Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

GREEN TEA OGURA CHEESECAKE

$
0
0



Assalam & selamat malam buat semua yang singgah disini...

Nyaman sungguh tengok kek ini kan??Lagi nyaman kalau dapat merasa sikit, hihi. Sungguh lembut teksturnya kek ni selembut sutera, rasa green tea yang sedang2 saja diselang seli dengan rasa cheese. Pokoknya memang saya kasi green lightlah untuk kawan2 semua mencuba.





Sebelum ni ada juga saya kongsikan resepi2 kek ogura, sememangnya kek ogura menjanjikan tekstur kek yang lembut nan syahdu. Ni tengah2 malam jadi jiwang sebab otak sudah ngantok ni sebenarnya, hihihi.

Resepi2 kek ogura yang lepas boleh klik pada link dibawah tu k.

COFFEE CREAM CHEESE OGURA CAKE
CHOCOLATE ORANGE CREAM CHEESE OGURA CAKE
PANDAN OGURA CAKE




Kawan2 semua, entri hari ni kita tak boleh cerita panjang2 ya, kita pendekkan saja terus ke resepi, esok nak bangun sahur lagi. Nanti terlajak memang huru hara jadinya, hihi.

Kepada yang dah tergoda menengok gambar kek ni dari tadi, sila2lah mencuba bila ada masa k, selamat mencuba semua.





Green Tea Ogura Cheesecake

Bahan2nya:
A
250g cream cheese
50g minyak jagung
160g susu segar

B
130g tepung superfine, diayak

C
2 biji telur, gred AA
6 biji kuning telur, gred AA
1/4 sk garam

D
6 biji putih telur
175g gula kaster
1 sk cream of tartar

E
3 sk Green tea powder
2 sb air panas

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Satukan bahan2 A. Masak guna kaedah double boiler hingga cheese cair sepenuhnya & tidak berketul-ketul guna api perlahan. 

3. Masukkan bahan B, gaul guna handwhisk hingga sebati. Masukkan pula bahan C, gaul rata. Ketepikan.

4. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan D hingga berbuih. Masukkan pula gula kaster sedikit demi sedikit, pukul hingga kembang & bertanduk. Satukan adunan putih telur kedalam adunan kuning telur (langkah 3) tadi. Kaup balikkan hingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satukan bahan E, gaul hingga sebati & halus. Satukan campuran bahan E kedalam salah satu bahagian tadi. Bahagian yang lagi satu biarkan plain. Gaul rata.

6. Tuang berselang seli adunan plain & adunan green tea kedalam loyang yang disediakan. Buat hingga habis. 

7. Bakar guna kaedah waterbath selama 1 jam atau hingga kek masak pada suhu 160C. Bila kek sudah masak, terbalikkan atas wirerack & biarkan sejuk sepenuhnya baru dipotong. Kek ini sedap dimakan setelah disimpan dalam peti sejuk. Tutup dalam bekas kedap udara supaya tidak kering.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles