved husband :)
Terima kasih kerana selalu menjadi pemangkin semangat, menjadi pengkritik yang paling jujur & terima kasih juga sebab menjadi pencetus idea yang paling kreatif :)





Tidak sah kalau tiada permintaan atau cadangan khusus untuk kek yang bakal dibuat untuk suamiku ini. Lain tahun lain seleranya. Kali ni nak kek yang kontras, tak mau yang harmoni katanya. Biar kalau dimakan lain dari yang lain. Cadangannya mau kek yang ada buah lemon & buah avocado. Memang sungguh tak harmoni, hehe.

Macam2 idea yang datang menyinggah tapi yang paling merunsingkan sampai susah nak tidur ialah proses melaksanakannya. Saya lagi selesa membuat kek tempahan daripada membuat kek untuk orang tersayang, besar sekali tekanannya. Macam mana kalau nanti tak jadi atau tak seperti yang dimahukan?? sukar sekali melihat muka2 hampa mereka ini :(

Namun syukur alhamdulillah, siap juga kek yang saya asyik fikir2kan. Mungkin tak secantik atau setepat yang dibayangkan namun saya gembira sekali lagi dapat memberikan suamiku sebiji kek hasil tangan sendiri :) Nama kek jangan hairan ya, itu saja nama kek yang paling simple dapat diberi memandangkan gabungan2 perisa yang ada.

Wahai kawan2 semua, saya kongsikan resepi kek aiskrim ini. diharap anda semua juga berjaya membuatnya :)

P/S: Sila abaikan kek aiskrim saya yang sudah cair akibat terlalu lama di 'pose' itu ya :)




Avotacio icecream cake

Aiskrim:
A
3 biji buah avocado, saiz kecil
50g kacang pistachio, dikisar hingga halus
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan uht whipping cream
1 sk esen vanila

B
1 biji buah avocado, dipotong dadu kecil2
50g kacang pistachio, dicincang kasar

Cara2 membuatnya:
1. Mula-mula, kupaskan kulit buah avocado, masukkan kedalam blender bersama bahan2 A yang lain. Kisar hingga menjadi halus & berkrim selama lebih kurang 5 minit.

2. Tuang adunan kedalam bekas sederhana besar, masukkan avocado yang dipotong dadu, gaul sedikit.

3. Kemudian, taburkan atasnya dengan kacang pistachio yang dicincang kasar tadi. Tutup & biarkan hingga mengeras sedikit. Jika anda ada mesin icecream maker, masukkan adunan tadi kedalam bekas icecream maker & ikut arahan cara2 menggunakan mesin tersebut. Aiskrim yang dihasilkan akan lebih stabil & tidak mudah cair berbanding disejukkan begitu sahaja (macam yang saya buat) :(


Lemon Cheesecake:
A
250g cream cheese
100g susu segar
50g mentega

B
6 biji kuning telur
1 sb jus lemon
1 biji parutan kulit lemon

C
60g tepung gandum, diayak
20g tepung jagung, diayak

D
6 biji putih telur
140g gula kaster

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci yang telah digris & dilapikkan dasarnya dengan kertas minyak. ketepikan.

2. Dalam mangkuk tahan panas sederhana besar, satukan semua bahan A. Masak guna kaedah double boil hingga cair sepenuhnya & sebati tidak berketul-ketul. Sejukkan adunan atas bekas berisi air & ais.

3. Kemudian, masukkan semua bahan B. Gaul hingga sebati. Masukkan pula bahan C & gaul rata. Ketepikan.

4. Pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis & pukul hingga kembang & pekat. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan cheese (langkah 3), kaup balikkan. Kemudian, masukkan lagi baki 1/2 adunan tadi & kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah waterbath selama 1 jam atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, biarkan sekejap dalam oven selama 5 minit hingga tepi2nya merenggang & terbalikkan atas wirerack. Jika tepi kek melekat pada acuan, lorekkan tepi acuan menggunakan pisau yang disapu sedikit butter supaya mudah untuk dikeluarkan dari acuan. Biarkan kek sejuk sepenuhnya.


Hazelnut wafer base:
100g hazelnut wafer cubes, kisar halus
50g chocolate ganache

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan2 base. Gaul rata. Ketepikan hingga sedia untuk digunakan.

2. Untuk chocolate ganache, anda boleh gantikan dengan nutella atau butter.


White chocolate ganache:
500g white chocolate, dicincang
200g uht whipping cream

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan krim dalam periuk kecil hingga tepi2nya berbuih. 

2. Tuang krim panas atas white chocolate yang dicincang. Gaul rata hingga coklat cair sepenuhnya.Tutup dengan plastic wraper atau dalam bekas kedap udara. Simpan pada suhu bilik hingga sedia untuk digunakan.

# White chocolate ganache ini saya gunakan untuk menyalut keseluruhan kek, boleh digantikan dengan chocolate ganache atau krim yang digemari.


Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan cake board & cake ring. Tetapkan kepada saiz 8 inci atau jika anda tidak mempunyai cake ring, sediakan loose base tin bersaiz 8 inci.

2. Ambil lemon cheesecake yang telah disejukkan tadi, potong kepada 3 bahagian sama rata. Kemudian...

(a) Satu lapisan dipotong kepada saiz bulatan 8 inci.
(b) Satu lapisan dipotong kepada saiz bulatan 6 inci.
(c) Satu lapisan lagi dipotong kepada 3 bahagian memanjang.

3. Susun atur dengan kemas potongan kek (c) pada tepi kek ring / loose base tin. Trim atau tampalkan dengan lebihan kek jika perlu hingga kemas.

3. Kemudian, tuang wafer base ditengah2 & tekan hingga rata. Sebaik-baiknya base jangan terlalu tebal supaya mudah untuk dipotong.

4. Ambil potongan kek (b), letakkan diatas wafer base tadi.

5. Tuang adunan aiskrim atas kek hingga separas tinggi dengan kek yang disusun pada tepi cake ring.

6. Ambil potongan kek (a) & letakkan atasnya. Tutup dengan plastic wraper & simpan dalam peti sejuk semalaman atau hingga aiskrim mengeras.

7. Keluarkan kek dari acuan cake ring atau loose base tin. Salutkan keseluruhan kek dengan white chocolate ganache atau boleh juga digantikan dengan fresh cream. Hiaskan ikut kreativiti.











PANDAN JAPANESE COTTON CHEESECAKE

$
0
0




Cake untuk minum petang hari ini...

Pandan japanese cotton cheesecake, minum dengan air sirap ros pula tu...aahhh nikmat terasa :)










Kek yang sungguh lembut, gebu & lemak2 gitu...Ditambah pula dengan aroma pandan, memang rasa sekali pasti nak sepotong lagi.





Resepinya daripada buku 'Fabulous cake business' by Chef Alex goh. Ada banyak lagi resepi2 menarik yang boleh dicuba dari buku ini, antaranya resepi Eggless chocolate cake yang pernah saya cuba dulu, memang tak rugi mencuba :)

Jom kita lihat resepinya pula...







Pandan japanese cotton cheesecake
A
100g susu segar
B
150g cream cheese

C
30g tepung gandum
30g tepung jagung

D
3 biji kuning telur

E
60g santan
1 sk jus pandan
beberapa titis pewarna makanan hijau
# saya guna pandan paste

F
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
85g gula kaster

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci. Gris & lapikkan dengan kertas minyak pada dasar & tepi loyang.

2. Panaskan bahan A hingga mendidih. Alihkan dari api & masukkan B. Masak guna kaedah double boiler hingga pekat. Matikan api.

3. Masukkan bahan C diikuti D & E, gaul hingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan F hingga & berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah waterbath selama 50 - 60 minit pada suhu 160C. Keluarkan kek dari acuan bila masak & sejukkan sepenuhnya atas wirerack.





MARBLE BAKED CHEESECAKE

$
0
0



Assalamualaikum, hai, hello, namaste kepada semua yang singgah disini :) :)
Semalam saya ada sharekan gambar kek ini yang baru siap dimasak diwall facebook saya. Setelah cheesecake yang saya buat disejukkan semalaman, beginilah hasilnya. 
Pasti kawan2 fb tertanya2 bagaimana rupanya bila dikeluarkan dari acuan & mengapa kek boleh merekah semasa dibakar??






Jawapan saya yang kurang pakar ni cuma berdasarkan pengalaman sahaja. Sebab memang addict dengan cheesecake & banyakkan membakingnya maka saya bolehlah kongsikan serba sedikit petua ya kawan2 :)

Sebelum kita mula membaking apa jua jenis kek, pastikan baca resepi dengan teliti terlebih dahulu, luangkan masa sedikit 5-10 minit untuk memahami bahan2 yang diperlukan & langkah2 yang terlibat.

Pastikan jika loyang PERLU ATAU TIDAK digris/dilanser dengan mentega & dialaskan dengan kertas minyak terlebih dahulu. Kemudian, sediakan semua bahan2 yang diperlukan untuk resepi kek itu. Proses yang nampak mudah namun akan banyak membantu kawan2 dalam proses seterusnya.

Jika ada dinyatakan dalam resepi bahawa oven perlu dipanaskan terlebih dahulu, adalah PERLU & PENTING ya kawan2 semua, untuk mendapatkan suhu yang betul sebelum membakar kek. Jangan keliru sebab memang terdapat resepi kek yang tidak perlu oven dipanaskan sebelum membakarnya. Adalah penting untuk kita mengenali jenis oven yang digunakan. Ada yang suhunya tinggi cepat panas & ada yang memerlukan lebih masa untuk kek masak.

Ok setelah proses memanaskan oven, menggris loyang & menyediakan bahan2 siap dilakukan, barulah kita mula membancuh kek mengikut resepi langkah demi langkah & teknik yang digunakan dalam resepi tersebut contoh teknik kaup balik, double boiler & waterbath/steambath/bainmarie.

Untuk membakar cheesecake pula, biasanya teknik waterbath akan digunakan supaya kek tidak mudah hangus & tidak kering, kekal lembap didalamnya. Begitu juga dengan cheesecake yang saya bakar ini ya kawan2, saya gunakan kaedah waterbath untuk membakarnya. Dalam resepi ditulis masa membakar adalah selama 90 minit, namun seperti yang saya nyatakan mula2 tadi, lain oven lain karakternya. Kek yang dibakar agak2 sudah masak dalam tempoh 70 minit pada suhu 150C. Bahagian atas kek sedikit merekah disebabkan sudah cukup masak.

Jika ini berlaku kepada kawan2 juga semasa membakar cheesecake, jangan khuatir, matikan oven & biarkan kek didalamnya sebentar dengan pintu oven terbuka sedikit. Keluarkan kek dari oven & biarkan dalam acuan, sejukkan sepenuhnya atas wirerack. Kek akan stabil & rapat dengan sendirinya. Bila kek sudah sejuk, kawan2 boleh tutup & simpan dalam peti sejuk. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan untuk resepi2 cheesecake & cheese tart seperti dibawah...untuk cheesecake yang bertekstur ringan seperti kek span & chiffon, kek harus dikeluarkan dari acuan bila sudah masak untuk mengelakkannya dari mendap & menjadi padat.


BLUEBERRY CHEESECAKE
OREO CHEESECAKE
RICH NEW YORK CHEESECAKE

CHEESE TART

Diharap sedikit sebanyak penjelasan saya ini dapat membantu kawan2 dalam proses membaking cheesecake yang seterusnya.

Sekian & selamat mencuba resepi Marble baked cheesecake dari Chef Alex Goh yang marvelous ini :)






Marble baked cheesecake

A
500g cream cheese
50g gula kaster
1 sk esen vanila (saya tambah)

B
230g whip topping cream

C
5 biji kuning telur

D
120g tepung gandum

E
1 biji parutan kulit lemon (saya skipkan)

F
5 biji putih telur
120g gula kaster
1 sk jus lemon (saya skip)

G
50g coklat
1sb susu segar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang bulat bersaiz 9 inci, griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

3. Masukkan B, pukul sebati. Masukkan bahan C, D & E, pukul lagi hingga sebati.

4. Pukul putih telur dari bahan F hingga berbuih. Masukkan bahan2 F yang lain & pukul hingga kembang.

5. Satukan adunan F dengan adunan cheese (langkah 3) tadi. Gaul hingga rata.

6. Cairkan coklat pada bahan G, masukkan susu segar & gaul rata. Ambil adunan tadi (langkah 5) sebanyak 200g & satukan dengan adunan coklat. Gaul rata.

7. Tuang 1/3 adunan cheese kedalam loyang. Kemudian, tuang pula 1/2 adunan coklat atas adunan cheese tadi. Tuang pula baki adunan cheese atasnya. Akhir sekali, tuang adunan coklat & lorekkan guna chopstick/pencungkil gigi untuk membuat bentuk marble.

8. Bakar kek guna kaedah waterbath selama 90 minit atau hingga kek masak pada suhu 150C.







KEK MARBLE SUSU

$
0
0



Salam sejahtera buat kawan2 semua yang sudi berkunjung kesini...


Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk sehari lagi menikmati hidup didunia ini. Tangan yang terluka pun sudah 80% sembuh, syukur kepadaNya.

Dalam beberapa hari ni tak tahan nak baking, macam2 dessert, kek, kuih yang dibayangkan untuk membuatnya. Tapi hampa, semangat saja membukit, santai banyak, hehe.

Tapi hari ni, saya rajinkan diri buat kek. Buat kek marble susu, kek simple saja, asal dapat makan :)

Resepinya saya intai dari blog kak nadz, CUTE OVEN SMALL KITCHEN resepi dari Chef Norzailina.

Memang sedap & lembut kek ini, tak rugi mencubanya walaupun kek saya ter'overbaked sikit, hehe. Terlupa nak mengawasinya sebab asyik dengan telenovela di TV tu, hehe.

Mari kita semak resepinya pula.

Note: Suhu oven saya ikut tahap kepanasan oven saya ya.





Kek Marble Susu


Bahan2nya:

A
250g mentega, suhu bilik
230g gula halus 
2 sk ovalette (saya guna 1sk)

B
4 biji telur, gred A

C
60g susu pekat

D (diayak)
270g tepung gandum
1sk baking powder

E
2sb sb serbuk koko
2sb susu cair
1sk chocolate emulco

Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

2. Masukkan bahan C. Pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan bahan D sedikit demi sedikit & pukul hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak. Biarkan satu adunan plain & satu adunan lagi dicampurkan dengan bahan E, gaul rata.

5. Tuang adunan berselang seli kedalam loyang bersaiz 8 inci / 22cm yang telah digris & dialaskan dasarnya dengan kertas minyak. 

6. Bakar selama 35 minit atau hingga kek masak pada suhu 170C. Sejukkan sepenuhnya atas redai.








WHIPPING CREAM CHIFFON CAKE

$
0
0



Salam sejahtera semua....

Susahnya nak maintain entri dalam blog kan??? Bila sangat busy blog pun bersawang jadinya, hehe.

Hari ni saya nak share resepi chiffon cake pulak. Lap2 sikit habuk di blog saya ni :)







Hari ni saya buat whipping cream chiffon cake. Dalam peti sejuk ada banyak stock whipping cream, nak buat resepi kek lain agak2 memang tak cukup rajinlah pulak, rasa2 buat chiffon cake lagi senang & cepat.  

Tak sangka chiffon cake yang dihasilkan sangat lembut & gebu. Rasanya pun lemak2 berkrim, memang lepas ni akan buat lagi. Saya tambahkan parutan kulit limau nipis supaya lebih harum & ada kontras sebab my husband memang suka dengan buah sitrus. Boleh juga gantikan dengan buah lemon jika suka. 

Kawan2 kalau ada lebihan uht whipping cream tu bolehlah cuba resepi ni ya....




Whipping cream chiffon cake

Bahan2nya:
A
165g uht whipping cream
1/2 sb cuka makan

B
6 biji kuning telur
90g gula kastor
3 biji parutan kulit limau nipis
3 biji jus limau nipis
27g minyak jagung

C
60g tepung gandum
60g tepung jagung
1 1/2 sb baking powder

D
6 biji putih telur
90g gula kastor

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. Jangan griskan.

2. Dalam mangkuk kecil, satukan bahan A. Gaul rata & biarkan hingga menjadi yogurt.

3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan B & A tadi. Gaul rata guna hand whisk. Masukkan bahan C. Gaul sebati. Ketepikan,

4. Pukul putih telur dari bahan D hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang. 

5. Satukan putih telur kedalam adunan (langkah 3) tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kek kedalam loyang chiffon & bakar selama 40 minit atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, terbalikkan & biarkan sejuk sepenuhnya baru dikeluarkan dari acuan.









EGG TART BY WENDY KOR

$
0
0



Assalam & selamat malam semua...

Hari ni kita buat egg tart pula. Lama tak buat egg tart. Tadi ingat nak buat kek tapi press tart machine yang diorder sudah sampai. Planning pun tukar buat tart sebab tak sabar mau testing. 

Sekalinya hampa sebab saiz acuan besar, tak muat. Press tart machine tu cuma boleh pakai untuk saiz 4.5 & 5 cm saja, hehe. Takpa planning tetap jalan, nanti datang rajin baru pegi beli acuan tart yang lain :)

Resepi egg tart ni saya ambil dari satu group masakan dah lama, memang dah lupa siapa yang share tapi resepi by Wendy Kor. Terima kasihlah pada yang share tu ya. Saya panjangkan perkongsiannya disini.

Untuk bahan intinya saya ubah sedikit tambah uht whipping cream sebab masih ada stocknya dalam peti sejuk. Silakan kepada kawan2 yang ingin mencuba ya.  






Egg Tart

Pastri:
A
200g butter
90g gula kaster

B
1 biji telur
1 sk esen vanila

C (diayak bersama)
200g tepung superfine / kek
200g tepung highratio / roti
200g susu tepung (saya guna dutchlady)

Cara2 membuat pastri:
1. Pukul bahan A hingga lembut & gebu.

2. Masukkan bahan B. Pukul sebati.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan C yang telah diayak & uli hingga menjadi doh. Balut dengan cling wrapper & simpan dalam peti sejuk sementara membuat inti.


Inti kastard:
A
3 biji telur
2 biji kuning telur 
50g gula kaster

B
100g susu segar
130 uht whipping cream
1 sk esen vanila

Cara2 membuat inti:
1. Satukan bahan A. Gaul rata.

2. Masukkan bahan B. Gaul rata & tapis sebanyak dua kali. Ketepikan.

3. Keluarkan doh yang direhatkan tadi. Ambil sedikit doh & bentukkan kemas dalam acuan tart yang telah digriskan sedikit dengan butter. Buat hingga abis.

4. Bakar selama 20 minit & biarkan sejuk sebentar. Tuang inti 3/4 penuh & bakar semula selama 20 minit hingga inti masak. Guna api bawah sahaja. 



 


MILO CHIFFONCAKE

$
0
0


Assalam & selamat tengahari semua...

Beberapa hari yang lepas saya ada buat chiffoncake untuk minum petang, menggunakan serbuk milo sebagai bahan utamanya. Memang sedap & nikmat sekali. Lembut & gebu, tak puas dengan flavour milonya, makan sambil celup pulak dalam milo panas. 

Maaflah ya semua kawan2 yang menunggu resepinya, baru berkesempatan untuk buka blog & update resepinya. Tersangat-sangatlah busy dengan urusan yang tak akan pernah habis, hehe. 






Sedapkan kalau ada kepelbagaian dalam perisa kek, makan pun tak jemu. Kecualilah memang suka flavour tu saja, hehe. Kalau ikutkan saya, makan roti kosong dengan teh panas pun sudah ok, tapi untuk anak2 banyak karenahnya, selalu buat kek yang sama mereka pun cepat jemu & tak mau makan nanti.


  



Untuk resepi chiffon cake ni, saya tambahkan sedikit susu segar berperisa coklat supaya rasanya lebih berkrim & sedap. Tapi bagi kawan2 yang suka rasanya lebih light bolehlah guna air masak saja ya, gantikan dengan susu segar saja pun boleh.

Silakan mencuba resepi chiffon cake ini. Diharap kawan2 semua juga berjaya membuatnya :)


 



Milo Chiffon Cake 

50g serbuk milo
130g susu coklat dutchlady

B
225g tepung superfine, diayak
1 1/2 sk baking powder, diayak
1 sb serbuk koko, diayak
110g gula kaster
Secubit garam
6 biji kuning telur
130g minyak jagung

C
6 biji putih telur
120g gula kaster
1/4 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 10 inci. JANGAN griskan dengan mentega. 

2. Panaskan susu coklat dari bahan A hingga agak suam. Satukan dengan milo & gaul rata.

3. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan2 B. Masukkan campuran A tadi, gaul rata guna hand whisk. Ketepikan.

4. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan C hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & bertanduk.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan kuning telur tadi (langkah 3). Kaup balikan & masukkan lagi baki adunan putih telur. Kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kek dalam loyang chiffon yang telah disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, terbalikkan & biarkan sejuk baru keluarkan kek dari acuan.




CARROT & HORLICKS CHIFFON CAKE

$
0
0



Another chiffon cake as my entri?? Jangan bosan ya kawan2. Bila busy ini saja kek yang saya termampu nak buat sebab memang express..hehe.




Kali ni saya buat flavour carrot + horlicks pula....Wow it's taste amazing!!!! Probably the best chiffon cake i ever tasted...

Sangat lembut & rasanya unik. Macam tak percaya pula saya berjaya gabungkan kedua2 flavour ni. Makan sampai 2 slice potongan besar, hehe. Kategori kek sihat jugaklah kan kek ni sebab ada carrot & malt :)

Well, tanpa membuang masa, mari kita lihat resepinya...








CARROT & HORLICKS CHIFFON CAKE

Bahan2nya:
A
200g tepung gandum, diayak
1 1/2 sk baking powder, diayak
25g horlicks
110g gula aising, diayak
6 biji kuning telur
130g minyak jagung
125g air / susu segar

B
20g lobak merah, diparut

C
6 biji putih telur
130g gula kaster


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci.

2. Dalam mangkuk sederhana besar satukan semua bahan A. Gaul hingga sebati. Masukkan bahan B, gaul rata. Ketepikan.

3.  Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan C hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga kembang & bertanduk. 

4. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan kuning telur (langkah 2). Kaup balik hingga sebati. Kemudian, masukkan baki adunan putih telur & kaup balikkan lagi hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 40 minit atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, terbalikkan loyang & sejukkan sepenuhnya baru keluarkan kek dari acuan.






BUTTER CAKE

$
0
0


Assalam semua...

Wah memang sedaplah buttercake ni. Lembut & harum vanila. Sekejap saja dah nak abis. 

Resepi daripada kak Bunga Lara di Facebook. Tak rugi mencubanya tau. Resepi yang sangat simple. Kek ni tak manis & masih boleh ditambah gula jika suka. Saya suka yang kurang manis ikut resepi ni, just perfect!!

