Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

BISKUT JINTAN

$
0
0



Assalamualaikum & selamat sejahtera buat yang sudi berkunjung kesini...

Kawan2 semua masih dalam mood raya kah??hihi. Teringat-ingat difikiran biskut jintan ni, memang kena buat juga. Buat untuk makan sendiri saja.

Mungkin bagi kawan2 yang berada di semenanjung atau tempat2 lain belum pernah lagi merasa atau mendengar nama biskut jintan ni, tapi tahu kah kawan2 bahawa biskut jintan ni sangat popular di kampung halaman saya, Tawau, Sabah. Biasa memang terdapat dirumah kawan2 yang berbangsa bugis. Memang dulu kalau pegi beraya dirumah orang, biskut ni sajalah yang saya cari. Biskut lain, lain kali ajelah ya, memang layan biskut jintan ni saja, hihi.





Selain dipanggil biskut jintan, biskut ni juga ada nama lain yang diberi iaitu biskut Sharifah aini, hihihi. Sebabnya biskut ni ada banyak 'tahi lalat'nya.

Rasa biskut ni lemak2, cair dimulut & wangi. Disalut pula dengan susu tepung. Memang sedappp, so far memang biskut peberet no1. dalam list saya.

Biskut ini menggunakan jintan hitam yang berbiji macam dalam gambar dibawah tu k, yalah sebab bila sebut saja jintan memang ada banyak jenis...jintan manis, serbuk jintan & etc...jangan tersalah pulak ya, hihi





Resepi biskut jintan ni saya dapat dari my dearest auntie Rosalia, tq auntie aling. Mungkin tidak sesedap yang my auntie buat, tapi bolehlah untuk hilangkan rasa keempunan utk org yang jauh dari kampung halaman ni. Kalau jatuh gara2 keempunan nanti susah pulak, hahaha.







My auntie tak ada bagi sukatan untuk adunan biskut ni, orang yang dah biasa buat biskut ni memang tak perlu sukat2, main agak2 saja, hihi..tapi masa mengadun saya ada sukat dalam gram. Bahan2nya memang sangat simple, yang penting adun hingga menjadi doh yang lembut. Sukatan minyak boleh di adjust, tambah sedikit supaya tidak keras. 

Saya hanya sempat ambil gambar doh yang siap diadun & setelah dicanai sahaja, tak sempat nak ambik gambar masa menerap dan lain2 proses, maaf sangat2, hihi...inshaallah dilain entri.

So kepada kawan2 yang sudah bersedia untuk baca resepinya pula, selamat mencuba & semoga biskut kawan2 semua menjadi dengan jayannya :)








Biskut Jintan

Bahan2nya:
A
500g tepung gandum, disangai

B
1 sb jintan hitam, disangai
180g gula aising, diayak

C
220g minyak jagung / mazola

D
Susu tepung berkualiti


Cara2 membuatnya:
1. Dalam mangkuk sederhana besar, sejukkan sebentar tepung yang telah disangai.

2. Masukkan bahan B, gaul rata.

3. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Gaul rata hingga menjadi doh yang lembut. 

4. Canai doh ikut ketebalan yang disukai. Terap guna acuan biskut & susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau hingga biskut masak.

5. Sejukkan sebentar hingga suam2 kuku baru disalut dengan bahan D. Simpan dalam bekas kedap udara.








Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles