Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all 127 articles
Browse latest View live

RED VELVET CHEESECAKE & A HAPPY 11TH ANNIVERSARY :)

$
0
0



Happy 11th anniversary to me & my dearest husband...thank you for being such a great companion, a great listener & a great adviser :) 

I wish for more happiness & anniversaries in the future, may every moment of joy & sorrows lead us till Jannah...inshaallah, amin... 





This cake is a very special edition of red velvet cake. Saya ubah suaikan resepinya ikut selera anak tekak yang demanding ni, haha. 

Tak cukup dengan cream cheese frosting, ditambah pulak dengan satu lapisan cheesecake ditengah-tengah lapisan red velvet cake...and...saya tambah hirisan buah peach ditengah-tengah lapisan cream cheese frosting..super yummy!! Boleh bayangkan tak rasanya???hehe..

Resepi ni saya skodeng dari blog luxuryrecipes.blogspot.com . Ada banyak versi rvcc ni, boleh juga skodeng diblog Food Babbles.com, boleh ikut mana2 resepi yang disukai, ikut citarasa masing2. 

Untuk resepi yang saya share ni, saya tukar sukatannya kepada gram supaya mudah untuk kawan2 semua mencubanya.



  



Red Velvet Cheesecake

White chocolate cheesecake:
A
57g white chocolate, dicincang

B
454g cream cheese (saya guna 500g), suhu bilik
120g gula kaster

C
2 biji telur, gred A

D
1 sb tepung gandum, diayak
1 sk esen vanila
1 sb non dairy cream

Cara2 membuat cheesecake:
1. Panaskan oven pada suhu 150C. Sediakan loyang springform bersaiz 9 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Cairkan bahan A guna kaedah double boiler. Ketepikan & biarkan sejuk sedikit.

3. Pukul bahan B hingga lembut & berkrim. 

4. Masukkan bahan C satu persatu. Pukul hingga sebati. Kemudian, masukkan bahan2 D & A, pukul sebati lagi.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 30 minit atau hingga kek masak guna api bawah sahaja. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack. Balut guna cling wraper & simpan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman hingga sedia untuk digunakan.


Red velvet cake:
A
113g butter, suhu bilik
200g gula kaster
1 sk esen vanila 

B
2 biji telur, gred A

C (diayak)
250g tepung superfine
1/2 sk garam
2 sb serbuk koko

D (satukan)
250g buttermilk
2 sb pewarna makanan warna merah

E
1 sk epal cider vinegar (boleh guna cuka makan)
1 sk soda bicarbonate

Cara2 membuat kek:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan dua loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alas dassarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C & D berselang-seli. Pukul sebati. 

4. Akhir sekali, satukan bahan E & masukkan kedalam adunan kek tadi. Gaul rata. 

5. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan & bakar selama 20 - 25 minit atau hingga kek masak. Sejukkan kek sepenuhnya & balut guna cling wraper supaya tidak kering. 


Cream cheese frosting:
A
250g cream cheese, suhu bilik
113g butter, suhu bilik

B
2 sk esen vanila
250g gula aising, diayak (boleh tambah jika kurang manis)

Cara2 membuat cream cheese frosting:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B. Pukul sebati. Tutup atau simpan dalam bekas hingga sedia untuk digunakan.


Bahan sampingan:
1 tin buah peach

1. Toskan airnya & simpan. 

2. Potong buah peach kecil2, simpan dlm peti sejuk jika belum sedia untuk digunakan.


Cara2 menyusun kek:
1. Sediakan cake board atau pinggan yang rata. Letakkan satu lapisan red velvet cake atasnya. Trimkan permukaannya jika tidak rata. Renjis atau beruskan air buah peach yang disimpan tadi atas kek.

2. Sapukan tipis cream cheese frosting atas kek & susun buah peach yang dipotong atas krim. 

3. Letakkan pula white chocolate cheesecake atas krim tadi. Sapukan tipis cream cheese frosting & susun buah peach atasnya. 

4. Akhir sekali, renjiskan air buah peach pada lapisan red velvet cake yang terakhir & letak atas lapisan krim tadi. 

5. Sapukan keseluruhan kek dengan sisa cream cheese frosting & hiaskan jika suka. 







CHEESE TART

$
0
0



Assalam & selamat malam semua...

Hari ni kita tayang gambar cheese tart ya...bukan sembarang tayang, kita tayang dengan resepi sekali..hehe. 






Sudah lama tak buat cheesetart untuk makan2 sendiri, hari ni ada masa free saya pun buatlah sebab my MIL dah lama request suruh buat dari last week lagi, kesian sebab saya sangat busy dengan tempahan kek, lebih2 lagi kalau buat kek fondant, memang itu sajalah yang dibuat sepanjang hari.




Kali ni saya bentukkan pastri guna press tart machine. Senang & cepat sikit kerja habis. Selalu buat tart size besar kali ni buat yang kecil & comel2..hehe. Guna saiz acuan 3.5cm (dasar) & 5cm (atas).

Syukur ada anak perawan rajin tolong tekan2 acuan tu, kalau suruh tekan dalam acuan tanpa press machine tu, sampai besok pun jangan harap boleh siap, haha.






Untuk hiasannya pulak, saya tarok je Milo breakfast cereal atasnya tu, senang, hehe. Well, tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok resepinya pulak...






Cheese Tart

Pastri:
A
125g butter, suhu bilik
65g gula kaster
1 sk esen vanila

B
1 biji kuning telur, gred A
2 sb susu kacang soya, sejuk

C
250g tepung gandum, diayak


Cara2 membuat pastri:
1. Pukul bahan A hingga kembang & berkrim. 

2. Masukkan bahan B, pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan tepung gandum. Uli hingga menjadi doh. Balut doh guna cling wraper & simpan dalam peti sejuk selama 30 minit untuk merehatkan doh.

4. Keluarkan doh dari peti sejuk, ambil sedikit & bentukkan dalam acuan. Jika ada mesin acuan, bulat2kan saja doh & tekan dalam acuan & trimkan tepi2nya dengan kemas guna butterknife. Buat hingga habis & susun atas dulang pembakar.

5. Bakar selama 15 - 20 minit hingga pastri bertukar warna keperang-perangan. Sejukkan sebentar baru paipkan inti kedalamnya.


Cheese filling:
A
250g cream cheese, suhu bilik
20g butter
60g gula kaster
1 sk esen vanila

B
1 biji telur, gred A

C
70g fresh cream, dipukul hingga kembang


Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B, pukul hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan fresh cream yang telah dipukul hingga kembang. Kaup balikkan hingga sebati. Masukkan inti kedalam piping bag.

4. Paipkan cheese filling kedalam pastri tadi & bakar semula guna api bawah sahaja selama 15 - 20 minit pada suhu 160C. Bila inti dah naik, matikan oven & biarkan pintu oven terbuka sedikit. Biarkan tat dalam oven selama 5 minit baru keluarkan. Sejukkan sebelum dimakan.








Article 0

$
0
0



Lamanya tak buat caramel cake...

Selera nak makan caramel cake pulak hari ni. Lepas siap semua kerja2 rumah, terus saya siapkan semua bahan2nya.

Tengok langit diluar rumah punyalah gelap gelita, saya teruskan juga projek kek ni sebelum mood M mari, hehe...sambil2 buat kek ni memang teramatlah lebat & kuatnya hujan turun, fuhh ni kalau landingkan kepala atas bantal sure tak mau tengok oven lagi, hahaha...






Caramel cake ni saya letak dua flavour saja, stawberry & chocolate. Nak letak banyak2 colour memang tak sampai ke situ mood R saya, hehe. Harum semerbak baunya bila dibakar, buat tak sabar kan.. 

Bila dah potong, wwaallaahh....keknya yang sangat moist & pudingnya pula sangat berkrim, boleh pengsannnn....

Tapi sebelum tu kita semak resepi dulu ya, selamat mencuba sendiri :)




Strawberry Chocolate Caramel Cake

Karamel:
2 sb gula kaster

Cara2nya:
1. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Masukkan gula kaster.

2. Masak gula guna api perlahan hingga bertukar warna keperang-perangan. Pastikan karamel kena pada semua bahagian dasar loyang. Ketepikan.

Puding:
 1 tin susu cair
6 biji kuning telur
35g gula kaster
1 sb tepung kastard

Cara2 membuat puding:
1. Satukan semua bahan2, kacau guna hand whisk hingga betul2 sebati.

2. Tuangkan adunan puding sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.


Kek:
A
140g tepung naik sendiri, diayak
35g gula kaster
3 biji kuning telur
135g air
45g minyak jagung

6 biji putih telur
40g gula kaster

C
1/2 sk Strawberry emulco
1/2 sk Chocolate emulco

Cara2 membuat kek:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan A, gaul sebati guna hand whisk.

2. Pukul bahan B dalam mangkuk yang lain hingga kembang (soft peak). Kaup balikkan kedalam adunan A tadi hingga sebati. 

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Campurkan bahan C kedalam setiap bahagian adunan. Gaul rata. 

4. Dengan menggunakan sudu, tuang 3 sb (mana2 perisa) adunan kek ditengah tengah adunan puding tadi. Kemudian, ulang semula langkah dengan menuang 3 sb (mana2 perisa) ditengah2 adunan kek yang dituang tadi. Ulang proses berselang seli hingga semua adunan kek siap dituang.

5. Bakar kek guna api bawah sahaja selama 1 jam pada suhu 170C. Bila kek sudah masak, rehatkan sebentar selama 10 minit baru terbalikkan atas pinggan yang rata. Sejukkan kek baru dihidang.








COFFEE CHEDDAR CHIFFON CAKE

$
0
0



Kek chiffon yang tak akan lapok di wall saya sebagai entri. Salah satu resepi kek yang amat ringkas & cepat proses pembuatannya. 






Kek yang sedap dimakan time breakfast especially for tea break. Sedap dicelup dalam teh atau coffee panas kan. Makan dua slice pun cukup kenyang :)

Resepi kek chiffon kali ni hasil gabungan dua resepi yang pernah saya kongsikan dulu iaitu resepi Coffee chiffon cake & Chocolate cheddar chiffon cake. Maka terhasillah pulak kek chiffon kopi bercheddar cheese, sedap ni....

Jom kita tengok resepinya...




Coffee Cheddar Chiffon Cake

Bahan2nya:
A
225g tepung kek (superfine), diayak
1 1/2 sk serbuk penaik, diayak
110g gula aising, diayak
2 sb serbuk kopi segera
6 biji kuning telur
175g air
130g minyak jagung
1/4 sk garam

B
30g parutan cheddar cheese

C
6 biji putih telur
110g gula kaster
1/4 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. Jangan griskan.

2. Satukan semua bahan2 A & gaul sebati guna hand whisk. Masukkan pula bahan B. Gaul rata. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk pengadun, pukul putih telur dari bahan C hingga berbuih. Masukkan cream of tartar & gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang & bertanduk.

4. Kaupkan separuh adunan putih telur kedalam adunan bahan A + B (langkah 2) tadi. Kemudian, masukkan lagi baki adunan putih telur. Kaup balikkan hingga sebati.

5. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 40 minit atau hingga kek masak pada suhu 170C. Bila kek sudah masak, terbalikkan loyang & biarkan kek sejuk sepenuhnya baru dikeluarkan dari acuan.






CHOCOLATE CHIFFON CAKE

$
0
0



Selamat malam semua...

Kan dah cakap, tak akan lapok resepi chiffon cake di blog saya ini, hehe. Layan resepi kek chiffon lagi kita hari ni. 

Jangan bosan dulu ya...








Sukanya dapat makan kek chiffon berperisa coklat ni. Suka dengan warna coklatnya yang gelap & kaya dengan rasa coklat. Pokoknya, kek chiffon apa2 perisa pun memang sedaplah, haha.

Hari ni saya tak mau cerita panjang2, mari kita lihat resepinya terus...hehe.

Selamat mencuba semua...







Chocolate chiffon cake

Bahan2nya:
A
200g tepung kek (superfine), diayak
1 1/2 sk serbuk penaik, diayak
25g serbuk koko berkualiti tinggi
110g gula aising, diayak
1/4 sk garam
6 biji kuning telur
200g susu segar perisa coklat
125g minyak jagung

B
6 biji putih telur
120g gula kaster
1/4 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. Jangan griskan.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan2 A & gaul rata. Ketepikan.

3. Masukkan putih telur & cream of tartar dalam mangkuk pengadun, pukul hingga berbuih. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang & bertanduk, bila terbalikkan adunan tidak jatuh atau cair.

4. Ambil separuh adunan putih telur, kaup balikkan kedalam adunan (langkah 2) tadi guna spatula. Masukkan lagi baki adunan putih telur & kaup balikkan hingga sebati. 

5. Tuangkan adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan & bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga kek masak. Segera terbalikkan loyang bila kek sudah masak. Keluarkan kek dari acuan apabila kek sudah sejuk sepenuhnya.






CARAMEL STRAWBERRY CHEESECAKE

$
0
0



I love this cake!!!
Of course because it's a cheesecake, be it a cake contains cheese, or a cheese contains cake, ahh whatever, hehe. Always gonna be a cheesecakemaniac..LOL...





Kek ni yang specialnya tak muak bila dimakan, saya kasi tambah flavour strawberry supaya lagi nikmat dimakan & of course nampak lebih menarik bila dipotong.






Saya pernah sharekan resepinya DISINI. Bolehlah cuba mana2 versi yang disukai ya :)

Selamat mencuba semua...







Caramel strawberry cheesecake


A
   4 tbsp gula kaster

B
6 biji kuning telur
200g susu cair
70g air
1 sk esen vanila

C
4 biji putih telur
50g gula kaster
1/4 tsp cream of tartar

D
500g cream cheese
150g gula kaster
40g butter
4 biji kuning telur

E
1 sk strawberry emulco

Cara2:
1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.

2. Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.

3.  Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.

4. Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.

5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati hingga rata. 

6. Ambil adunan tadi sebanyak 200g, campurkan dengan bahan E. Gaul rata.

7. Tuangkan separuh adunan plain cheese atas puding dalam loyang, kemudian guna sudu tuangkan adunan cheese strawberry atasnya. Akhir sekali, tuang baki adunan plain cheese perlahan-lahan.

8. Bakar guna kaedah water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C.

9. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan kek baru dihidangkan.







PANDAN OGURA CAKE

$
0
0



Wahhh bestnya dapat cuti lama2, macam sambut tahun baru cina juga rasanya..lalalala...

GONG XI FA CHAI to all my tiong hua friends & blog readers.
XIN NIAN QUAI LE!!! Hong pao na lai....hehehe...








Hari ni saya buat ogura cake lagi...pandan flavour...fuhh mana tak sedapnya kan, lembut macam kapas, harum pandan lagi, rasa satu sure nak lagi....

Memang senang saja nak buat kek ni, tak perlu tunggu sejuk boleh terus makan. Nak lagi kemas, boleh trimkan tepi2 kek supaya nampak lagi cantik, sisa tu saya celup terus dalam teh panas...hehe.






Pernah juga saya kongsikan resepi ogura cake yang lain pada entri yang lepas, boleh rujuk pada link bawah tu untuk resepinya k..

Coffee cream cheese ogura cake
Chocolate orange cream cheese ogura cake









PANDAN OGURA CAKE

Bahan2nya:
A
5 biji kuning telur, gred A
1 biji telur, gred A
65g minyak jagung
1/4 sk garam
80ml santan pekat
1sk pes pandan

B
65g tepung superfine, diayak

C
5 biji putih telur
80g gula kaster
1/4 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci, gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk. Pukul hingga berbuih & kembang. Masukkan bahan B, pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur dari bahan C hingga berbuih. Masukkan cream of tartar, pukul lagi.

4. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga adunan putih telur kembang, bila diterbalikkan tidak jatuh.

5. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan kuning telur (langkah 2) tadi. Kaup balikkan. Kemudian, masukkan lagi baki adunan putih telur & kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kek kedalam loyang yang telah disediakan & bakar selama 45 minit pada suhu 170C menggunakan kaedah steambath. Keluarkan kek dari acuan bila sudah masak. Sejukkan sepenuhnya atas wirerack.






PANDAN COCONUT CHEDDAR MUFFIN

$
0
0



Kita layan perisa pandan lagi ya...muffin in d house today :)






Siapalah yang tak suka kuih muih, kek, cupcake, pancake & sebagainya yang berperisa pandan + kelapa kan??? dan cheese??? tak akan pupus bahan kegemaran ini dari blog saya..hahaha.







Muffin yang sedap dinikmati semasa minum petang bersama seisi keluarga. Lembut & manisnya cukup2 sahaja. 

Jom kita lihat resepinya...




PANDAN COCONUT CHEDDAR MUFFIN

Bahan2nya:
A
270g tepung naik sendiri, diayak
1/2 sk garam
125g gula kaster
30g kelapa parut
30g parutan cheddar cheese

B
2 biji telur
100ml minyak jagung
1 sk jus / pes pandan
220g santan pekat


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan muffin cups atau loyang cupcake yang berisi kertas cawan. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk, satukan bahan A & gaul rata guna hand whisk. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan B. Gaul guna handwhisk hingga sebati. Tuang kedalam campuran tepung (langkah 2) tadi. Gaul adunan hingga agak2 sebati sahaja, jangan terlebih gaul.

4. Masukkan adunan muffin 3/4 penuh kedalam muffin cups yang telah disediakan tadi. Taburkan lebihan kelapa parut & parutan cheddar cheese atasnya jika suka.

5. Bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak. Sejukkan atas wirerack.









SOSEJ BUN

$
0
0



Assalam semua...

Hari ni saya buat bun sosej pula untuk minum petang. Anak cakap resepi yang terbaik!!!...ada pulak, bukannya first time buat bun ni pun hahaha...





Resepi ni dapat menghasilkan lebih kurang 20 biji bun menggunakan sosej koktail. Saya suka guna sosej yang kecil2 buat bun ni, nampak lebih comel & senang dimakan. 

Nampak macam banyak saja hasilnya kan?? hah seorang anak makan sampai 5 biji memang confirm cepat licin, hehe. Malam memang tak makan nasi dah..

Kawan2 yang ada anak2 kecil tu memang sesuailah sangat sediakan juadah minum petang macam ni, mengenyangkan & kalau ada lebih boleh buat sarapan esok pagi.

Mari kita lihat resepinya pula ya...




Sosej bun

Bahan2nya:
A
1 sb yis kering
175ml air suam

330g tepung roti (high protein flour)
1/2 sk bread improver
1/2 sk bread softener
1 sk double action baking powder

C
60g gula kaster
2 biji kuning telur
20g shortening
10g butter

D
20 batang sosej koktail

Bread crumbs secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Satukan bahan A & kacau rata. Ketepikan.

2. Ayak bahan B dalam mangkuk, buat lubang ditengah-tengah. Masukkan bahan C & adunan yis tadi (langkah 1). Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. Uli doh selama lebih kurang 10 minit. 

3. Ambil lebih kurang 20g doh, canai memanjang & lilitkan kemas pada sosej. Lumurkan atasnya dengan bahan E. Lapikkan bawahnya dengan kertas minyak. Buat hingga habis & biarkan doh kembang lebih kurang 20 - 30 minit.

4. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 5 minit guna api sederhana. Bila sudah masak, keluarkan dari pengukus. Buang kertas minyak & goreng hingga bertukar warna keemasan. Angkat & toskan minyaknya. Hidangkan bersama sos kegemaran.








CUSTARD JELLY

$
0
0



I'll never hate this dessert...never will be..hehe...

Kalau cuaca panas punyalah syokkk makan ni...resepi yang sudah banyak kali saya share disini :)






Tahukah kawan2 semua, dessert ni sangat popular di Sabah?? hmmm memang nikmat makan ni tau...kepada yang tak tahu atau belum pernah mencuba dessert ini boleh try testing nanti k, hehe. Oh ya sebelum terlupa, jelly yang digunakan dalam resepi ni boleh digantikan dengan puding sumi yang biasa k.

Selamat mencuba semua...




Custard jelly

Bahan2nya:
A
2 paket konyaku jelly (lain2 perisa) / puding sumi

B
1 kotak susu segar
200g gula kaster
4 sb tepung kastard

C
1 tin jagung berkrim
1 tin kacang merah, toskan airnya

D
Ais batu secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Masak konyaku jelly mengikut arahan pada paket. Tuang dalam loyang & biarkan mengeras. Potong segiempat kecil. Boleh juga digantikan dengan puding sumi yang dipotong 4. Simpan dalam peti sejuk.

