Quantcast
Channel: MY BAKING WORKSHOP
Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

OREO COOKIES

$
0
0



Assalam & selamat sejahtera buat semua yang singgah sini..

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu resepi biskut oreo ni kan?? Hihi sorrylah semalam tak sempat nak update entri, busy layan drama 'Devious Maid'& 'Witches of east end' di Star world...kalau termiss susah nak cari masa tengok siri ulangan...so i kenalah layan drama yang main seminggu sekali itu :) Sabar jelah...








Sudah berhari-hari saya plan nak buat biskut ni tapi asyik cancel, yalah sebab cuaca pun asyik mendung, hujan lebat..payah nak tangkap gambar yang sempurna. Sebenarnya mood malas pun cepat mari kalau hujan sejuk2 ni kan, itu sebenarnya...hahaha.

Well, since kelmarin saya tengok cuaca ok je, saya pun buatlah biskut oreo homemade ni. 


Alhamdulillah memang sedap, my kidz love it so much especially my son Daniel Hakeem....aduiii memang payah nak photo shoot kalau daniel ada sebelah, belum siap shooting lagi pun dia dah makan2, ditambah pulak makan oreo sambil celup dalam susu, berbiji-biji masuk dalam mulutnya....hahaha...









Kawan2 dalam fb cakap boleh buat iklan, yalah Daniel kan duta oreo homemade saya, hihihi. 
Thumbs up tanda puas hati tu..hihi. 







Resepi ni saya ambik dari SedapTube, saya try buat dua size, yang kecil & besar sikit. Ikut dalam resepi, saiz acuan 2 inci tapi besar pulak kejadiannya. So my daughter request suruh buat kecil sikit. Just perfect for bite size. 

My review, bila doh dicanai & diterap saya ada masalah nak kekalkan bentuk bulat yang cantik. Bila diangkat doh lari bentuknya & hancur. Hanya 25 bulatan berdiameter 2 inci sahaja yang berjaya dihasilkan. Sisa doh yang lain saya bulat2kan sebesar ibu jari, susun berjarak sedikit dalam dulang. Tekan & ratakan sedikit permukaannya. Jangan risau jika permukaan tidak terlalu rata, cuma pastikan saiznya sama besar sahaja supaya bila di satukan nanti setiap keping biskut sama saiz.

So kepada kawan2 yang dah tak sabar nak cuba tu, pastikan baca resepi & tips betul2 k, untuk sukatan gula saya kurangkan sedikit. Untuk ukuran cawan pula boleh rujuk diSedapTube


Selamat mencuba semua...




Oreo Cookies

Biskut:
A
250g mentega, suhu bilik
220g gula kaster

B
1 biji telur, gred A
1 sk esen vanila

C
250g tepung gandum
90g serbuk koko, berkualiti
1 sk baking powder
Secubit garam (jika guna unsalted butter)

Cara2 membuat biskut:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim.

2. Masukkan bahan B, pukul rata.

3. Satukan semua bahan C & ayak bersama. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam bahan yang dipukul tadi sambil memukul dengan kelajuan rendah. Saya gaul guna tangan sahaja & uli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian & bungkus guna plastic wrapper. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.

5. Panaskan oven pada suhu 175C. Canai doh pada ketebalan 1/4 - 1/8 inci. Terap guna acuan bulat bersaiz diameter 2 inci atau saiz yang disukai. Susun dalam dulang pembakar & buat hingga habis.

6. Bakar selama 12 minit atau hingga biskut masak. Sejukkan sepenuhnya. 


Krim:
A
125g mentega, suhu bilik
2 sb susu segar/krim
1 sk esen vanila
Secubit garam

B
375g gula aising, diayak

Cara2 membuat krim:
1. Pukul bahan A hingga sebati.

2. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit. Pukul hingga adunan sebati.

3. Masukkan krim kedalam piping bag. Ambil sekeping biskut, paipkan sedikit krim atasnya & tekap sekeping lagi biskut atasnya. Tekan sedikit untuk meratakan krim. Buat hingga habis & simpan dalam bekas kedap udara.






 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 127

Trending Articles