Saya convert'kan ukuran cup kepada gram supaya mudah untuk kawan2 mencubanya. Jika nak buttercake yang mantap & sedap pastikan kawan2 semua guna butter yang berkualiti tinggi ok :)

Selamat mencuba semua... 




Butter Cake

Bahan2nya:
A
230g butter
150g gula aising
 1sk esen vanila

B
3 biji telur, gred A

C
270g self raising flour, diayak
1 tin susu cair

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat/segiempat bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan2 A hingga kembang & lembut. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C berselang seli. Pukul sebati.

4. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 40 minit atau hingga kek masak.



 


HAPPY 8TH BIRTHDAY MY DEAR ZANA

$
0
0



Happy 8th birthday my darling Ary Farzana!!!

Wah cepatnya anak mama besar, umur sudah 8 tahun. Mama doakan semoga lurus & berkat perjalanan hidupmu didunia & akhirat. Semoga menjadi anak yang bijak, penyayang & solehah..Amin.....








I made her this winter aka frozen theme cake. Just a simple design with gumpaste snowflake. Design kek yang diadaptasi 99% dari buku Cake Boss by Buddy Valastro. 

My doter nak ikut design ni juga, penat dia study semua buku kek, nak pilih design sendirilah kononnya, haha.

Hmmm anak mama dah besar, nak kek yang simple tapi masih ada ala2 frozen influence, hehe.  





Dalamnya my doter resquest nak vanilla buttercake. Saya tambah less sweet buttercream & ganache filling. Alhamdulillah the birthday girl love it :)






Saya sertakan resepi vanilla buttercake & filling yang saya buat untuk kek ini. Manalah tau ada kawan2 yang ingin mencuba membuatnya kan, tapi bab2 mendeco guna fondant tu bolehlah ikut kreativiti sendiri, inshaallah ada masa dilain hari saya akan share pula cara saya mendeco menggunakan fondant ya.






Vanilla buttercake

A
250g high quality butter 
200g gula kaster
1sk esen vanila

B
5 biji telur

C
210g self raising flour

D
50g chocolate rice

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170c. Sediakan loyang bersaiz 8 / 9 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan hingga kembang & berkrim.

3. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul hingga sebati. Masukkan pula bahan C. Gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan bahan D. Kaup balikkan.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan sepenuhnya atas wirerack. Potong kek kepada 3 lapisan.


Ganache:
250g dark cooking chocolate, dicincang
200g whipping cream
 1sb  butter

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan krim hingga mendidih pada tepi2 periuk.

2. Tuang krim panas atas coklat yang telah dicincang. Gaul hingga coklat cair sepenuhnya.

3. Masukkan butter, gaul sebati. Tuang ganache dalam bekas kedap udara & simpan dalam peti sejuk hingga sedia untuk digunakan. 

# Jika ganache agak keras, biarkan dulu pada suhu bilik selama 30 minit sebelum digunakan.


Vanilla buttercream:
500g creamax / krimwell
200g gula aising, diayak
90g butter
 1sk esen vanila

Cara2 membuat buttercream:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga sebati & konsistensinya sesuai untuk dipaip.

2. Alihkan buttercream dalam bekas kedap udara & simpan pada suhu bilik hingga sedia untuk digunakan. 

# Buttercream ini boleh disimpan dalam peti sejuk, biarkan pada suhu bilik hingga lembut baru dipukul sebelum digunakan.


Cara2 menyusun kek:
1. Ambil satu lapisan kek & letakkan atas cake board. Paipkan inti buttercream atasnya berselang seli dengan ganache.

2. Letakkan satu lagi lapisan kek atasnya, ulang semula langkah mengisi inti tadi.

3. Akhir sekali, letakkan lapisan kek yang terakhir. Sapukan keseluruhan kek dengan buttercream atau ganache. Hiaskan ikut kreativiti.






Viewing all 127 articles
Browse latest View live