Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all 127 articles
Browse latest View live

LEMON BUTTER CAKE

$
0
0



Sedapnya lemon buttercake ni!!!

Fuhh tak tipu...memang saya suka :) I like the lemony & buttery taste. Sedap sungguh buat minum petang tadi. 

Honestly saya bukan peminat buttercake tapi yang ni memang layan. Kalau letak 10 biji lemon zest lagi baik, hehe.

Jom semak resepinya...






LEMON BUTTERCAKE

Bahan2nya:
A
250g mentega
100g gula kaster

B
5 biji kuning telur

C
35g susu cair
1 sb jus lemon
3 biji parutan kulit lemon

D
230g tepung naik sendiri

E
5 biji putih telur
100g gula kaster

F
Cip coklat secukupnya

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan bahan C & pukul sebati. Masukkan pula bahan D, gaul rata. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang lain, pukul bahan E hingga kembang. Satukan dengan adunan kuning telur (langkah 3) tadi. Gaul hingga sebati.
5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Taburkan bahan F atasnya. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan baru dipotong.






SUP TULANG

$
0
0



Sup tulang atau daging memang lauk peberet dirumah saya. Siapalah yang tak suka minum sup kan, lagi2 sup tulang..sedapnyaa...

Resepi sup tulang ringkas macam ni saya selalu sediakan bila dah tau akan busy dalam jam2 seterusnya. Senang sikit kerja saya, cuma perlu tumis bahan & biarkan mendidih berjam-jam hingga empuk guna api perlahan. Kalau anak2 lapar  pun senang nak hidang bagi makan.

Jom kita lihat resepinya...







SUP TULANG

Bahan2nya:
A
1kg tulang lembu

B
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih

C
2 ulas bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
1 batang serai, dititik

D
3 liter air
1 bungkus sup bunjut

E
1 batang lobak merah, dipotong kecil
2 biji kentang, dipotong kecil
2 batang saderi, dipotong kecil

F
Serbuk lada putih secukupnya
Garam & serbuk perasa secukupnya

G
Daun sup & daun bawang, dipotong halus

Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Goreng bahan B sebentar. Masukkan bahan C & tumis hingga naik bau.

2. Masukkan bahan A, gaul sedikit & biarkan sebentar. Masukkan bahan D. Tutup periuk & biarkan mendidih guna api perlahan. 

3. Kemudian, masukkan bahan E & F. Tutup periuk & biarkan selama lebih kurang 3 jam hingga daging empuk. 

4. Matikan api. Hidangkan bersama bahan G yang ditabur atasnya.







MILKY DOUGHNUT

$
0
0



Assalam buat semua...

Untuk minum petang hari ni, saya sajikan donut yang berkrim ini buat sesisi keluarga. 

Makan sebiji sangatlah puas, minum dengan jus oren..yalah sebab cuaca panas, tak sanggup nak jamu dengan minuman panas, hehe. Bancuh jus oren dengan ais batu, fuhh lega anak tekak...





Resepi ni sangatlah senang, tak perlu bubuh bread improver & bread softener..memang lembut juga...

Anak bagi tumbs up tu..hehe



Kalau tercari-cari resepi donut yang mudah, bolehlah kawan2 mencuba resepi ini ya...

Selamat mencuba :)







Milky doughnut

Bahan2nya:
A
500g tepung roti (highprotein flour)
25g susu tepung
10g baking powder
11g yis kering
100g gula kaster
1/4 sk garam

B
1 biji telur
250g susu segar

C
50g mentega

D
Gula aising, utk menabur


Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan A & gaul rata guna handwhisk.

2. Buat lubang ditengah, masukan bahan B. Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut.

3. Masukkan bahan C. Uli doh selama 10 minit hingga doh menjadi kenyal & elastik. 

4. Canai doh lebih kurang 1cm tebal & terap guna acuan donat. Susun atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Tutup guna kain bersih & biarkan kembang selama 30 minit. Simpan ditempat yang agak panas supaya cepat kembang.

5. Panaskan minyak dalam kuali. goreng hingga keperangan. Toskan minyak & angkat. Biarkan sejuk baru ditabur dengan bahan D atasnya.








KEK HITAM

$
0
0


Assalam buat semua...

Siapa pernah dengar nama kek hitam??? pasti nama kek ni agak asing kan. Kalau sebut kek belacan agak ramai jugalah yang tahu especially the sarawakian.

Hah kek ni lebih kurang jugalah dengan kek belacan, cuma ada perbezaan utk beberapa bahannya. Boleh google untuk info lebih lanjut k, since i'm sabahan, hehe. 

Yang pasti kek saya tidaklah sehitam yang saya harapkan namun rasanya memang sedap & sangat moist.





Orang sarawak memang terkenal dengan kek lapis & kek yang distim. Rasa keknya pula sangatlah sedap tapi proses membuatnya boleh tahan rumit juga, ada sesetengah resepi di stim berjam-jam lamanya supaya lebih tahan. Harga yang mahal sesedap rasa, berbaloi juga :)






Resepi kek ni saya adaptasi dari blog My Little Favourite DIY.

Menderhaka sikit, hehe. Saya tambahkan milo dalam adunannya. Untuk browning sugar pula, memang susah nak dapat di shah alam ni, jadi saya guna black treacle sebagai bahan ganti. Dah letak banyak juga tapi still tak gelap warnanya. 

Namun kek ni tak manis seperti yang saya sangkakan, manis yang sedang2 saja. Syukurlah, hehe. Inshaallah lain kali buat lagi sampai dapat colour hitam tu :)

Cara bakar pula since saya punya steamer kecil saja, terpaksalah saya guna kaedah steambath dalam oven saja. Guna api bawah sahaja selama 2 jam pada suhu 160C. Alhamdulillah menjadi :) Terpulang kepada kawan2 selesa ikut cara yang mana, nak stim guna oven ataupun guna steamer.

Jom kita lihat resepinya pula k.






Kek Hitam

Bahan2nya:
A
345g mentega berkualiti
120g gula ising

B
8 biji telur, gred A

C
100g susu pekat
180g serikaya
1 tin kecil nestle cream

D
120g horlicks
15g milo
20g serbuk koko

E
150g browning sugar (saya guna black treacle)

F
220g tepung gandum, diayak


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Setkan apinya bawah sahaja. Kalau guna steamer, didihkan air guna api kecil & tutup hingga sedia digunakan. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C & pukul sikit. Masukkan pula bahan D diikuti bahan E, pukul sebati lagi.

4. Akhir sekali, masukkan bahan F. Pukul hingga betul2 sebati, kaup balikkan bawahnya.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Stim atau bakar guna kaedah steambath selama 2 jam pada suhu 160C guna api bawah sahaja. Bila kek sudah masak, pastikan kek sudah sejuk baru dipotong.






BISKUT LAPIS CHEESE

$
0
0



Mama bolehkah buatkan ary biskut yang dilapis cheese tu??sudah lama mama tak buat....

Dalam otak ligat fikir2 dessert apakah yang dimaksudkan anak sulungku ini...

Oh rupanya biskut lapis cheese resepi Kak Sabariah Bahasar ni, hehe...anak daraku yang satu ni lain sikit seleranya. Balik sekolah lepas makan tengahari mesti mencari dessert, macam restoranlah pulak dibuatnya..hmmm....






Tengok dalam peti sejuk, cream cheese sudah abis. So kenalah top up barang baking dulu baru boleh buat dessert ni. Tunggu ary balik sekolah tengahari kelmarin baru buat biskut lapis cheese ni bersama2.

Nasib baik senang saja proses membuatnya, sekejap sudah siap. Yang tak tahannya anak suruh terus potong. Ek eleh, ada pulak terus potong. Sabarlah ary, tunggulah beberapa jam lagi.

Hah tunggu punya tunggu sampai terlupa mau potong. Tadi masa ary balik sekolah baru rasmikan. Sampai saja depan pintu terus tanya pasal biskut lapis cheese ni. Hehe kesiannya, makan dessert dulu baru makan nasi. Sampai 24 jam diperap biskut ini, haha.









Kali ni saya guna biskut keju julies, tambah sedikit serbuk horlicks & taburkan atasnya dengan parutan cheddar cheese. Sudah jadi macam pizza pulak, fuhh jangan mimpi boleh diet kalau gini, hehe.

Memang licin.....

Jom kita lihat resepinya...





Biskut Lapis Cheese

Bahan2nya:
A
250g cream cheese
250g susu pekat

B
(200g) 2 paket biskut keju Julie's 

C
Horlicks secukupnya
Nestum secukupnya

D
Parutan cheddar cheese secukupnya
 


Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang false bottom pan segiempat bersaiz 8 inci atau bekas yang sesuai. Alaskan dasar loyang dengan plastic wraper, 
supaya mudah untuk keluarkan dari acuan nanti.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Ketepikan.

3. Susun biskut dengan kemas dalam loyang.

4. Sapukan rata sedikit adunan cheese atas biskut yang disusun tadi. Taburkan dengan bahan C.

5. Ulang semua proses tadi hingga biskut & adunan cheese habis. Taburkan bahan  D atasnya. Tutup & sejukkan 1-3 jam atau semalaman baru dipotong.





BINGKA LABU BERKEJU

$
0
0



Sedap juga bingka labu berkeju ni....

Teringin nak buat kek labu macam yang mak saya biasa buat dulu tapi kalau call mintak resepi dalam masa sekarang ni mesti tak dapatlah, mesti my mom tengah busy buat kek di cafe. 

Hmmm terpaksalah saya google resepi kek labu. Last2 terjumpa resepi bingka labu ni di blog bilaudamenulis.blogspot.com. Nampak menarik saja, bahan2 pun mudah & tahap kerajianan pun ok lagi, hehe. Cancel pulak kek labu saya, sudah jadi bingka..haha.




Ingatkan tadi resepi kek ni kena rebus dulu labu tu. Rupanya kena parut saja, yeahhh senangnya (pemalas kan) :)

Untuk resepi ni saya tukarkan sukatan cawan ke gram supaya lebih mudah untuk di ikuti & memang saya lebih suka sukatan gram sebab senang untuk disukat & tepat. Kan???betul tak, hehe.


Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok sama2 resepinya k.




Bingka labu berkeju

Bahan2nya:
A
5 biji telur
170g gula ising, diayak

B
1sk esen vanila
1/2 sk garam

C
240g tepung gandum, diayak
160g labu kuning, diparut

D
200g mentega, dicairkan

E
Parutan cheddar cheese secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Kalau nakkan bingka yang tinggi, guna saiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam mangkuk pengadun, pukul bahan A hingga kembang.

3. Masukkan bahan B, pukul sebati.

4. Kemudian, masukkan bahan C, pukul lagi. Masukkan bahan D sedikit demi sedikit & pukul sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar selama 30 minit atau hingga kek masak. Lebih kecil loyang yang digunakan lebih lama masa yang diperlukan untuk masak. 

6. Apabila kek sudah masak, taburkan bahan E atasnya. Sedia untuk dinikmati.







KEK BELACAN

$
0
0



Assalam buat semua...

Akhirnya dapat juga buat kek belacan ni, hari tu buat Kek hitam tak hitam sangat kejadiannya sebab tak ada browning sugar. Kali ni ya ampun hitamnya sangat macam charcoal cake, hahaha.

Tq so much my fren Anneeza Suhaimi sudi poskan browning sugar untuk saya dari kuching sarawak. Muahhhh....

All my sarawakian friends are being generous to me, tq :)








Resepi kek belacan yang saya kongsikan ini juga hasil ehsan dari neeza (Anneeza Suhaimi). Katanya dapat resepi dari kawan yang lain juga. Kira dipanjangkanlah ya perkongsian resepi ini :)

Alhamdulillah setelah semua drama yang saya lalui sepanjang hari didapur hari ni, berjaya juga kek ini dihasilkan atas bantuan neeza. Memang sangat moist kejadiannya. Mak mertua cakap sedap n unik. Tq again neeza for sharing :)

Macam biasa saya guna kaedah steambath dalam oven sebab tak muat loyang dalam pengukus saya. Marilah kita lihat resepinya pula k.







Kek Belacan

Bahan2nya:
A
454g butter berkualiti
200g gula kaster

B
10 biji telur

C
300g susu pekat
200g horlicks
5 sb / 40g tepung gandum 
2sb / 12g serbuk koko

D
Browning sugar secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Jika menggunakan pengukus, didihkan airnya guna api perlahan.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Masukkan bahan C, pukul sebati.

4. Kemudian, masukkan bahan D. Ikut anggaran warna hitam yang dikehendaki. Pukul hingga adunan sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang disediakan. Bakar guna kaedah steambath guna api bawah sahaja selama 3 jam. Jika menggunakan pengukus, kukus selama 2 jam guna api sederhana. Sejukkan kek sepenuhnya baru dipotong.








MOCHA TART

$
0
0



Selamat petang & salam sabtu buat semua pembaca diblog saya :)

Sedapnya mocha tart ini, pastrinya sangat rapuh & ringan. Sesuai dengan inti mocha yang lembut & kuat aroma kopinya.









Biasanya kalau buat pastri saya akan menggunakan acuan tart & tart press machine sebab lebih cepat & mudah. Namun untuk tart ini, saya lebih suka bentukkan terus doh pastrinya dalam acuan muffin / cupcake sebab ianya sangat lembut & sedikit elastik.

Ambil sedikit doh pastri & bulat2kan. Urut guna ibu jari dalam acuan muffin hingga doh sesuai ketebalannya, tidak terlalu tebal atau tipis. Jika terlalu tebal & tak sekata dohnya boleh jadi mentah atau tak sekata masaknya. Jika terlalu tipis pula, pastrinya akan mudah hancur bila dikeluarkan. Tak cantiklah pula nanti kan.









Resepi mocha tart ni sebenarnya sudah agak lama saya tulis dalam buku hinggakan tidak pasti dari mana sumbernya, agak2 sudah 4 tahun resepi ini tersimpan. Yang pasti resepi ni dari Mr. Google :)

Untuk resepi pastrinya saya ikut resepi Butter Tarts yang pernah saya kongsikan dulu. Saya tukar sukatannya ke gram supaya mudah untuk dirujuk.






Silakan mencuba resepi yang inshaallah sedap & mudah ini :)








Mocha Tart

Pastri:
A
14g gula kaster
175g tepung gandum, diayak

B
113g mentega sejuk, potong dadu

C
50ml air sejuk

Cara2 membuat pastri:
1. Dalam mangkuk, satukan bahan A. Gaul guna handwhisk. 

2. Masukkan bahan B & ramas guna tangan hingga sebati menjadi serbuk kasar. 

3. Kemudian, masukkan bahan C, sedikit demi sedikit & uli menjadi doh yang lembut. 

4. Griskan acuan muffin / cupcake dengan sedikit mentega. Ambil sedikit doh, bulat2kan & bentukkan kemas dalam acuan muffin / cupcake. Simpan dalam freezer selama 5 minit.

5. Bakar pastri selama 5 minit dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C. Keluarkan dari oven & isikan mocha filling. Bakar semula selama 20 minit atau hingga intinya masak. Bila digerakkan sedikit ianya tidak cair. Tat ini sedap dimakan bila sejuk.


Inti mocha:
A
45g mentega
120g gula kaster
30g serbuk koko
230g krim uht

B
2 sk serbuk kopi segera / espresso
1 sk esen vanila

C
1 biji telur, gred AA

Cara2 membuat inti mocha:
1. Satukan semua bahan A dalam periuk kecil. Panaskan sambil mengacau guna handwhisk hingga tepi2nya berbuih.

2. Matikan api, masukkan bahan B. Gaul rata & biarkan hingga agak suam. Masukkan bahan C, kacau sebati. Tutup & simpan hingga sedia untuk digunakan. 







BOMBAY TOAST

$
0
0



Assalam buat semua...

Sekali sekala makan bombay toast untuk sarapan sedap juga kan. Ni menu sarapan saya pagi kelmarin sebelum berangkat menyaksikan konsert En. husband di dewan banquet MBSA shah alam, selangor. Konsert anjuran Yamaha music great sound music academy kota kemuning

Tahniah my husband kerana berjaya menghimpunkan 50 orang student termasuk guitarist, pianist, drumer & singer atas pentas dengan penuh jayanya, bukan senang nak latih budak2 even yang dewasa sekali pun untuk bermain muzik dengan harmony, yalah cikgunya garang, haha. I'm proud of you :)

Gambar saya tak selitlah ya nanti tak sesuailah pulak digabungkan dengan c Mr. bombay toast ni, hehe.






Bombay toast ni memang sedap tau, saya pernah sharekan versi lemak manisnya disini. Saya gunakan santan menggantikan susu segar & tambah parmesan cheese, walaa...

Kalau ikut resepi yang asal, adunannya menggunakan susu lembu segar, minyak sapi & gula. Untuk susu saya gunakan susu segar, gula saya gantikan dengan susu pekat & minyak sapi saya gunakan margerin daisy saja. 

Selamat mencuba sendiri :)





Bombay Toast

Bahan2nya:
A
4 biji telur
250g susu segar
50g susu pekat manis (boleh tambah ikut citarasa)
Secubit garam

B
10 keping roti

C
 Margerin secukupnya


Cara2 membuatnya:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan semua bahan2 A. Pukul rata guna handwhisk.

2. Panaskan kuali yang rata guna api perlahan, sapukan dengan sedikit bahan C. 

3. Ambil sekeping roti, celupkan dalam adunan telur tadi (langkah 1). Letakkan atas kuali rata yang dilanser dengan margerin tadi. Panggang hingga kedua-dua bahagian bertukar warna keperangan. Angkat & buat yang lain pula hingga habis. 

4. Hidangkan bersama serikaya, sos coklat atau makan begitu sahaja.





KEK BELACAN 2

$
0
0


Assalam buat semua...

Cepat sungguh bulan april menjelma kan. Tentu tajuk GST paling hangat dibincangkan dikalangan blogger & bakers malaysia. Bersedia atau tidak, inilah dilema yang dihadapi oleh blogger aka homebakers macam saya. 

Untuk entri terpaksalah saya slowdown sikit, maklumlah bila pegi bakery, terkejut beruk tengok harga bahan2 baking yang baru, hehe. Blogger macam saya manalah ada sponser, semua kena pakai duit poket sendiri untuk beli bahan2 baking. Berniaga secara online pun hanya cukup sekadar gali lubang tutup lubang untuk meneruskan minat berblog ini. Sekadar untuk mengisi masa lapang.

Apa2 pun tiada jalan lain selain berusaha, betul tak??? Jangan sampai sedikit halangan membuatkan kita putus asa, inshaallah mesti ada jalannya :)








Well, mari kita beralih topik cerita pasal kek belacan ni pula. Dek kerana tak mau berputus asa dengan kejadian KEK BELACAN & KEK HITAM yang saya buat baru2 ini, saya mencuba lagi. Kali ni alhamdulillah warna keknya menjadi seperti yang sepatutnya, kehitaman & coklat sedikit seperti belacan. Rasa keknya pula fuhh memang sedap sangat.

Resepi ni hasil ubah suai resepi kedua2 kek yang saya sebutkan diatas tu. Sangatlah sedap jika dimakan keesokan harinya. Teksturnya lebih padat & lembap. Pokoknya, memang sedaplah :) Saya simpan kek dalam peti sejuk semalaman & biarkan 1 jam pada suhu bilik baru dipotong.


Kepada yang terliur tu, janganlah marah saya ya, hehe. boleh mencuba sediri resepi ini. Selamat mencuba semua :)






Kek Belacan

Bahan2nya:
A
350g mentega berkualiti
200g gula kaster

B
8 biji telur, gred AA

C
200g susu pekat
180g serikaya
225g nestle cream

D
150g horlicks
20g serbuk koko

E
100g browning sugar (atau secukupnya)

F
220g tepung gandum, diayak


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Setkan apinya bawah sahaja. Kalau guna steamer, didihkan air guna api kecil & tutup hingga sedia digunakan. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati.

3. Kemudian, masukkan bahan C & pukul sikit. Masukkan pula bahan D diikuti bahan E, pukul sebati lagi.

4. Akhir sekali, masukkan bahan F. Pukul hingga betul2 sebati, kaup balikkan bawahnya.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Kukus atau bakar guna kaedah steambath selama 2 jam pada suhu 160C guna api bawah sahaja. Bila kek sudah masak, pastikan kek sudah sejuk baru dipotong.







MANGO CHEESECAKE

$
0
0



Assalam buat semua....

Hari ni nak tayang mango cheesecake, projek menghabiskan buah mangga sisa dari buat mango float semalam. Kalau boleh semua nak tarok mangga, buat air mangga, puding mangga, tapi siapa nak makan nanti kan, hahaha..







Inilah kejadian mango cheesecake saya, dapat juga guna 2 biji mangga untuk buat kek ni. Alhamdulillah sedappp....takkan tak sedap kalau ada cheesekan, hehe.

Resepi dari buku Fantastic Cheesecake by Chef Alex Goh. Antara resepi cheesecake yang paling awal saya kongsikan diblog ini masa mula2 berblogger. Gambar pun guna handphone saja masa tu, hehe. 






Masa tengah syok2 shooting mango cheesecake ni, husband balik bawa air cincau cendol. Hah, bawa sini kita pose air tu sekali. Hehe kesian my husband kena tunggu saya siap pose2 cake dan air tu.

Ada antara bahan dalam resepi ini yang saya kurangkan & tambah ikut kesesuaian.Well, tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok resepinya pula ya...








Mango Cheesecake

Base:
160g biskut marie, dihancurkan
20g brown sugar
100g mentega, dicairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan semua bahan base & tekan dalam loyang springform bersaiz 8 inci yang telah digris dengan mentega. 

2. Bakar selama 10 minit pada suhu 160C. Biarkan sejuk.


Filling:
A
500g cream cheese
130g gula kaster
30g tepung jagung

B
1sb jus lemon
1 biji parutan kulit lemon
150g isi mangga

C
3 biji telur

D
150g uht whipping cream


Mango topping:
A
1 1/2 sb serbuk halal gelatin
60g air suam

B
1 biji isi mangga

50g gula kaster
80g air



Cara2 membuat filling:
1. Pukul bahan a hingga lembut & berkrim.

2. Satukan bahan2 B dalam blender. Kisar hingga halus. Masukkan kedalam adunan cheese tadi. Pukul sebati.

3. Masukkan bahan C satu persatu. Pukul sebati.

4. Kemudian, masukkan D & pukul hingga sebati. Tuang adunan kedalam loyang yang berisi base tadi.

5. Bakar selama 1 jam 15 minit atau hingga masak pada suhu 160C guna api bawah sahaja. 

6. Biarkan kek sejuk sepenuhnya baru disimpan dalam peti sejuk selama 5 jam.

Cara2 membuat mango topping:
1. Satukan bahan A, biarkan 5 minit. Kemudian, double boilkan hingga larut sepenuhnya. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A & kisar hingga halus. Letak dalam mangkuk. Masukkan larutan gelatin tadi, gaul rata guna handwhisk. 

3. Keluarkan kek dari peti sejuk. Tuang mango topping atasnya. Sejukkan semula hingga topping mengeras baru dipotong.









MANGO BUTTER CAKE

$
0
0



Assalam buat semua...

Nak cepat2 update entri tertunggak hari ni, kalau tunggu esok mesti busy lagi. Ingatkan semalam dapat update rupa2nya tak dapat juga, bertungkus lumus didapur untuk siapkan tempahan kek sampai larut malam.

Maaf kepada yang lama menunggu resepi ini ya...





Mari cerita pasal buttercake ni pulak. Akhirnya dapat juga saya abiskan sebiji lagi sisa mangga yang ada, dapat buat buttercake yang harum semerbak baunya. Memang harum tau tak tipu, hehe.

Saya tambahkan cordial sunquick exotic flavour dalam adunannya, lembut & sedappp!!! Kalau nak letak flavour lain pun ble tak ada masalah, ikut selera masing2.

Hari ni tak maulah cerita panjang2 sebab ada banyak kerja nak buat, marilah kita terus saja lihat resepinya k. Selamat mencuba sendiri :)





Mango butter cake

A
250g butter
200g gula kaster
1 sk esen vanila

B
3 biji telur, gred AA

C
60g susu cair
1 sb sunquic cordial (exotic)

D
220g self raising flour, diayak

E
1 biji isi mangga, dipotong dadu


Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu, pukul sebati.

3. Kemudian, satukan bahan C. Masukkan berselang-seli dengan adunan D. Pukul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan bahan E, kaup balikkan guna spatula. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan.

5. Bakar selama 40 minit atau hingga kek masak pada suhu 170C. Sejukkan baru dipotong.





PANDAN CHIFFON CAKE

$
0
0



Assalam & salam sejahtera buat semua...

Lamanya tak buat kek chiffon perisa pandan. Kek yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang sentiasa laku...





Tiba2 tekak terasa nak makan kek chiffon pandan ni pulak. Kebetulan hari ni tak sibuk sangat, saya pun buatlah kek ni. Alhamdulillah hilang rasa keempunan ni, syukurlah dapat buat sendiri, hehe. 




Resepi ni entah sudah berapa kali saya buat, tapi sentiasa diubah-ubah resepinya. Tak akan pernah fix resepinya sampailah mencapai satu standard yang tepat mengikut citarasa ini, yalah tangan pun gatal suka ubah itu ini, hehe.

Alhamdulillah setiap kali pun memang tidak pernah menghampakan juga. Kali ni saya letak santan penuh dalam resepinya, memang terasa lebih lemak & harum kek chiffon ni.

Kawan2 yang dah terliur tu, bolehlah kumpul semangat kerajinan untuk buat sendiri pulak ya. Selamat mencuba semua :)




Pandan Chiffon Cake

Bahan2nya:
A
225g tepung naik sendiri, diayak
110g gula kaster
6 biji kuning telur
1/4 sk garam
200ml santan
105g minyak jagung
1 sb pandan paste / 2 sb jus pandan + 1sk pandan paste

B
6 biji putih telur
130g gula kaster
1/4 sk cream of tartar

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan loyang chiffon bersaiz 10 inci. Jangan griskan loyang.

2. Satukan semua bahan A & gaul hingga sebati guna handwhisk. Ketepikan.

3. Pukul putih telur & cream of tartar hingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit, pukul hingga kembang & bertanduk.

4. Masukkan 1/2 adunan putih telur kedalam adunan kuning telur (langkah 2) & kaup balikkan. Masukkan baki putih telur & kaup balikkan lagi hingga sebati.

5. Tuang adunan kedalam loyang chiffon. Bakar selama 40 minit atau hingga kek masak pada suhu 170C. Terbalikkan loyang bila kek sudah masak. Sejukkan sepenuhnya baru dikeluarkan dari acuan.






HAPPY 6TH BIRTHDAY DANIEL HAKEEM!!!

$
0
0



Happy 6th birthday my one & only son Daniel Hakeem!!!

Mama doakan semoga daniel membesar jadi budak yang bijak pandai, menghormati orang tua, berjaya didunia & akhirat, inshaallah, amin :)

Mama love u so much, muahhh...


Cerita pasal daniel ni, memang ada2 saja pilihan kek birthday yang di requestnya. Dari sejak beberapa bulan yang lalu sudah siap2 bagitau mamanya nak kek apa untuk birthdaynya nanti. Tiap2 tahun ada saja karakter kartun atau movie yang menjadi kegilaannya. Tahun ni pilihannya c raksasa GODZILLA.

Daniel request suruh mamanya yang busy ni buat kek bentuk godzilla. Tak tahan nak yang macam real pulak tu, ada duri2, gigi tajam, macam dalam gambar google. Adehhh manalah ada masa nak buat gitu wahai anakku. Mana nak siapkan kek tempahan lagi.

Penatnya fikir nak buat macam mana kek godzilla ikut imaginasi c daniel ni. Akhirnya saya decide nak buat Devil's food cake & letak edible imej atasnya. Letak gambar muka daniel & c godzilla tu, hahahaha.






Saya buat kek saiz kecil saja, cukup untuk sekeluarga makan. Bila dah siap letak dalam peti sejuk.

Cehhh punyalah c daniel ni marah sebab kek tu tak nampak macam GODZILLA langsung katanya, muka masam mencuka, tak boleh nak lukis, hihihi.






Dalam hati, kesiannya sebab tak dapat nak buat kek ikut yang dia request tu. Rasa bersalah, kasihan & macam2 lagi melanda. Pastu dapat idea guna coklat yang dipatah-patahkan untuk buat duri, tampal pada tepi2 kek tu.

Hah, baru ada senyuman diwajahnya. Saya pujuk pula nanti nak bawa daniel makan pizza. Fuhhh, selesai masalah. Terus daniel cakap OK mama :) Daniel ni memang hantu pizza, hihihi.








Malam lepas keluar makan sekeluarga baru potong kek godzilla tu sama2. Yang lawaknya lagi satu, nenek daniel bagi hadiah. Punya semangat dia buka pembungkus hadiah tu, rupanya neneknya belikan patung dinosaur. Tau sajalah budak zaman sekarang, tau sangatlah yang c dinosaur tu tak ada pertalian darah dengan c godzilla, muka masam cakap dengan neneknya yang tu dinosaur bukan godzilla. Adehh sakit perut ketawa....tapi pandai juga nenek daniel pujuk cakap yang patung godzilla dah abis, nenek x jumpa. Kalau tak dilayan, lama2 pandai juga dia ambik & bawa main, hihi.

Anyway, tqlah kepada kawan2 semua yang sudi wish birthday daniel dalam fb, muahh :)








APAM PISANG

$
0
0
 



Assalam & selamat petang buat semua...

Apa menu minum petang hari ni??? Cuaca elok saja, nampak mendung tapi tak hujan. Memang best sangatlah santai2 petang kan.

Hari ni rajin datang nak buat apam pulak. Buat yang simple2 janji sedap. Kepala asyik berdenyut sebab tak cukup tidur, bila baring tak boleh nak tidur jugak, isshhh penyakit cenggini ada satu aje ubatnya untuk saya. Jalan lurus ke dapur & bakinglah apa yang boleh, stress pun hilang. Terapi minda...hehe.







Semalam mak mertua ada kasi pisang. Ada baki lagi 3 biji. Nak buat kek tak cukup rajin, teringat pulak resepi apam pisang kak Mariana Zainal yang pernah dikongsikan olehnya dilaman Fb. Cepat2 tengok balik hp, ingat2 memang ada screenshot resepi tu sebab memang tunggu masa saja nak cuba. Syukurlah resepi tu ada lagi selamat tersimpan, hehe.


Kelam kabut mencari acuan apam yang entah sudah berapa lama tersimpan dalam almari. Berguna juga akhirnya acuan ni. Tak sabarnya nak tunggu apam tu masak padahal bancuh pun belum, asyik bab ayak tepung je, hahaha. Sambil bancuh sambil sukat adunan ke gram, supaya mudah untuk dirujuk pada masa hadapan. Saya memang lebih suka guna ukuran gram sebab lebih tepat. Kalau dah abis bateri mesin penimbang tu nanti, barulah sibuk cari cawan plak, hehe.







Alhamdulillah...tak tau nak kata apa. Apamku menjadi, yeayyy!!! Anak perawanku yang dari tadi asyik tolong sapu minyak dalam acuan pun tersengih-sengih tengok mamanya yang macam kebaruan tengok apam ni, hehehe.

Tq so much dear kak Mariana Zainal sudi berkongsi resepinya. Saya panjangkan di blog ini buat rujukan semua.







