Kek walnut yang sungguh sedap!!! Sudah banyak kali dicuba, memang tidak pernah menghampakan. Setiap kali buat kek ini pasti terpesona dengan rasanya. Tentu kawan2 yang pernah cuba resepi kek ini setuju kan???
Kali ni buat sebab memang teringin nak makan buttercake yang simple & sesedap rasa. Memang top 10 list of my favourite cake selain daripada resepi Butter Cheddar Cheesecake yang tak pernah2 bosan saya membakingnya itu, hehe.
Sebelum ini pernah saya kongsikan resepinya disini. Cuma kali ini kek saya kurang tinggi naiknya sebab menggunakan saiz telur gred A bukan gred AA seperti yang saya biasa gunakan.
Walau bagaimanapun, Alhamdulillah rasanya tetap sama, sesedap yang diharapkan.
So, kepada yang belum mencuba lagi resepi ini, jangan tak mencuba, inshaallah tidak akan menghampakan :)
Walnut cake
Bahan2nya:
A
250g butter
20g gula kaster
B
7 biji kuning telur (gred AA)
C
7 biji putih telur (gred AA)
170g gula kaster
D
190g tepung superfine
1/2 sk baking powder
1/2 sk tepung susu
E
160g walnut, dicincang
100g chocolate chips
F
Walnut secukupnya untuk hiasan
Cara2 membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Masukkan bahan B, pukul lagi hingga sebati.
2. Kemudian, dalam mangkuk yang lain, pukul bahan C hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan dengan bahan A yang di pukul tadi hingga sebati.
3. Masukkan bahan D yang telah di ayak bersama & kaup balikkan kedalam adunan.
4. Akhir sekali, masukkan bahan E & gaul rata.
5. Tuang adunan kek ke dalam loyang bulat bersaiz 9 inci yang telah digris & dilapikkan dengan kertas minyak. Susun bahan F atasnya.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180 C selama 50 minit atau hingga kek masak. Bila kek sudah masak, sejukkan atas wire rack baru di potong. Boleh dihias jika suka.