Wahhhh....aku punya warna merah!!!! Hehe..teringat masa kecik2 dulu. My grandma selalu belikan manisan ni especially pada hari ahad. Me & my siblings favourite....
Kalau dulu masa kecik2, manisan ni akan dibungkus dalam pembalut berwarna-warni. Dibalut seperti gula2. Sayangnya saya tak dapat jumpa pembalut macam tu, kenalah guna kertas minyak saja :(
Sebenarnya saya pun tak tau nak letak label apa untuk manisan ni, sama ada sebagai cookies ataupun sweets..jadi saya kategorikan kedua-duanya sekali, hehe.
Resepi ni berasal dari filipina, salah satu manisan yang sangat popular disana.
Teksturnya sangat halus & mudah hancur. Rasanya yang berkrim & cair dimulut. Pastikan kawan2 semua menggunakan mentega berkualiti tinggi supaya lebih harum & sedap dimakan. Tepungnya pula harus disangai terlebih dahulu supaya lebih gebu & warnanya agak perang sedikit. Saya sangai hingga tepung gebu sahaja, tak sangai lama2 sebab lebih suka warnanya putih & cerah sedikit.
Cara2 membuatnya pun sangat senang, kacang je, hehe...tapi tunggu....bab membentuknya...fuhh berkurun juga saya nak siapkan satu sebab tiada acuan polvoron yang khas untuk membuatnya. Bukan senang nak padatkan sampai terbentuk. Perlukan suasana yang tenang & kesabaran yang tinggi macam buat senaman yoga, sunyi ada bunyi cengkerik saja..hahahaha.
Jangan haraplah!!! time buat ni anak2 punyalah penyibuk nak tolong + bunyi bising yang selalu buat polvoronku HANCUR!!! erghhhh!!!
Akhirnya saya berjaya juga padatkan dalam acuan pemotong biskut & tarik keluar. Cepat2 masukkan dalam peti sejuk sampai keras & balut dalam kertas minyak. Yahoooo!!!! Tak sabarnya nak rasa satu (padahal masa bentukkan pun sudah rasa sikit2 walaupun mcm makan pasir basah..hahaha.
Gembira bukan main, hehe. My daughters n son pun cakap SEDAPPP!!! Dalam hati sedih sebab dapat juga saya teruskan legasi makan polvoron ni dengan anak2.
Well, saya pun sudah puas menceritakan kejadian2 proses pembuatan polvoron ini. Maka marilah kita tengok resepinya yang mudah itu, selamat mencuba sendiri :)
Polvoron
A
200g tepung gandum, diayak
B
200g susu tepung penuh krim
180g gula kaster
C
120g mentega, dicairkan
Cara2 membuatnya:
1. Sangai bahan A hingga gebu, warnanya bertukar coklat sedikit sambil menggaul (jangan sampai hangus). Biarkan sejuk.
2. Dalam mangkuk sederhana besar, satukan tepung yang disangai tadi bersama bahan B, gaul rata.
3. Kemudian, masukkan mentega yang telah dicairkan. Gaul hingga sebati, adunan tidak berketul-ketul & teksturnya seperti pasir yang basah.
4. Bentukkan guna acuan polvoron atau jika tiada acuan tersebut boleh kepal2kan guna tangan & masukkan dalam acuan pemotong biskut yang rata. Tekan hingga padat & tanggalkan dari acuan. Buat hingga habis & simpan dalam peti sejuk sebentar hingga mengeras. Bungkus dengan pembalut kertas gula2 atau kertas minyak.