Apam ni punyalah gebu, memang sedap. Lepas ni tak perlu susah2 pegi beli, buat sendiri lagi berbaloi. Saya tambahkan chocolate rice dalam adunannya untuk kontras pada rasa & warna sebab pisang yang saya gunakan tidak cukup gelap warnanya. Saya peram juga selama 30 minit ikut yang kak Mariana sarankan, tapi rasanya bergantung kepada jenis pisang juga untuk dapatkan warna gelap pada apam tu. Apa2 pun yang penting rasanya sedap kan.

Kepada kawan2 yang teringin mencuba sendiri, mari kita lihat resepinya pula.

Selamat mencuba semua...





APAM PISANG

Bahan2nya:
250g pisang yang dilecek
280g tepung gandum, diayak
1 sk baking soda, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula perang
160g susu pekat manis
95g minyak jagung
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan2 dalam mangkuk, gaul sebati. Tutup & peram selama 30 minit.

2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih pada api sederhana. Sediakan acuan apam & sapukan dengan sedikit minyak.

3. Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15 minit guna api sederhana. Jika suka apam yang merekah, kukus guna api tinggi.








SEMI HANDS ON TARTS CLASS

$
0
0
Assalam & selamat sejahtera kepada pengunjung setia diblog saya ini.

Saya akan mengadakan kelas semi hands on cara2 membuat tat nenas gulung & cheesetart pada ahad 10hb mei ini.

Jangan lepaskan peluang!!!!Boleh dijadikan sebagai hantaran, berniaga secara kecil-kecilan & dapat menjadi sumber pendapatan yang lumayan pada bulan ramadhan nanti. 

Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas semi hands on ini bolehlah menghubungi mana2 nombor yang saya sertakan dibawah tu k. Boleh juga mengunjungi laman MYS WORLD OF CUPCAKES SHAH ALAM untuk info atau bagi yang mengenali saya di laman fb bolehlah pm saya, jangan segan2 tau :) 

Jom kita belajar buat tat.....


Semi Hands On Class
1. Tat nenas gulung 
2. Tat nenas gulung bluberi
3. Blueberi cheesetart
4. Nutella cheesetart

Yuran: RM200 (deposit RM100)
Tarikh: 10 Mei (sunday)Masa: 10am - 4pm
Lokasi: MYS World Of Cupcakes sek 19 Shah Alam (alamat penuh selepas pembayaran deposit)
Pengajar: Evelyn Gemina
Tel no / whatsapp: 0195849242
Penganjur: Rosiana Rahman (Rosy)
Tel no: 0134512572





KEK LUMUT

$
0
0



Assalam & selamat petang buat semua...

Diharap semua sihat2 saja ya, maklumlah cuaca extremely panas sekarang, bila petang pula mendung semacam nak hujan...kadang gerimis kena sikit dikepala pun boleh jatuh sakit.

Dalam kesibukan yang melanda dalam beberapa hari ni, sempat lagi saya buat percubaan kek lumut. Antara kek kukus sarawak yang wajib dicuba. Sambil2 ada yang nak tempah saya pun buat jugalah untuk makan, keempunan nanti bisa terguling ditangga, tak gitu??hehehe...







Punyalah semangat melenser loyang empatsegi ku...rupanya tak muat dalam pengukus, terpaksa juga dibakar guna kaedah steambath...kek yang ditempah satu lagi saya kukus guna loyang bulat, fuhh nasiblah...

Walaupun distim dalam oven, tetap moist juga kejadian kek ini. Alhamdulillah, memang sedappp..kenapalah kek kukus dari sarawak ni sedap sangat ya???ketagih sudah...hihihi







Resepinya saya cari dalam google, fuhh banyaknya yang muncul..mau try yang mana satu???Pening tengok satu2, saya pun try buat versi kek lumut sendiri..semua ada, tepung suji, nestum, horlicks, susu pekat,...ambik ko..besoklah diet, seri kaya aje saya skip supaya takda kejutan gula..terima kasih..hihi.

Lain kali sure nak buat lagi, memang sedap kek lumut ni. Manisnya pun ngam2 saja. Kek ni sedap dibiarkan semalaman dulu baru dipotong keesokan harinya, teksturnya lebih padat & sedap dimakan. 


Kepada yang nak cuba kek lumut versi saya, silalah...semua sukatan saya guna gram tapi jangan lupa guna pengukus untuk masak kek ni, kalau kes emergency macam saya baru guna kaedah steambath k :)

Selamat mencuba sendiri...





Kek Lumut

Bahan2nya:
A
250g pure butter, suhu bilik
200g gula kaster

B
6 biji telur, gred A

C
80g susu pekat manis

D
50g nestum, dikisar halus
90g tepung suji
70g tepung gandum
150g horlicks

E
1 sk esen vanila
1 1/2 sb pes pandan

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih guna api sederhana. Griskan loyang dengan mentega & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Kalau bakar guna kaedah steambath dalam oven, guna api bawah sahaja selama 2 jam pada suhu 160C.

2. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. Pukul sebati. Kemudian masukkan pula bahan C, pukul rata.

3. Masukkan pula bahan D, pukul sebati. Akhir sekali masukkan bahan E, pukul rata. 

4. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan, tutup guna aluminium foil & kukus selama 2 jam guna api sederhana. Sejukkan kek baru dipotong.






SOTO AYAM & KICAP LIMAU BERLADA

$
0
0



Assalam & selamat malam buat semua...

Ada yang nak makan lewat malam ke??hehe. Kita tayang soto ayam malam2 ya.