2. Dalam periuk sederhana besar, satukan semua bahan B. Gaul rata & masak atas api perlahan hingga agak pekat sedikit. Pastikan sentiasa digaul supaya tidak hangus pada bahagian bawahnya.

3. Kemudian, matikan api & masukkan bahan C. Gaul rata. Tutup & biarkan sampai agak suam atau sejuk sepenuhnya. Masukkan jelly yang disejukkan tadi. Gaul rata.

4. Tuang adunan tadi dalam gelas & masukkan ais batu. Sedia untuk dinikmati.







BLUEBERRY CHEESECAKE

$
0
0


Yummylicious...tergoda tak?? Kalau tak tergoda mesti tak suka makan cheesecake kan, hehe.

Hari ni saya kongsikan resepi cheesecake yang simply delicious + very easy to make. Saya gunakan breadcrumbs (serbuk roti) untuk basenya sebab tak ada biskut.







Diantara banyak2 resepi cheesecake yang pernah saya kongsikan, percaya atau tidak, lagi sedap sebenarnya guna serbuk roti sebagai basenya, kalau menggunakan biskut saya biasa makan cheese fillingnya saja, biscuit base tu biasa terbiar saja atas pinggan, hehe.

Well, hari ni tak mau cerita panjang2. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepinya pula...









Blueberry Cheesecake

Dasarnya:
70g serbuk roti putih
30g gula kaster
60g mentega, dicairkan

Cara2 membuat dasar:
1. Satukan semua bahan2 dasar & kisar hingga halus.

2. Sediakan loyang springfrom tin bersaiz 8 inci. Ratakan adunan tadi pada dasar & tepi loyang.

3. Bakar selama 10 minit pada suhu 150C hingga keperang-perangan. Keluarkan & biarkan sejuk sebentar.


Inti cheese:
A
250g cream cheese, suhu bilik
170g gula kaster
1/2 sk esen vanila

B
2 biji telur

C
65g susu penuh krim
1 sk baking powder

D
1 sb tepung jagung
100g buah bluberi

E
Blueberry filling

Cara2 membuat inti:
1. Satukan bahan A dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga lembut & berkrim.
2. Masukkan bahan B satu persatu & pukul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan bahan C, pukul sebati lagi.
4. Akhir sekali, satukan bahan D & susun atas dasar yang disejukkan tadi.
5. Tuang adunan cheese atasnya perlahan-lahan. Ratakan permukaannya. Bakar guna kaedah steambath selama 1 jam atau hingga kek masak pada suhu 160C.
6. Bila kek sudah masak, biarkan sejuk spenuhnya baru simpan dalam peti sejuk bersama acuannya sekali. 
7. Keluarkan kek dari acuan & sapukan atasnya dengan bahan E.







POLVORON

$
0
0



Wahhhh....aku punya warna merah!!!! Hehe..teringat masa kecik2 dulu. My grandma selalu belikan manisan ni especially pada hari ahad. Me & my siblings favourite....

Kalau dulu masa kecik2, manisan ni akan dibungkus dalam pembalut berwarna-warni. Dibalut seperti gula2. Sayangnya saya tak dapat jumpa pembalut macam tu, kenalah guna kertas minyak saja :(









Sebenarnya saya pun tak tau nak letak label apa untuk manisan ni, sama ada sebagai cookies ataupun sweets..jadi saya kategorikan kedua-duanya sekali, hehe.

Resepi ni berasal dari filipina, salah satu manisan yang sangat popular disana. 

Teksturnya sangat halus & mudah hancur. Rasanya yang berkrim & cair dimulut. Pastikan kawan2 semua menggunakan mentega berkualiti tinggi supaya lebih harum & sedap dimakan. Tepungnya pula harus disangai terlebih dahulu supaya lebih gebu & warnanya agak perang sedikit. Saya sangai hingga tepung gebu sahaja, tak sangai lama2 sebab lebih suka warnanya putih & cerah sedikit.

Cara2 membuatnya pun sangat senang, kacang je, hehe...tapi tunggu....bab membentuknya...fuhh berkurun juga saya nak siapkan satu sebab tiada acuan polvoron yang khas untuk membuatnya. Bukan senang nak padatkan sampai terbentuk. Perlukan suasana yang tenang & kesabaran yang tinggi macam buat senaman yoga, sunyi ada bunyi cengkerik saja..hahahaha.

Jangan haraplah!!! time buat ni anak2 punyalah penyibuk nak tolong + bunyi bising yang selalu buat polvoronku HANCUR!!! erghhhh!!!

Akhirnya saya berjaya juga padatkan dalam acuan pemotong biskut & tarik keluar. Cepat2 masukkan dalam peti sejuk sampai keras & balut dalam kertas minyak. Yahoooo!!!! Tak sabarnya nak rasa satu (padahal masa bentukkan pun sudah rasa sikit2 walaupun mcm makan pasir basah..hahaha.

Gembira bukan main, hehe. My daughters n son pun cakap SEDAPPP!!! Dalam hati sedih sebab dapat juga saya teruskan legasi makan polvoron ni dengan anak2.


Well, saya pun sudah puas menceritakan kejadian2 proses pembuatan polvoron ini. Maka marilah kita tengok resepinya yang mudah itu, selamat mencuba sendiri :)









Polvoron

A
200g tepung gandum, diayak

B
200g susu tepung penuh krim
180g gula kaster

C
120g mentega, dicairkan

Cara2 membuatnya:
1. Sangai bahan A hingga gebu, warnanya bertukar coklat sedikit sambil menggaul (jangan sampai hangus). Biarkan sejuk.

2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan tepung yang disangai tadi bersama bahan B, gaul rata.

3. Kemudian, masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul hingga sebati, adunan tidak berketul-ketul & teksturnya seperti pasir yang basah.

4. Bentukkan guna acuan polvoron atau jika tiada acuan tersebut boleh kepal2kan guna tangan & masukkan dalam acuan pemotong biskut yang rata. Tekan hingga padat & tanggalkan dari acuan. Buat hingga habis & simpan dalam peti sejuk sebentar hingga mengeras. Bungkus dengan pembalut kertas gula2 atau kertas minyak.





CHICIKEN ALA ADOBO

$
0
0



Assalam semua...

Wahh lamanya saya tak update entri resepi lauk pauk disini. Kasihan dengan label cooking saya tu..hehe.

Hari ni mood baking ke laut. Mood cooking pula mari. Maka marilah kita bercerita pasal tajuk masakan saya hari ini ya iaitu Chicken ala adobo :)

Kenapa ala??? Hehe, ya sebab kalau ikutkan resepi adobo yang asal iaitu resepi yang my mom biasa masak dari saya kecil2, ianya di rebus atau masuk semua bahan sekali & masak.  

Resepi yang ni saya tumiskan bawangnya bagi naik bau dulu & goreng ayamnya sampai agak keperangan baru tambahkan air. Sebabnya my husband tak pandai makan ikan atau ayam yang direbus, dia memang agak sensetif sikit dengan bau2 hanyir yang ada pada ayam atau ikan ni. Saya sudah terbiasa masak ayam atau ikan dengan cara ini, to make sure my husband akan makan lauk yang saya masak tu, hehe.

Tapi penggunaan cuka adalah wajib ya. Tak sah nama adobo tanpa cuka yang ditambah kedalam masakan ini. Sebenarnya ada bermacam-macam versi adobo yang ada, adobo ikan, daging, terung & sebagainya. Resepi original adobo yang berasal dari filipina pula menggunakan banyak cuka & menggunakan sprite sebagai pengganti gula. Unik kan tapi saya lebih suka resepi yang saya sudah modify ini, haha.

Boleh lihat resepi2 adobo yang saya pernah kongsikan pada link dibawah.

CHICKEN ADOBO WITH POTATO
BRINJAL ADOBO (terung masak kicap)







Chicken ala adobo

Bahan2nya:
A
3 kuntum bunga lawang
1 inci halia, dihiris tipis
1 biji bawang merah, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus

B
800g isi ayam, dipotong sederhana besar

2 biji kentang sederhana besar, dipotong empat

C
1 sk serbuk lada putih
2 sb sos tiram
5 sb kicap pekat manis
2 sb cuka
Garam & serbuk perasa secukupnya

D
1 cawan air panas

E
1 biji cili merah, buang bijinya & potong empat

F
Minyak untuk menumis


Cara2 memasak:
1. Panaskan minyak (bahan E) dalam kuali. Masukkan bunga lawang dari bahan A, biarkan sebentar & masukkan bahan A yang lain. Tumis hingga naik bau. 

2. Masukkan ayam dari bahan B. Masak hingga ayam separuh masak, gaul2kan sedikit. Masukkan kentang yang dipotong empat. Masak hingga ayam & kentang kerperang-perangan sedikit. 

3. Kemudian, masukkan semua bahan C, gaul rata. Masak lagi sebentar & gaul jangan sampai hangus.

4. Masukkan air panas. Gaul sedikit & biarkan hingga ayam & kentang menjadi empuk & kuahnya pekat sedikit. 

5. Akhir sekali, masukkan cili merah. Gaul rata & matikan api. Hidangkan.






SNAPPER FISH HEAD CURRY

$
0
0



Sedapnya lauk kari kepala ikan merah ni. Makan dengan nasi atau roti memang terbaik!!! Lauk saya semalam, hehe. Lambat update entri. Tak update pun takpa kan sebab memang ramai yang pakar masak ni :)








Resepi ni saya olah ikut resepi yang my MIL ajar. Sedap sangat kari buatannya. Pekat & memang kawwww!!!

Tanpa membuang masa lagi, marilah kita lihat pula resepi olahan saya yang tak seberapa ni ya, jemput semua....






Snapper fish head curry

Bahan2nya:
2 biji bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 btg serai, dititik
1 tangkai daun kari

B (satukan)
3 sb penuh serbuk kari ikan/udang
1 sb serbuk kunyit
air secukupnya utk membuat pes

C (satukan)
1 sb asam jawa
1 cawan air panas

D
300ml susu segar

E
Garam, serbuk perasa & gula secukupnya

F
1 ekor ikan merah yg dipotong-potong / kepala, digoreng setengah masak terlebih dahulu

G
Kacang bendi
Terung, dipotong empat
Tomato, dibelah empat

Cara2 memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang yang ditumbuk dari bahan A tadi hingga naik bau. Masukkan serai & daun kari, tumis sebentar.