Sebenarnya mood M datang nak update blog beberapa hari ni, letih saja selalu. Tapi takpalah, resepi entri kali ni saya copy & paste aje sebab dah pernah share resepi dulu.

My doter request suruh buat soto ayam, lengkap dengan bergedil, telur rebus, isi ayam, kicap berlada, bla bla bla....aduii terpaksa rajinkan diri bertapa didapur seharian siapkan soto ayam ni, haha.

Lama tak buat soto ni, bila bulan ramadhan menjelang memang wajib sebab menu peberet untuk berbuka. Tak sah kalau takda kicap berlada tawau ni, sedappp. Kicapnya pun special saya guna kicap dari tawau, tapi kalau guna kicap pekat manis jenama lain pun takda hal, boleh aje...hihi.


Jom kita lihat resepinya...






Soto ayam 

Bahan sup:
1 kg tulang ayam / kaki ayam
1 dada ayam - belah dua
1 paket sup bunjut adabi
4 biji buah keras - ditumbuk halus
3 batang serai - dititik
1 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 liter air

Cara2 membuat sup:
1. Tumiskan semua bahan yang ditumbuk sampai naik bau.
2. Masukkan air, tulang/kaki ayam, dada ayam, serai & sup bunjut. Rebus sampai ayam lembut.


Bahan bergedil:
4 -5 biji ubi kentang
Sedikit isi ayam dicincang
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Garam & serbuk perasa secukupnya
1 biji telur (dipukul) - untuk dicelup

Cara2 membuat bergedil:
1. Rebus ubi kentang hingga lembut & lecekkan.
2. Campurkan semua bahan2 bergedil yang lain & bentukkan leper atau bulat2kan.
3. Celupkan dalam telur & goreng dalam minyak yang sedikit hingga keperang-perangan.


Bahan2 inti yang lain:
5 biji telur - direbus & dibelah empat
Dada ayam yang direbus - carik2kan
5 paket lontong segera direbus, belah empat
Bawang goreng
Daun bawang & daun sup - dihiris tipis
1 bungkus mee hoon - dilembutkan & tos airnya



Kicap limau berlada:
klik disini untuk resepi step by step
# Boleh masukkan dalam blender & kisar hingga hancur.







BLACK BOTTOM CUPCAKE

$
0
0



Selamat petang semua...

Hah buat kawan2 fb yang meneka tadi, inilah projek membaking saya...buat black bottom cupcakes...sedapppp tau!!!

Tadi lepas lunch makan soto, teringin pulak nak makan cheesecake. Mana mau cari???kalau buat cheesecake lama sangat prosesnya, kena tunggu masak lagi, tunggu sejuk lagi, adehhh tak boleh tunggu dah...

Buka balek buku resepi yang dulu2, hah jumpa resepi black bottom cupcake yang nampak sungguh tempting ni. Apalagi, ada cheese & coklat tu, ngam sangatlah...haha.







Sungguh lembut & serasi sekali gabungan cheese & coklatnya. My doter cakap sedaplah mama :) Budak mana tak suka coklat kan??haha. Ada coklat chip pulak tu.

Untuk adunan kek coklat dalam resepi ni, kawan2 semua boleh saja tukarkan dengan resepi kek coklat atau kek coklat moist yang digemari. Takda masalah...gabungkan saja dengan adunan cheese, pasti menjadi.







Resepi ni saya ambik dari Mr. google suatu masa dulu, dah lupa mana sumbernya tapi rasanya tak banyak beza dengan mana2 resepi black bottom cupcake yang lain. Yang penting rasanya sedap kan :)

Baiklah kawan2 semua, saya sharekan resepinya ikut yang ada dalam buku ni. Guna sukatan gram untuk cheese filling & cawan untuk resepi chocolate cakenya...maaf sebab tak sempat nak convert sukatan kek coklat ke gram, kelam kabut..hehe.

Selamat mencuba semua...






Black Bottom Cupcake

Cheese filling:
A
450g cream cheese, suhu bilik
120g gula kaster
1/4 sk garam
1/2 sk esen vanila

B
2 biji putih telur
2 sb sour cream

C
50g chocolate chips

Cara2 membuat cheese filling:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan acuan muffin & letakkan acuan kertas dalamnya. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan A, pukul hingga lembut & berkrim.

3. Masukkan bahan B, pukul sebati. Masukkan pula bahan C, kaup balikkan guna spatula. Tutup & simpan dalam peti sejuk sementara membuat adunan kek coklat.


Chocolate cake:
A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri, diayak
1 sk baking soda
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 1/4 cawan gula aising, diayak

B
3/4 cawan sour cream
1 1/3 cawan air
1/2 cawan mentega, dicairkan
1 sk esen vanila

Cara2 membuat chocolate cake:
1. Satukan  bahan A dalam mangkuk & gaul rata guna handwhisk. 

2. Masukkan bahan B ditengah-tengah mangkuk. Gaul rata hingga betul2 sebati.

3. Tuang adunan kek coklat 3/4 penuh dalam acuan kertas. Kemudian, tuang 1 sudu besar adunan cheese filling ditengahnya. 

4. Bakar selama 20 minit atau hingga masak pada suhu 170C. Biarkan sejuk seketika baru keluarkan dari acuan, adunan cheese akan mengecut sedikit.






RED VELVET CHEESECAKE PERSONAL CLASS

Viewing all 127 articles
Browse latest View live