2. Masukkan bahan B. Tumis hingga pecah minyak & naik bau. Masukkan bahan C, kacau & biarkan mendidih pada api perlahan.

3. Kemudian, masukkan bahan D & E. Gaul sedikit & biarkan mendidih sebentar.

4. Masukkan bahan F satu persatu. Kemudian masukkan bahan G. Tutup kuali, biarkan mendidih sebentar & sayuran masak. Matikan api.






STIR FRY NAPA CABBAGE

$
0
0



Assalam & selamat tengahari semua...

Hari ni saya sharekan cara memasak sayur yang saya gemari. Cukup ringkas & segar. Cuma perlukan masa 5 minit saja untuk siap dimasak. Sayur berdaun seperti kubis, kangkung, sawi & sebagainya kalau dimasak terlalu lama akan hilang zat vitaminnya.

Sayur ni ada yang panggil kubis panjang, kubis cina & sebagainya. Lain pasar lain namanya, hehe. Saya serahkan saja pada mr.google yang specifickan namanya sebagai napa cabbage ataupun kubis napa. 






Selalunya anak2 saya memang susah untuk dipaksa makan sayur berdaun. Tapi bila dimasak dengan cepat & masih bertekstur rangup anak2 saya boleh terima walaupun taklah makan banyak sangat. Pastikan sayur dicuci bersih terlebih dahulu sebelum dipotong, cara ni pun boleh elakkan pembaziran vitamin yang ada pada sayuran tersebut. 

Mari kita lihat resepinya pula k.




Stir fry napa cabbage

Bahan2nya:
A
2 sb minyak masak, untuk menumis

B
5 ulas bawang putih, diketuk & buang kulitnya

C
1 ikat napa cabbage, dicuci bersih & dipotong kecil
1 biji cili merah, dibuang bijinya & dihiris

D
2 sb sos tiram
Garam & serbuk perasa secukupnya

E
1/2 cawan air panas

Cara2 memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Masukkan bahan B & tumis sambil mengacau hingga naik bau. 

2. Masukkan bahan C, kacau rata & biarkan sebentar. Masukkan bahan D & kacau rata lagi. 

3. Kemudian, masukkan bahan E & kuatkan apinya. Kacau rata & biarkan mendidih sebentar. Matikan api. Sedia untuk dihidangkan.







STIRFRY KANGKUNG WITH MINCED CHICKEN & SHRIMP PASTE

$
0
0



Kangkung masak belacan??? Jangan hairanlah dengan menu ini kan, sememangnya menu 1 MALAYSIA, hehe. Cakap saja daerah & pelusuk mana, semua tau punya.

Saya bukan pakar memasak tetapi kalau kasi goreng2 kilas sayur macam ni, bolehlah juga..mesti layu juga dalam kuali kan? hehe.

Kangkung masak belacan ni salah satu menu peberet dirumah saya, kalau beli sayur kangkung selalu ini saja jenis menunya (psssttt sebab tak pandai masak menu lain) hihihi....cuma menu saya jarang yang pedas & bercili sebab anak2 tak suka makan pedas termasuklah saya, hehe. Jadi kalau nak yang pedas bolehlah tambah cili sendiri ya.

Saya sharekan resepi kangkung masak belacan bersama ayam cincang ini disini buat tatapan anak2 saya dimasa akan datang, manalah tau teringin untuk merasa kangkung masak belacan resepi saya kan, bolehlah mereka buka blog mama mereka yang tak seberapa ini. Juga buat kawan2 semua sekiranya sudi mencubanya ya.

Selamat mencuba...




Stirfry kangkung with minced chicken & shrimp paste

Bahan2nya:
A
1 ikat sayur kangkung, dicuci & dipotong 

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb belacan

C
Sedikit isi ayam, dicincang

D
1 sb sos tiram
1 sb kicap pekat manis
Garam & perasa secukupnya

E
1/2 cawan air panas

Cara2 memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali guna api sederhana. Tumbuk bahan B hingga hancur. Tumiskan hingga naik bau.

2. Masukkan bahan C, gaul & biarkan hingga masak.

3. Kemudian, masukkan bahan A & kacau rata. Masukkan bahan D, gaul rata lagi. Masukkan bahan E sedikit2 & biarkan mendidih sebentar. Matikan api & hidangkan. 









EGGPLANT OMELETTE

$
0
0



Telur dadar terung??? peliknya....

Hah, bagi yang tak tau. Nampak saja gabungannya pelik tapi rasanya memang sedappp. Inilah salah satu menu express yang my mom selalu masak untuk saya adik beradik. 


Telur dadar terung ni hingga kini pun saya masih gemari & selalu masak untuk anak2. Kawan2 boleh tambah daun bawang, kucai atau hirisan cili ikut citarasa, hanya perlu masukkan dalam telur yang dipukul. 

Cara memasaknya pula sangatlah senang didunia, hehe, jom kita tengok resepinya k...


Eggplant omelette

Bahan2nya:
6 biji terung pendek
2 biji telur
Garam & serbuk perasa secukupnya

Cara memasaknya:
1. Cuci bersih terung, jangan buang tangkainya. Masukkan dalam periuk & rebus hingga lembut & warnanya bertukar menjadi coklat. Buangkan airnya & biarkan sejuk sebentar. Kupas kulitnya & lenyekkan guna garfu.

2. Dalam mangkuk, masukkan telur, garam & serbuk perasa. Pukul hingga sebati.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Celupkan terung tadi dalam telur & goreng hingga bertukar warna keemasan & rangup. Buat hingga habis & hidangkan panas2 bersama nasi.






SWEET & SOUR EGG

$
0
0



Assalam buat semua...

Menu express lagi sebagai entri hari ini. Kali ni saya kongsikan resepi telur rebus yang dimasak sweet & sour k.

Resepi yang sangat ringkas & digemari oleh anak2 saya. Saya gunakan 4 jenis sos dalam resepi ini, masam, manis & masin semuanya ada :) Selamat mencuba sendiri.




Sweet & sour egg

Bahan2nya:
A
6 biji telur rebus, masak sepenuhnya

B
1 ulas bawang merah, cincang
1 ulas bawang putih, dicincang

C
1 sb sos tiram
1 sb sos plum
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
Garam secukup rasa

D
2/3 cawan air panas

Cara2 memasaknya:
1. Kupas kulit telur yang direbus tadi. Ketepikan.

2. Panaskan 1sb minyak masak dalam kuali guna api perlahan. Tumis bahan B hingga naik bau. Masukkan semua bahan C, kacau rata.

3. Masukkan bahan D sedikit2 & kacau hingga agak pekat. Masukkan telur & gaul rata. Matikan api. Hidangkan.







ROSEMARY COOKIES

$
0
0



Assalam semua...

Lamanya saya tak buat cookies. Terasa nak makan biskut rosemary ni pulak.








Biskut ni rangup & terasa herba rosemarynya. I like it!!! Letak banyak2 rosemary pun xpa, hehe.

Resepi biskut ni dapat dari majalah RASA tau, senang saja nak buatnya. Tak perlu letak telur pun dalam adunannya. Memang rangup.



Buat 1 adunan resepi ni boleh dapat banyak hasilnya, adalah dalam 90 - 100 biji, bergantung pada saiz biskut. Kalau kecil dapatlah banyak.

Jom kita lihat resepinya...












Biskut rosemary

Bahan2:
250g mentega
30g shortening
180g gula kaster
360g tepung gandum - diayak
120g tepung jagung - di ayak
90g serbuk badam
1 tsp herba rosemary kering - di kisar/ di cincang halus
1 biji kuning telur - untuk sapu atas biskut
Sedikit rosemary untuk tabur atas biskut

Cara2:
1. Pukul mentega, shortening & gula hingga kembang.

2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam & rosemary. Gaul adunan hingga sebati & rata.

3. Canaikan lebih kurang 1 cm tebal. Terap menggunakan acuan kesukaan & susun atas dulang pembakar.

4. Sapukan kuning telur atas biskut & taburkan sedikit rosemary atasnya.

5. Bakar pada suhu 170 C selama 15 - 20 min atau hingga masak. Bila biskut sudah masak, sejukkan sepenuhnya baru simpan dalam bekas kedap udara.






PANDAN BANANA CHIFFON CAKE

$
0
0



Semalam ada sisa pisang dari buat banana cake untuk customer. Anak2 makan banyak pisang tu tapi ada lagi sisa dua biji, pikir2 nak buat apa pulak dengan dua biji pisang tu sebab memang sudah agak masak. Kalau tunggu sampai besok mesti sudah tak fresh.

Pikir2 paling senang baik buat chiffon cake, boleh celup dalam kopi panas, hehe.




Kemudian, dapat pulak idea gabungkan pisang dengan perisa pandan. Nyummm mesti sedapp!!

Saya pun duduklah atas meja dengan kertas & pensil, sibuk tulis formula resepi. Ceh, sekarang saya dah pandai cipta resepi pulak, hahaha.

Alhamdulillah, menjadi jugak resepi ciptaan saya ini. Keknya naik cantik & rasanya pun boleh tahan (senyum2 sendiri), mood happy :)

Teksturnya sangat lembut & sesuai perisa pisang + pandan itu digabungkan. Tak mau cerita banyaklah, jom kita lihat resepinya...







Pandan banana chiffon cake

Bahan2nya:
A
280g tepung naik sendiri
135g gula aising, diayak
8 biji kuning telur
160g minyak jagung
1/2 sk garam
150g susu segar

B
120g pisang dilecek

C
1 1/2 sk pes pandan
10g susu segar

D
8 biji putih telur
140g gula kaster
1/2 sk cream of tar2

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 12 inci. Jangan griskan.

2. Satukan semua bahan2 A. Gaul sebati & bahagikan kepada dua. anggaran 420g setiap bahagian.

3. Campurkan bahan B kesalah satu bahagian & C kedalam bahagian yang satu lagi. Gaul sebati & ketepikan.

4. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur & cream of tar2 dari bahan D hingga berbuih. Masukkan gula sedikit2 & pukul hingga kembang & pekat. 

5. Bahagikan adunan putih telur tadi kepada dua bahagian, anggaran 250g setiap bahagian. Kaup balikkan kedalam adunan kuning telur yang dibahagi dua (langkah 3) tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

6. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit. Bila kek masak, segera terbalikkan & sejukkan sepenuhnya naru keluarkan kek dari acuan.






Viewing all 127 articles
Browse latest View live